
Memang kita akui di antara pasukan polis ramai yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuknegara. Namun sedemikian, adakah wajar kepimpinan negara dan polis terus berpeluk tubuh atas "barah sikap polis ini"?

Keluhan, rintihan, aduan, persoalan telah banyak kali ditimbulkan, disampaikan kepada kerajaan, Menteri, Perdana Menteri, Suhakam, NGO dan parti politik; apa yang mendukacitakan kita adalah setakat ini masih belum memperlihatkan tekad kerajaan dan ketua Islam Hadhari yang memang menjanjikan satu perkhimatan yang tulus, ikhlas, mesra, jujur dan bersih.

Apakah tindakan yang telah / akan dikenakan kepada polis yang dikatakan bodoh oleh OCPD itu?


Ada pula golongan yang berpendapat bahawa polis lebih cenderung kepada membuat tangkapan had-laju daripada pencegahan jenayah. Kenapa?
Sekiranya tidakan tatatertib tidak kenakan ke atas golongan "bodoh" ini, berapa lama lagikah rakyat kena tanggung bayar gaji orang bodoh menjaga keselamatan negara?

No comments:
Post a Comment