Wednesday, June 13, 2007

Sistem Yang Praktikal @ Teori?

Meneurut kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sebelum ini menjelaskan beliau tidak tahu Sistem Islam Hadhari dalam satu wawancara media.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apa jua sistem memerlukan satu nama sebagai pengenalan. Namun, apa yang mungkin boleh ditafsirkan laporan ini bahawa Islam Hadhari ini tidak boleh dikritik? Dipersoal? Ataupun ia hanya boleh dikritik oleh Muslim sahaja?

Pada hemat saya, tidak kita nafikan menyindir sesuatu sistem tanpa mengira apa jua namanya adalah tidak baik, sekiranya tidak disokong dengan fakta-fakta yang sahih.

Pada waktu yang sama juga, tanpa mengira apa jua namanya, andaikata pelaksanaan sesuatu sistem itu tidak menghasilkan keadilan sejagat, maka rakyat memang berhak untuk mengkritiknya. Ia hanya berkecuali dalam sistem pentadbiran kuku-besi atau ditaktorship sahaja tidak guna pakai.

Dalam erta kata lain, sebagai seorang pemimpin yang berkewibawa, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan pelaksanaan sistem itu benar-benar berkesan dan efektif untuk segenap lapisan rakyat. Jika ia hanya terhenti pada tahap teorinya, boleh diungkapkan sebagai satu sistem yang tidak berjaya sungguhpun konseptualnya amat sempurna.

Kesimpulannya, satu sistem yang baik, diterima baik oleh rakyat adalah satu sistem yang kenyal boleh menghadapi ujian-ujiannya setiap masa.

Apa pula pendapat anda? Setuju? Tidak setuju, kenapa?

Nota: untuk maklumat lanjuta sila rujuk kepada: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/. Di antara intisarinya termasuklah:

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

Petikan Laporan Malaysia-Today
13/06: Jangan perli Islam Hadhari: PM
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh SA'ODAH ELIAS -mStar Online

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.

"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Perdana Menteri melihat model 'Masjid Hadhari' yang dibina di Jerteh, Terengganu selepas majlis perasmian muzakarah di UKM. (foto The Star oleh Darran Tan)

Kira-kira 3,900 imam daripada keseluruhan imam di negara ini yang berjumlah 20,000 orang hadir di perhimpunan tiga hari itu.

Abdullah berkata baru-baru ini pun beliau telah diminta untuk bercakap mengenai topik itu dalam lawatannya ke Russia hujung bulan ini.

Beliau kelihatan agak kecewa dengan sikap masyarakat setempat yang mempermain-mainkan konsep itu serta sengaja tidak mahu memahami tujuannya, sedangkan pemimpin luar negara semuanya menerima baik pendekatan itu yang bertujuan membina masyarakat Islam yang bermutu, berpendidikan dan berkebolehan dalam semua bidang.

"Jika kita mahukan kebaikan, kenalah ikut cara yang boleh membawa kemajuan. Ilmu kita guna ke jalan yang baik adalah satu amalan jariah," katanya.

Beliau juga menekankan perlunya gandingan tenaga dan kemahiran antara golongan cendekiawan Islam seperti imam dan golongan profesional Islam untuk membawa masyarakat ke tahap lebih maju sesuai dengan perkembangan zaman.

"Setiap pihak ada kebolehan dan kemahiran masing-masing. Perlulah bekerjasama demi kebaikan masyarakat seperti bagaimana gandingan pemikiran dua golongan yang berbeza ini berjaya membawa kita ke arah kemerdekaan dan kemudian penubuhan Bank Rakyat dan Tabung Haji," tambahnya.

No comments: