Polis Rakan Rakyat
Memang Polis adalah rakan rakyat dan rakyat juga rakan polis. Minggu lalu, sempat hadiri satu majlis polis bersama rakyat; seperti biasa polis menyeru rakyat kerjasama dan berikan maklumat kepada polis untuk memerangi jenayah.
Tetapi, kita sebagai rakyat biasa yang daif jemu selalu membaca berita bahawa polis dituduh salahguna kuasa dan berat tulang bertindak.
Berita berikut menceritakan seorang warga dari Kepong telah ditahan polis dan diseksa sehingga cedera teruk, lebam, bengkak, berdarah dan tidak patuhi arahan Majistrate membenarkan lawatan perubatan. Beliau mengadu digertak, dipukul dengan paip getah, ditumbuk dan sebagainya.
Seatu lagi cerita pula polis Daerah Sentul segan bertindak dalam isu "Ah Long" kerana peminjam selalu menggunakan aduan polis sebagai satu kesempatan untuk melarikan diri dari bayar hutang.
Dengan itu, nampaknya PDRM masih lembap untuk membersihkan Epal Yang Rosak (kata bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar) demi menjaga kewibawaan polis.
No comments:
Post a Comment