Seruan Tun Hanif Omar
Bekas Ketua Polis Negara hari ini turut serta membuat seruan kepada penyandang Keua Polis Negara ambil tindakan untuk membersihkan nama baik, kewibawaan dan persepsi masyrakat terhadap polis.
Saya rasa seruan ini tepat pada masanya dan memang sejajar dengan cadangan saya dalam banyak kes-kes yang melibatkan orang besar agar mengambil tindakan mahkamah sivil untuk MENGAJAR orang melakukan fitnah, sekiranya tuduhan itu tidak benar.
Begitu juga dengan Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Perdana Menteri, segeralah mengambil tindakan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim keran menuduh beliau menerima komisen ratusan juta dalam pembelian senjata.
Ini kerana atas prinsip keadilan, maysrakat kita tidak boleh bertolak ansr selangkah pun dalam soal fitnah-menfitnah, lebih-lebih lagi dengan sistem Islam Hadhari yang meluhurkan nilai-nilai murni Islam. Apatah lagi kita sedia faham, Al-Quran itu juga menyebut: "fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh".
Dengan sedemikian, tidak dapa tidak kita mesti memberikan semangat dan tenaga kepada pihak yang dituduh ambil tindakan untuk membersihkan nama sendiri, sekiranya uduhan itu tidak benar.
Sebaliknya, jikalau orang dituduh terus mendiamkan diri, maka masyarakat akan mentafsirkan tuduhan itu:
a. Tuduhan itu memang sahih dan pihak dituduh takut kerana salah.
b. Tuduhan itu tidak benar tetapi pemimpin kerajaan sendiri juga tidak yakin kepada keupayaan mahkamah untuk mengembalikan keadilan kepada mereka?
Apa pendapat anda pula?
No comments:
Post a Comment