Saturday, June 30, 2007

Kehandalan Peguam Negara

Pada ingatan saya, Peguam Negara Malaysia memang sudah menunjukkan kepakaran semenjak tahun 1998 selepas kemunculan Reformasi. Sepanjang tempoh ini, Peguam Negara sudah mendakwa beratus-ratus tahanan, tangkapan dan pendakwaan yang bermotifkan bau politik.

Apa yang amat menyedihkan kita, seolah-olah Peguam Negara hanya handal dalam urusan kes melibatkan parti pembangkang kerana sudah banyak kes besar yang termasuk kes pembunuhan juga dibebaskan oleh mahkamah kerana kepincangan pendakwaan mereka.

Petikan berita daripada laporan akhbar hari:

a. Seorang bekas DPP (Penolong Pendakwa Raya) telah menyatakan: "sepanjang 11 tahun beliau berkhidmat dalam Jabatan Peguam Negara, 99% pendakwaannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Tetapi, hari ini beliau berkhidmat sebagai seorang peguam bela, 99% anak guamannya dibebaskan oleh mahkamah."

Apakah implikasi kenyataan bekas DPP? Dimanakah kualiti pendakwaan mereka? Adakah kegagalan mereka disebabkan tidak ada kepakaran? Atau kegagalan mereka disebabkan oleh faktor lain? Apakah faktornya?

b. Pada waktu Tan Sri Eric Chia meraikan kebebasannya akibat daripada kegagalan Peguam Negara memanggil saksi-saksi penting dalam kes Perwaja; juga mempunyai ratusan penganut Hindu berpiket di depan Peguam Negara kerana gagal menjalankan tugas mereka walaupun ratusan laporan polis telah di buat yang melibatkan perobohan kuil-kuil Hindu.

Apakah sebab-sebab menyakibat mereka seolah-olah buta dan pekak tentang laporan rakyat? Dimanakah hala-tuju keutuhan kerajaan seperti yang termaktub dalam ayat ke-3 Rukunegara: Keluhuran Perlembagaan?


No comments: