Saturday, June 30, 2007
Di bawah ini adalah sekeping gambar 3D di mana anda boleh klik membuat pembesaran, kemudian lihat dalam jarak lebih kurang 10 inci daripada skrin dengan tumpuan sepenuhnya. Kamu akan dapat melihat sebuah kapal terbang yang terang dan cantik.
Pada permulaan mungkin ia mengambil sedikit masa untuk menemui kapal terbang tersebut. Tetapi cubalah sehingga berjaya.
Apa yang saya kaitkan dengan perkembangan kes pembunuhan warga Mongolia itu adalah, kita perlu lihat dengan tumpuan penuh seperti melihat kapal terbang ini, nescaya kes tersebut mempunyai banyak perkara yang sudah tersurat, tetapi masih lagi tersirat. Dengan itu, berlakulah rekod imigresen mereka dipadamkan.
Marilah kita bersembayang ikut cara agama masing-masing agar mereka ini insaf segera, jangan me-reka-reka cerita lagi. Dengan itu saya merasakan gambar di bawah sinonim dengan kes itu.
YB oh YB, kamu rasa tekanan naik bila cakap dengan orang yang keras kepala (ikut fahaman kamulah). Pernahkah YB berfikir untuk rakyat yang sudah 50 tahun tekanan darah naik kerana kepincangan pentadbiran BN / UMNO yang semakin kuat korup dan rasuah walaupun melaung-laungkan slogan Islam Hadhari?
Kalau YB rasa tekanan darah naik kerana sepatah ayat Duta EU, berapa kali gandakah tekanan darah rakyat melambong ketika melihat dana rakyat digunakan bina bangunan kerajaan bocor, pecah dan runtuh merata-rata?
Kalau hanya ayat ini menyebabkan YB rasa tekanan darah naik, pernahkah YB fikirkan penduduk kampung yang daif rumah mereka dirobohkan secara kekerasan? Ia jelas sekali rujuk kepada Kampung Berembang, Rimba Jaya dan Kg Chubadak?
Kalau baginilah prihatin YB, adakah menjadi hasrat YB untuk melawat beberapa buah kampung di mana rakyat kita masih menderita kerana persubahatan kerajaan dengan pemaju sanggup menggadai hak asasai perumahan orang kampung?
YB oh YB! Inilah hakikat dan wajar sebenar kononnya perjuang hak rakayt!
Pada ingatan saya, Peguam Negara Malaysia memang sudah menunjukkan kepakaran semenjak tahun 1998 selepas kemunculan Reformasi. Sepanjang tempoh ini, Peguam Negara sudah mendakwa beratus-ratus tahanan, tangkapan dan pendakwaan yang bermotifkan bau politik.
Apa yang amat menyedihkan kita, seolah-olah Peguam Negara hanya handal dalam urusan kes melibatkan parti pembangkang kerana sudah banyak kes besar yang termasuk kes pembunuhan juga dibebaskan oleh mahkamah kerana kepincangan pendakwaan mereka.
Petikan berita daripada laporan akhbar hari:
a. Seorang bekas DPP (Penolong Pendakwa Raya) telah menyatakan: "sepanjang 11 tahun beliau berkhidmat dalam Jabatan Peguam Negara, 99% pendakwaannya disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Tetapi, hari ini beliau berkhidmat sebagai seorang peguam bela, 99% anak guamannya dibebaskan oleh mahkamah."
Apakah implikasi kenyataan bekas DPP? Dimanakah kualiti pendakwaan mereka? Adakah kegagalan mereka disebabkan tidak ada kepakaran? Atau kegagalan mereka disebabkan oleh faktor lain? Apakah faktornya?
b. Pada waktu Tan Sri Eric Chia meraikan kebebasannya akibat daripada kegagalan Peguam Negara memanggil saksi-saksi penting dalam kes Perwaja; juga mempunyai ratusan penganut Hindu berpiket di depan Peguam Negara kerana gagal menjalankan tugas mereka walaupun ratusan laporan polis telah di buat yang melibatkan perobohan kuil-kuil Hindu.
Apakah sebab-sebab menyakibat mereka seolah-olah buta dan pekak tentang laporan rakyat? Dimanakah hala-tuju keutuhan kerajaan seperti yang termaktub dalam ayat ke-3 Rukunegara: Keluhuran Perlembagaan?
Pendedahan ahli kelaurga mangsa pembunuhan Altantuya telah mendedahkan satu tragedi yang memerangjatkan kita.
Tiba-tiba rekod kemasukan mereka sudah diajabikan hilang (kena minta bantuan Seekers cara sebabnya??). Wakil Peguam Negara menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menyiasat sebab-sebab kehilangan rekod imigresen.
Saya percara, sekiranya Altantuya dan kawanya jika masuk dengan cara haram, adalah menjadi KEWAJIPAN kerajaan dan Peguam Negara minta siasatan lanjut. Sekiranya sahih mereka telah mencerobohi tanah air kita, tindakan undang-undang PATUT dikenakan ke atas mereka.
Tetapi, saya kurang faham seolah-olah Peguam Negara sudah hilang gigi taringnya untuk menegakkan kedaulatan unadang-undang negara.
Kenapa Peguam Negara enggan siasat lebih lanjut?
Adakah pemadaman rekod imigresen itu cuba memnyelematkan pihak tertentu?
Adakah Peguam Negara diarahkan oleh pihak tertentu agar jangan mencampuri hal ini?
Kini, bapa Altantuya sudah membuat laporan polis, kita sama-sama lihatlah apa alasan kerajaan, polis dan Peguam Negara berhujah?
Kalau kemasukan dalam tanah air itu perkara remeh-temeh, kenapa pula kerajaan heboh-heboh untuk menjalankan operasi penangkapan pendatang haram? Kenapa kawan Altantuya diberikan keistimewaan tidak dikenakan tindakan?
Berikut adalah gambar ekslusif ketika Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor menyerahkan buku laporan korupsi yang melibatkan seorang Menteri Kanan, Lalaki dari UMNO yang masih menyandang jawatan Menteri.
Buku laporan tersebut setebal 632 mukasurat yang memuatkan segala rekod hasil pengumpulan Gerak tempoh selama 6 bulan.
Apakah harapan anda ke atas Ketua Kerajaan Islam Hadhari?
Adakah anda percaya Menteri itu akan digantung kerja sementara tunggu siasatan?
Adakah anda yakin Menteri itu akan dikenakan dakwaan seperti pencuri wang saku?
Adakah anda yakin sungguhpun ada pendakwaan, tetapi masih dibebaskan kerana Pendakwa Raya gagal memanggil saksi penting untuk memberi keterangan seperti yang berlaku dalam Kes Eric Chia?
Adakah anda percaya kes ini juga akan disapu bawah kain carpet seperti ratusan kes sebelum ini?
Ketika melabuh minum di Putrajaya semalam, kebetulan saya terlibat sebuah papan tanda yang memetik Surah Al-Baqarah 195 seperti gambarajah di bawah.
Sebenarnya kita sedar dan memang tahu bahawa punca kegagalan memerangi salah-guna dadah adakah kerana FAKTOR KORUPSI @ RASUAH. Kefahaman saya adalah sejajar dengan seruan / kenyataan Gerak (http://www.gerakmalaysia.org/) di mana tanpa kewujudan rasuah, dadah sudah lama dibanteraskan.
Hati saya tertanya-tanya, kenapakah kerajaan kita tidak tukar tajuk ini kepada: Rasuah Haram Di Sisi Islam - dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan [Al-Bawarah 195]?
Adakah adna setuju dengan penghapusan rasuah itu akan meredakan masalah penyalahgunaan dadah kerana penguatkuasaan akan membantutkan bekalannya?
Dengan itu, kita bersama-sama serulah kerajaan serta-merta mengyistiharkan Rasuah Haram Di Sisi Islam.
Saturday, June 23, 2007
Pada 13 June 2007 (http://maibincang.blogspot.com/2007/06/demokrasi-yang-tulin-di-korea-gambar.html) saya sudah membicarakan keberanian Amin dan Cikgu Bad kerani berani mendesak kerajaan Korea panggil balik tentera mereka daripada Irag.
Dalam perbincangan yang sama, saya juga memohon mereka boleh tolong memberitahu kita kenapa kerajaan Korea tidak tuduh mereka campur urusan dalaman negara kerana mereka bukan warganegaranya. Dalam komen ditulis oleh Cikgu Bad, beliau menyatakan kesudiannya untuk memberitahu kita selepas komputernya berfungsi semula.
Memang dalam jangkaan, Tim PM hari sudah menegur 'Ambassador and Head of European Commission Delegation to Malaysia Theirry Rommel’s' kerana mengkritik DEB sudah ditafsirkan sebagai melanggar etika diplomat dan campur tangan urusan dalaman negara.
Boleh kita cadangan mana-mana yayasan daripada Korea memberikan satu tajaan sepertimana yang dinikmati oleh Cikgu Bad meneruskan pengajian Sarjana di Korea sambil mempelajari selok-belok tadbir kerajaan dengan dada yang lapang terus menjdai juara kampung?
http://www.malaysiakini.com/news/69034
Najib: Euro rep ‘interfering’ in our affairs
Jun 23, 07 6:37pm Adjust font size:
Deputy Premier Najib Abdul Razak today expressed regret over Ambassador and Head of European Commission Delegation to Malaysia Theirry Rommel’s comments on the New Economic Policy (NEP).
“Normally, an ambassador or envoy does not comment on the affairs of the country to which they are accredited.
“This has been the practice because when we comment on the policies adopted by the country concerned, it means we are interfering in the affairs of the host country,” said Najib according to Bernama today.
He said Rommel had contradicted the diplomatic practice and principles adopted by Malaysia.
Najib did not rule out the possibility of lodging an official protest against Rommel’s comments.
Berhubung dengan menteri yang sama, semalam saya membaca The Sun melaporkan kenyataannya dalam Dewan Rakyat mengatakan: masyarakat Islam di Malaysia belum bersedia untuk berdialog dengan agama lain.
Sementara beliau memberikan satu penjelasan standard BN dalam soal rasuah yang berkaitan dengan Ketua Pengarah BPR dan Tim Menteri BN sendiri.
Saya faham dilema beliau kerana sekiranya beliau bercakap benar mungkin akan akan memalukan BN dan UMNO. Persoalan paling asas sampai budak tadika pun boleh faham adalah kenapa tidak boleh umumkan keputusan siasatan? Lebih-lebih lagi jika tuduhan itu tidak berbukti dan orang dituduh juga membuat permintaan yang sama.
Adakah pengumuman itu akan menjejaskan keadilan atau mengakibatkan kemaluan pihak tertentu?
Merujuk kepada kenyataan bahawa masyarakat Islam belum bersedia untuk berdialog, saya mengambil-kira sebenarnya "UMNO takut untuk berdialog" kerana antara agama telah banyak kali dijalankan oleh parti-parti pembangkang termasuk Pas dan PKR (Anwar Ibrahim). Kita sedia maklum awal bulan ini dialog di Armada Hotel juga memdapat penyertaan semua agama.
Adakah menteri tidak tahu?
Sementara itu juga, menteri boleh menerangkan kepada kita apakah faktor kebelum-sediaan itu? Ataupun apakah kekurangan yang ada mengakibatkan dialog tidak boleh diadakan?
Sekiranya, memang masyarakat Islam memang bersedia, adakah ini bermakna UMNO sudah GAGAL kerana sudah 50 tahun memerintah masuk tidak mampu mengupayakan masyarakat Islam untuk berhadapan dengan dunia luar?
Lantaran itu, bijak-bijaklah untuk memangka pada pilihanraya akan datang agar tidak diperdaya oleh golong yang pandai memutar-belikkan kenyataan.
Akhirnya, adakah anda sudah lama bersedia tidak seperti Menteri UMNO masih takut?
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=5698
23/06: Bodoh Lagi!
Category: General Posted by: Raja Petra
Keris Silau
Bodoh punya MP
Keluar dari mulut Nazri
Dalam parlimen punya sessi
Kit Siang tanya pasal Dato Johari
Yang disiasat Anti Corruption Agency
Kit Siang also questions his Ministry
So when the debate turns ugly
Bocorlah perkataan rasmi
Daripada mulut kita punya menteri
Maka jadilah sessi maki-memaki
Susah nak control by Ramli
Words like Bodoh is derogatory
In parliament it is being used daily
To accuse the opposite party
Very uncivilized bunch of MP
A message to Dollah Badawi
To duplicate your March 2004 victory
Please ensure there is no such monkey
Becoming laughing stock internationally
And will become Barisan’s liability
If you still select those MP
Such as the close one-eye MP
Or the one like bocor MPs
Or the one with the first name Say Me
I don’t think you will get my undi
Those brought embarrassment to the country
Thursday, June 21, 2007
Berikut adalah kenyataan rasmi bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif menyeru PDRM membuangkan epal buruk daripada pasukannya.
Sebenarnya perkara ini telah dibincangkan panjang lebar dalam tulisan saya sebelum ini berhubung kait dengan tuduhan penyandang Ketua Polis Negara terlibat dalam gejalah korup di Malaysia Today. Tun juga menyokong KPN mengambil tindakan undang-undang untuk mempetahankan kebersihan pasukan polis ke atas petuduh.
Cuma kita masih menunggu tindakan tersebut. Dengan ini, marilah kita bersama-sama berikan semangat dan menyahut seruan Tun agar tindakan segera dapat diambil serta-merta.
Berita di bawah juga berkaitan dengan masalah korupsi di China. Menurutnya, kerjasama polis China sampai satu tahap boleh meminjangkan kereta kebal pasukan dimandu dan guna-pakai oleh ketua gangster untuk mengugut orang awam agar tunduk kepada tekanan mereka.
Seperti juga saya sebut pada minggu yang lalu, kerajaan China telah banyak menjatuhkan hukuman mati ditembak ke atas banyak pegawai tinggi kerajaan sehingga pangkat Menteri dan Gabenor Province.
