Demokrasi Yang Tulin di Korea!
Gambar ini dipetik daripada satu blog yang diuruskan oleh seorang gadis / aktivis Soul, Korea yang bernama Mun Jin di http://blog.asiainside.net/munjiny505/.
Apa yang memeranjatkan saya adalah dua muka yang tertera dalam gambar ini adalah warga Malaysia. Mereka yang bernama Amin Iskandar dan Badrul Hisham memang tidak janggal dalam arena golongan aktivis sosial di Malaysia.
Sekiranya gambar ini tidak apa istimewanya jika tempat mengumpul ini berada dalam kawasan tanah air. Apa yang menghairankan saya adalah kerajaan Korea memang benarkan / memberikan ruang yang luas kepada semua manusia untuk meluahkan perasaan dan pandangan.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan Korea tidak menahan mereka seperti kerajaan Islam Hadhari Malaysia, kononya mereka mengancam keselamatan dan ketenteraman awam?
Badrul Hisham merupakan seorang pemegang Visa sebagai pelajar universiti yang ditaja oleh kerajaan Korea sendiri, kenapa kerajaan Korea tidak menahannya salah guna Visa?
Kenapa kerajaan Korea tidak menuduh warga Malaysia telah melakukan kerja-kerja hasutan menghasut rakyatnya mengadakan perhimpunan haram? Adakah program ini memperolehi polis permit Korea?
Kenapa kerajaan Korea tidak mendakwa warga Malaysia mencampuri urusan hal-ehwal dalaman Korea? Mungkin Akta Keselamantan Dalam Negeri Korea boleh dikenakan tanpa bicara?
Kenapa kerajaan Korea tidak menarik balik biasiswa yang ditawarkan kepada Badrul Hisham kerana tidak menjadi "pak turut" atau "pak angguk" kepada arahan kerajaan Korea?
Kenapa Kerajaan Korea tidak membidas mereka tidak berhak kerana bukan wagranegara untuk mendesak kerajaan "Bring Korean Troops Home"?
Kenapa kerajaan Korea membenarkan warga asing menyertai program bantahan kerajaan yang dianjurkan oleh kumpulan antiwar.or.kr?
Mungkin Amin dan Badrul boleh berikan sedikit jawapan kepada kita bagaiman Korea menguruskan suara rakayt?
Apa perbezaannya berbanding dengan kerajaan Malaysia?
Kenapa kerajaan Korea berani berhadapan dengan rakyat tidak seperti negara kita? Apa resipi mereka?
2 comments:
salam Tan....
alamak nak kena jawab ke? hehehe nanti i jawab minggu depan sebab lewat sikit sekarang kena pakai komputer awam di university laptop rosak dan tak mampu nak betulkan....
apapun Tan teruskan mem'blog' ....
anyong!
che"GuBard
Amboi, soli lah Cikgu Bersara Tak Berpencen!
Ini gua macam "katak bawah tempurung", tak bisa tengok orang luak negeri jadi govermon.
Untuk lebih orang sepeti saya tau dan faham, pasai apa lu orang baca univesiti bukan warganegara pun bole pi piket! Itu satu keajaiban di tanah benua Malaysia Boleh.
Pelaja sini tak bole tau politik, tapi UMNO taja Kelab Sokong UMNO di univesiti luak negeri. Satu kali lagi ua tengo, tanah aiyak sendiri tak boleh, luar negeri boleh? Pasai apa?
Balangkali depa ingat pelaja dalam negeli kurang pandai macam Cikgu Bersara kut? Pasai tu hangpa bole keluak negeli?
Ia semacam proton saga dulu, ekspot punya bagui sikit kah?
Pasai itu, bukan kena jawab, cuma kita hanya nak tau saja lah.
Lepas tu ajaklah banyak kawan2 baca, kasi depa tau apa jadi dengan gavomen kita!
Post a Comment