Bandingan Korupsi di China / Malaysia
Berikut adalah kenyataan rasmi bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif menyeru PDRM membuangkan epal buruk daripada pasukannya.
Sebenarnya perkara ini telah dibincangkan panjang lebar dalam tulisan saya sebelum ini berhubung kait dengan tuduhan penyandang Ketua Polis Negara terlibat dalam gejalah korup di Malaysia Today. Tun juga menyokong KPN mengambil tindakan undang-undang untuk mempetahankan kebersihan pasukan polis ke atas petuduh.
Cuma kita masih menunggu tindakan tersebut. Dengan ini, marilah kita bersama-sama berikan semangat dan menyahut seruan Tun agar tindakan segera dapat diambil serta-merta.
Berita di bawah juga berkaitan dengan masalah korupsi di China. Menurutnya, kerjasama polis China sampai satu tahap boleh meminjangkan kereta kebal pasukan dimandu dan guna-pakai oleh ketua gangster untuk mengugut orang awam agar tunduk kepada tekanan mereka.
Seperti juga saya sebut pada minggu yang lalu, kerajaan China telah banyak menjatuhkan hukuman mati ditembak ke atas banyak pegawai tinggi kerajaan sehingga pangkat Menteri dan Gabenor Province.
Adakah anda bersetuju agar suatu hari nanti kerajaan Islam Hadhari juga akan mengambil tindakan tegas ke atas perasuah tanpa mengira sama ada mereka ahli UMNO, Pas, MCA, PKR, Gerkan mahupun DAP?
Kalau hari tiba, maka legalah kita semua laporan sebelum ini mesti disiasat dengan terbuka, termasuk yang terdekat kes yang didedahkan oleh Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor ke atas Ketua Pengarah BPR Dato Zulkifli dan tuduhan ke atas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Kenapa keputusan siasatan tidak boleh diumumkan? Sedangakn Dato Johari juga amat mengharapkan satu keadilan patut dipulangkan kepadanya, jika tidak ada bukti salah?
No comments:
Post a Comment