Telah saya sebutkan dalam karangan petang tadi, baru setengah hari sudah terbukti jangkaan saya tepat dimana yang korup sama korup di bawah BN.
Ingat Bau Bacang Tidak Boleh Dibungkus – perpatah Melayu.
Orang Cina pula menyebut: Kalau Hendak Orang Tidak Tahu, Sendiri Jangan Lakukannya.
Takdir Tuhan, yang korup tetap korup walau apa pun penjelasannya. Walaupun semua ini mengaibkan nama negara:
1. Di manakah pejuang-pejuang bangsar Melayu, Cina dan India dari BN? Ini penting kerana duit yang dikorup itu datang dari penyokong BN juga.
2. Kalau beginilah sikap dan perangai pemimpin dan polis, bagaimana kita boleh mengharapkan satu bandar yang aman dan sentosa?
3. Sepertimana saya menyahut saranan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, IGP kena ambil tindakan mempertahankan kewibawaan Polis DiRaja sekiranya itu fitnah.
4. Apakah tafsirkan semua perkara ini dari segi agama, termasuk Islam, Buddha, Hindu dan Kristian? Adakah ini bermakna pendidikan agama kita yang membelanjakan ratusan juta ringgit itu gagal kerana pemimpin masih Pagar Makan Padi?
5. Gambar imaginasi Tian Chua pemimpin makan malam di Paris dikatakan telah menghina keturunan Me****, apa pula pendirian BN / UMNO bahawa ini satu kebanggaan kerana semua perkara boleh diurus niagakan?
Kenapa ini boleh berlaku? Untuk meraikan Kemerdekaan 50 tahun?
No comments:
Post a Comment