Perhatian Kepada MPT - PKR
Merujuk kepada laporan Malaysiakini hari, saya tidak tahu asal-usul pertikaian politik melibatkan beberapa bahagian daripada negeri Kedah. Saya percaya kepimpinan MPT dan President berkeupayaan untuk mencari satu rumusan penyelesaian yang bijaksana.
Namun sedemikian, saya rasa adalah satu tanggungjawab dan keperluan untuk kepimpinan PKR di peringkat Pusat dan Negeri mengambil perhatian yang berat dan serius tentang rintihan penyokong bawahan bahawa:
1. Kepimpinan Pusat kurang prihatin terhadap perasaan ahli bawahan.
2. Kepimpinan Pusat kurang turun padang (takut risiko) telah saya huraikan panjang lebar sebelum ini. Mereka hingga tidak menggalakkan Anwar untuk menerajui Presiden parti.
3. Komunikasi dalam pentadbiran parti perlu diperbaiki. Ada rintihan bahawa berlaku kesukaran untuk berjumpa dengan peminpin secara amnya.
4. Mungkin ahli bawahan merasakan kepimpinan kurang menghargai pengorbanan dan sumbangan ahli akar-umbi. Lanjutan itu, pemimpin "payung-terjun" dirasakan kurang senang hati kerana mereka tidak / belum ada rekod dalam sumbangan kepada parti. Dalam soal ini, satu keseimbangan perlu dijaga agar tidak menawarkan hati pekerja bawahan parti yang juga mungkin berkelayakan untuk menjadi pemimpin, tetapi jarang diberi pengikhtirafan.
Sejuahmanakah kepimpinan menerima kritikan ini sedekit sebanyak akan mempengaruhi semangat perjuangan ahli akar-umbi.
Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya? Tolong 'habak kat orang MPT' bacalah cadangan dan pandangan blog ini tentang pengurusan parti. Ia mungkin lebih mencermin perasaan dan kehendak ahli parti secara umum.
________________________________________________
Petikan berita: http://www.malaysiakini.com/news/68466
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai dilanda krisis ekoran sebahagian besar bahagian parti itu tidak sehaluan dengan gaya kepimpinan pusat yang didakwa mereka lebih mengutamakan golongan "VIP" dalam parti itu.
PKR Baling dibubarkan minggu lalu dan bekas ketuanya, Radzi Md Lazim mendakwa ia sebagai membantah membantah sikap pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang mengutamakan golongan berkedudukan tinggi.
Ekoran sikap tersebut, dakwanya, pucuk pimpinan parti telah mengenepikan pemimpin peringkat bahagian yang berjuang dalam parti sejak PKR ditubuhkan pada 1999.
"Kami tidak minat dengan cara kepimpinan Anwar yang mengutamakan golongan tertentu, terutama korporat, dalam kepimpinan walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dan tidak pernah bergaul dengan rakyat," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Radzi berkata, beliau kecewa kerana pucuk pimpinan PKR tidak menghiraukan orang kebanyakan yang berjuang dan bergolok bergadai dalam parti sejak 1991, sebaliknya mengutamakan golongan yang berkedudukan.
Perkara ini, katanya, tidak berlaku semasa Anwar berada dalam penjara tetapi hanya terjadi setelah beliau dibebaskan dan diberi peranan sebagai penasihat PKR.
Gagal jumpa Anwar
"Seorang demi seorang orang korporat dibawa masuk ke dalam parti tetapi mereka ini tidak turun padang dan keadaan ini menyebabkan penyokong akar umbi merasa tersisih.
No comments:
Post a Comment