Seseorang yang ditakdirkan cacat penglihatan, pastinya dia tidak akan dapat melihat keindahan dan kehodohan dunia ini. Begitu juga bagi orang yang kurang nasib baik dalam pendengaran, pasti ia tidak dapat mendengar seruan dan jeritan rakyat.
Telah diakui oleh banyak pihak daripada hampir semua agama utama dalam negara ini yang melibatkan pelbagai-bagai pertubuhan, agama dan keturunan mempunyai keluhan dan rintihan masing-masing.
Di antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan 5 Agama bahawa proses memteokrasikan negara telah mulai mengancan pihak-pihak tertentu. Oleh itu kerajaan perlu dan wajib menanganinya dengan segera.Perpatah Cina menyebut: api-api kecil boleh membala sebuah padang. Pertikaian dan perselisihan yang wujud sejak kebelakangan ini berkaitan dengan agama tidak / kurang diambil berat oleh pihak pemerintah. Sudah berlaku perpecahan keluarga kerana campur-tangan pihak tertentu dalam soal keagamaan secara kekerasan / paksaan.
Minggu ini, banyak berita tentang kerajaan tempatan telah mengeluarkan notis untuk merobohkan banyak tokong kecil yang dikatakan kononnya terdiri di atas tanah kerajaan. Yang menyindirkan BN adalah mereka tidak pernah memperuntukan kawasan untuk membolehkan penganut Buddha / Tao untuk melaksanakan kepercayaan dengan sah.

Perlu diingatkan kerajaan dan BN adakah kekerasan merobohkan tempat-tempat ibadat itu akan selesai semua pertikaian?
Jawablah pemimpin BN? Apakah pendirian MCA? Gerakan? MIC?.......
No comments:
Post a Comment