Saturday, July 14, 2007

Nik Aziz Salah?

Menurut laporan akhbar, bekas Menteri Belia dan Sukan, Dato Anuar Musa telah mengkritik Menteri Besar Kelantan kerana merasmikan kebudayaan tarian singa Cina baru-baru ini.

Kritikan itu dibidas oleh kumpulan seni kerana berfikiran fanatik dan sempit.

Dalam masyarakat majmuk ini, saling menghormati kebudayaan adalah satu amalan murni. Malangnya sering-kali diputar-belikan oleh orang politik. Mungkin orang politik ini 'jahil' tentang kebudayaan pelbagai. Ini kerana tarian singa adalah sebahagian daripada kebudayaan dan kesinaan masyarakat Cina, bukan satu acara keagamaan.

Ia jelas sekali tarian singa disambut dengan bail oleh semua masyarakat Cina tanpa mengira agama Tao, Buddha mahupun Kristian.

Semoga, semua orang pilitik berhenti mengeluarkan kenyataan yang kurang tepat dan mungkin boleh mengakibatkan salah faham.

No comments: