Tuesday, July 10, 2007

Baru PM Bangun Dari Tidur?

Dengan penuh kesedaran tidak mencampuri hal-ehwal agama bukan anutan diri-sendiri, namun pada hakikatnya pertikaian masalah agama yang jelas dan ketara memang tidak dilayan / ditangani oleh pihak kerajaan.

Semenjak 1~2 tahun yang lalu, banyak pertikaian mendukacitakan telah berlangsung dan terus berlaku. Dukacita sekali, ramai pertumbuhan semua agama telah mendesak agar kerajaan sepetutnya mencari satu saluran yang bijaksana yang menemui penyelesaian.

Apa yang mendukacitakan kita adalah, bukan saja kerajaan gagal dalam soal ini, ia ditambah lagi dengan pengharaman program dialog antara agama peringkat antarabangsa sebelum ini.

Kini, sedah berlarutan sehingga ada perpecahan keluarga, suami-isteri dipaksa bercerai, anak dan ayah kandung berpisah terbongkar; sebenarnya semua kejadian sedemikian akan memudaratkan imej sesuatu agama itu sendiri. Apatah lagi dengan ada tuduhan bahawa orang tahanan dipaksa memakan makanan yang tidak halal baginya; walaupun JAIS sudah membuat penafian, tetapi imejnya mungkin terjejas?

Anwar Ibrahim dan rakan-rakan telah lama menyarankan persoalan agama perlu diselesaikan melalui rundingan, bukan paksa dan kurungan atas nama kaunseling. Sementara kita membantah UMNO dan Pemuda UMNO mendesak tangkapan ke atas Tian Chua kerana kretiviti beliau mencipta gambar dinner romantik di Paris; bagaiman pula tahanan 180 hari itu berperikemanusiaan (walaupun sah di sisi undang-undang seperti ISA juga)?

Ke manakah hal-tuju negara kita? Adakah kerajaan masih tidur? Bila baru boleh kerajaan Islam Hadhari bangun dari kelenaan bahawa masyarakat sudah sakit?




No comments: