Sunday, June 10, 2007

Pilihanraya Kerajaan Tempatan dan Akta Bebas Maklumat

Minggu lalu membaca laporan Menteri Besar Kelantan telah menolak kedua-dua perkara di atas dengan alasan fakto kos perbelanjaan dan maklumat rasiah kerajaan tidak boleh diumumkan.

Secara langsungnya, nyata di sini pihak PAS juga mungkin berfikiran sama dengan BN / UMNO kerana BN juga enggan memulangkan hak undi ke-3 kepada rakayat untuk memilih kerajaan tempatan. Akibat daripada itu, rakyat sentiasa terkongkong dengan birokrasi kerajaan tempatan yang memang rendah akauantablitinya.

Umpamanya, Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya melapor kepada Perdana Menteri, Jawatankuasa Penasihat hanya atas nama sahaja tidak berfungsi langsung. Ekorannya, banyak masalah rakayt tidak boleh diselesaikan kerana kurang "check and balance" kuasa kerajaan tempatan.

Berhubungan dengan kebebasan amklumat pula, kita bukan minta kerajaan dedahkan semua dokumen; tetapi yang tidak melibatkan keselamatan kerajaan seperti perbadanan / penswastaan air tidak ada sebab kenapa tidak boleh didedahkan kepada umum sekiranya ia bebas dari sebarang kesangsian.

Pas sebagai kerajaan tunggal selain daripada BN sewajarnya memberikan keteladanan yang lebih baik dan nyata untuk memdesak BN dan UMNO mengolak langkah mengikut jejak Pas. Dukacitanya, janji BA kini tidak terlaksana, kemudian apakah kita akan menabur janji yang sama pada pilihanraya ke-12 akan datang?

Sementara kita mengkritik BN, apakah yang akan BA lakukan selepas memperolehi mandat rakayt? Apa yang jelas kelihatan hari ini adalah Pas lebih mengkritik BN hanya bertumpu kepada proses untuk menang pilihanaraya, tumpuan tidak berikan kepada pembaharuan yang bakal dibawa selepas kemenangan.

No comments: