Friday, July 13, 2007

Perang Rasuah di China

Negara China telah sekali lagi membuktikan kepada kita akan ketegasan kerajaan mereka memerangi masalah rasuah. Sungguhpun China tidak mengisytiharkan mereka sebuah negara yang suci berasaskan nilai-nilai mana-mana agama, tetapi minggu ini seorang lagi perasuah telah dijatuhkan hukuman tembak mati.

Adalah menjadi tradisi China, pesalah akan ditembak pada hari petang di sebaik sahaja selesai pembicaraan atau rayuannya. Ahli keluarga juga DIPAKSA untuk membayar kos peluru tembakan melaksanakan hukuman itu di antara RMB1~3.00.

Secara perbanding, bagaimana pula sikap kerajaan BN kita? Mereka selamba membisu dan sengaja tidak memanggil saksi utama Kes Eric Chia / Perwaja? Dengan itu Eric Chia telah dibebaskan tanpa syarat dan MENGORBANKAN duit rakyat puluhan juta jumlahnya.

Aiyoyo, Pak Lah cepatlah bertindak dan insaf akan keseruiusannya. Ketua Polis Negara lapor Timbalan Menteri Dalam Negeri. kini Timbalan Menteri pula lapor kesilapan Ketua Polis Negra! Bagaimana negara kita boleh menegakkan kewibawaan dan kedaulatan Malaysia?

Berikut adalah penjenayah bertaraf Menteri di China kerana menerima suap daripada kilang ubat palsu. Akibat pemakanan ubat palsu telah menyebabkan beberapa orang meninggal dunia. Akhirnya, dia disabitkan kesalahan, maka atas prinsip menggadai maruah negara akibat rasuah, maka hukuman mati telah terlaksana selepas rayauannya ditolak mahkamah.

Yang salah tetap salah, bau bacang tidak boleh dibungkus. Mungkin mereka boleh menafi kepada kita, tetapi ingat TUHAN tetap mencatat rekod kelakuan mereka ini. Neraka mungkin tempat penginapan mereka selepas dunia ini. Setuju?

No comments: