Tuesday, June 19, 2007

Keahlian UMNO

Merujuk kepada petikan berita berikut: Datin Seri Jeanne Abdullah, wife of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, has officially become an Umno member of the Bertam branch here.

“Jeanne will register as a voter for the Kepala Batas constituency,” he told reporters after launching membership cards for Penang Umno members and the Semarak Merdeka, marked by Putra Umno's run from Butterworth to Kepala Batas from 7am to 9.45am.


Saya akui kurang fasil tentang Perlembagaan UMNO atas kelayakan seseorang menjadi UMNO.

Apa yang saya fahamkan dalam fikiran saya adalah:


1. UMNO hanya membuka keahlian kepada orang daripada keturunan Melayu sahaja.

2. Ahli daripada sebuah parti politik Sabah yang telah duibubarkan beberapa tahun lalu secara automatik boleh diserap menjadi ahli UMNO, walaupun dia mungkin bukan orang Melayu.

3. Tafsiran "Melayu adalah merujuk kepada Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud:

Malay means a person who professes the religious of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and-

(a) was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore,or is on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or

(b) is the issue of such a person.

Petikan daripada buku "Mengenal Perlembagaan Malaysia - Tun Mohamed Suffian Bin Hashim terbitan Dean Bahasa dan Pustaka 1984; pada mukasurat 405 menyebut:

Siapakah orang Melayu?
Orang Melayu ditakrifkan oleh Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu, yang mengamalkan adat-istiadat Melayu dan:

a. lahir, sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau biu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka, dia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

b. dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan ini.

Pertama, boleh diperhatikan bahawa untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan, anda tidak semestinya berketurunan bangsar Melayu. Seorang India dianggap sebagai orang Melayu jika dia menganut Islam, lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu. Sebaliknya, seorang Melayu jati sekalipun, misalnya, bukanlah seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan jika dia tidak menganut Islam.

Kedua, untuk menjadi orang Melayu bagi maksud Perlembagaan, seseorang mesti mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan atau Singapaura.

Jadi seorang Indonesia yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan yang mengamalkan adat-itiadat Melayu bukanlah seorang melayu bagi maksud Perlembagaan melainkan jika dia dilahirkan sebelum hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura ata ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan itu.

Berdasarkan hujah di atas, saya mohon ada sesiapa yang fasil tentang Perlembagaan UMNO tentang keahliannya menjelaskan siapakah yang layak menjadi ahli UMNO? Berikut adalah petikan Perlembagaan UMNO:

FASAL 5 PENDAFTARAN KEAHLIAN
5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

5.2 Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

5.3 Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 25.1.

Adakah seorang mualaf automatik berkelayakan?

Berdasarkan kepada hujah buku Tun Suffian, adakah sesiapa yang mungkin menjadi ahli UMNO tetapi hilang kelayakan status Melayu dari segi Perlembagaan?

No comments: