Sunday, July 22, 2007

Malaysia Negara Islam?

Dengan penuh kesedaran dan insafan membincangkan isu ini mungkin boleh dikenakan Akta Hasutan kerana memang semua orang sudah diharamkan membuat kenyataan akhbar, kecuali PM dan TPM.

Dengan kerana itu, saya tidak akan terperangkap dengan BN membincangkan isi kandungan Negara Islam, samada dari UMNO mahupun PAS.

Akan tetapi kita boleh membicarakan perkara ini dari sudut kerjasama dan budaya BN. Ekoran daripada pengharaman orang lain membuat kenyataan termasuk Menteri Kerajaan Persekutuan, maka kita tidak samar-samar:

a. Adakah pengumuman Negara Islam ini adalah keputusan kerajaan? Atau pendirian UMNO?

b. Apa pula pendirian parti komponen BN lain seperti PBB, SUPP, MCA, Gerakan, MIC, PBS dan sebagainya? Kenapa mereka tidak dibenarkan cakap? Termasuk untuk menyokong kenyataan TPM?

c. Kenapakah perkara ini tidak dibahas dalam Parlimen sekiranya ia adalah ketetapan kerajaan?

d. Seandainya Malaysia memang tidak pernah menjadi negara sekular sejak merdeka 50 tahun dahulu, kenapa pula SEMUA PARTI BN SELALU MENGECAM PAS ingin membina negara Islam di Malaysia? PKR dan DAP juga difitnah bersubahat dalam perkara ini? Dimanakah kedudukan etika agama orang yang membuat fitnah / tohmahan ini berpuluh tahun sebelum ini? BN akui mereka 'Lempar Batu Sembunyi Tangan' dan menfitnah PAS pula berniat jahat untuk membentuk negara Islam?

Apa pandangan anda?







No comments: