TPM Tuduh SPR?
Menurut keratan akhbar ini, TPM Najib Tun Razak telah menuduh PAS memunggal pengundi untuk memastikan kemenangan di Kelantan.
Sebagai seorang warga yang waras, adakah kenyataan ini boleh diterima? Adakah beliau cuba membudak-budakkan atau membodohkan kepintaran rakayt?
Ini kerana sekiranya tuduhan ini benar berlaku, ini bermakna fakta pembangkang selama ini sahih di mana SPR telah GAGAL melaksanakan amanahnya sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang tulus dan adil? Lanjutan daripada itu, adakah TPM setuju Pengerusi dan Setiausaha SRP patut digantung kerja serta-merta kerana menyebelahi PAS? Kalau TPM tidak setuju kenapa?
Pada hakikatnya, memang sudah seperti 'bau bacang tidak boleh dibungkus lagi' SPR sudah lama menjadi peralatan UMNO dan BN sebagai boneka mereka.
Kepada siapa Pengurusi SPR bertanggungjawab?
Kepada siapa Pengerusi SPR melapor?
Siapa yang bertanggungjawab memberikan cadangan kepada DYMM Tuanku untuk dilantik menjadi Pengerusi SPR?
Dalam usaha memastikan tidak ada penyelewengan dalam pilihanraya, BN termasuk MCA, Gerakan dan UMNO jelas minggu lalu tidak berani memberikan sambutan baik atas cadangan menggunakan INK JARI pada pilihanraya yang akan datang. Seandainya BN dan TPM tulus dan ikhlas, kenapa tidak berani menyokong pelaksanaan INK?
Adakah penggunaan INK ini akan memihak kepada pihak pembangkang? Pastinya tidak, sebaliknya ia akan MEMATIKAN tektik kumpulan tertentu menaja orangnya mengundi beberapa kali di kawasan yang berlainan.
Kesimpulannya: tuduhan TPM ini nampaknya "tepuk air kena muka sendiri"!!!
No comments:
Post a Comment