MCA Tukang Angguk?
Di sini saya bukan untuk membela MCA, mahupun menyokong keangkuhan UMNO agar kita tidak terperangkap bahawa kita cuba menangguk ikan di air keruh sambil menghasut permusuhan antara parti komponen BN.
Tetapi, satu kenyataan yang tidak dapat tidak mereka akui adalah bahawasanya 'kekeruhan air' itu pun dicetuskan oleh pemimpin mereka sendiri. Perpatah falsafah Cina menyebut: "Kalau lembu enggan minum air, takkan kamu boleh tundukkan kepalanya".
Apa yang cuba saya bincangkan di sini adalah: sejauhmanakah keikhlasan silaturahim kompenen BN?
Sekiranya persaudaraan mereka rapat, kenapa kedudukan Negara Islam itu tidak dibincangkan dalaman sebelum membuat pengumuman?
Adakah corak kerjasama BN ini bersiratkan bahawa semua komponen BN hanya bagaikan "Pak Turut" kerana mereka tidak ada ruangan sama sekali untuk bersuara?
Kalau bukan, kenapa kenyataan Menteri BN sendiri juga diharamkan daripada membuat kenyataan akhbar?
Kalau tanggapan saya salah, mengapakah hanya kenyataan PM dan TPM sahaja diBENARkan terpapar dalam dada akhbar tempatan? Sekiranya begini, Menteri Kerajaan Persekutuan malangnya juga menjadi boneka kini?
Saya pernah menghadiri:
a. Mesyuarat Barisan Nasional Peringkat Bahagian - terbukti komponen BN hanya menyahut segala seruan / kenyataan dan pendirian dalam semua urusan kerajaan.
b. Selepas itu, Mesyuarat Barisan Alternatif Peringkat Negeri dan Bahagian, sungguhpun mungkin ada perbedaan pendapat, TETAPI tidak pernah berlaku mana-mana parti MENGERTAK RAKANNYA tutup mulut seperti berlaku dalam BN. Semangat saling hormat-menghormat itu jauh lebih matang berbanding dengan BN.
Adakah anda setuju?
No comments:
Post a Comment