Adakah anda bersetuju agar suatu hari nanti kerajaan Islam Hadhari juga akan mengambil tindakan tegas ke atas perasuah tanpa mengira sama ada mereka ahli UMNO, Pas, MCA, PKR, Gerkan mahupun DAP?
Kalau hari tiba, maka legalah kita semua laporan sebelum ini mesti disiasat dengan terbuka, termasuk yang terdekat kes yang didedahkan oleh Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor ke atas Ketua Pengarah BPR Dato Zulkifli dan tuduhan ke atas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Kenapa keputusan siasatan tidak boleh diumumkan? Sedangakn Dato Johari juga amat mengharapkan satu keadilan patut dipulangkan kepadanya, jika tidak ada bukti salah?
Seseorang yang ditakdirkan cacat penglihatan, pastinya dia tidak akan dapat melihat keindahan dan kehodohan dunia ini. Begitu juga bagi orang yang kurang nasib baik dalam pendengaran, pasti ia tidak dapat mendengar seruan dan jeritan rakyat.
Telah diakui oleh banyak pihak daripada hampir semua agama utama dalam negara ini yang melibatkan pelbagai-bagai pertubuhan, agama dan keturunan mempunyai keluhan dan rintihan masing-masing.
Di antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan 5 Agama bahawa proses memteokrasikan negara telah mulai mengancan pihak-pihak tertentu. Oleh itu kerajaan perlu dan wajib menanganinya dengan segera.
Perpatah Cina menyebut: api-api kecil boleh membala sebuah padang. Pertikaian dan perselisihan yang wujud sejak kebelakangan ini berkaitan dengan agama tidak / kurang diambil berat oleh pihak pemerintah. Sudah berlaku perpecahan keluarga kerana campur-tangan pihak tertentu dalam soal keagamaan secara kekerasan / paksaan.
Sebenarnya, andaikata kerajaan BN ikhtifar sensitiviti keagamaan, sewajarnya semua perbezaan pendapat perlu diselesaikan melalui rundingan, perbincangan dan harmoni.
Minggu ini, banyak berita tentang kerajaan tempatan telah mengeluarkan notis untuk merobohkan banyak tokong kecil yang dikatakan kononnya terdiri di atas tanah kerajaan. Yang menyindirkan BN adalah mereka tidak pernah memperuntukan kawasan untuk membolehkan penganut Buddha / Tao untuk melaksanakan kepercayaan dengan sah.
Dalam keadaan yang terdesak ini, di manakah penganut Buddha, Hindu dan Tao pergi?
Perlu diingatkan kerajaan dan BN adakah kekerasan merobohkan tempat-tempat ibadat itu akan selesai semua pertikaian?
Jawablah pemimpin BN? Apakah pendirian MCA? Gerakan? MIC?.......
Tuesday, June 19, 2007
Merujuk kepada petikan berita berikut: Datin Seri Jeanne Abdullah, wife of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, has officially become an Umno member of the Bertam branch here.
“Jeanne will register as a voter for the Kepala Batas constituency,” he told reporters after launching membership cards for Penang Umno members and the Semarak Merdeka, marked by Putra Umno's run from Butterworth to Kepala Batas from 7am to 9.45am.
Saya akui kurang fasil tentang Perlembagaan UMNO atas kelayakan seseorang menjadi UMNO.
Apa yang saya fahamkan dalam fikiran saya adalah:
1. UMNO hanya membuka keahlian kepada orang daripada keturunan Melayu sahaja.
2. Ahli daripada sebuah parti politik Sabah yang telah duibubarkan beberapa tahun lalu secara automatik boleh diserap menjadi ahli UMNO, walaupun dia mungkin bukan orang Melayu.
3. Tafsiran "Melayu adalah merujuk kepada Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud:
Malay means a person who professes the religious of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and-
(a) was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore,or is on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or
(b) is the issue of such a person.
Petikan daripada buku "Mengenal Perlembagaan Malaysia - Tun Mohamed Suffian Bin Hashim terbitan Dean Bahasa dan Pustaka 1984; pada mukasurat 405 menyebut:
Siapakah orang Melayu?
Orang Melayu ditakrifkan oleh Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu, yang mengamalkan adat-istiadat Melayu dan:
a. lahir, sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau biu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka, dia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
b. dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan ini.
Pertama, boleh diperhatikan bahawa untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan, anda tidak semestinya berketurunan bangsar Melayu. Seorang India dianggap sebagai orang Melayu jika dia menganut Islam, lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat Melayu. Sebaliknya, seorang Melayu jati sekalipun, misalnya, bukanlah seorang Melayu bagi maksud Perlembagaan jika dia tidak menganut Islam.
Kedua, untuk menjadi orang Melayu bagi maksud Perlembagaan, seseorang mesti mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan atau Singapaura.
Jadi seorang Indonesia yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan yang mengamalkan adat-itiadat Melayu bukanlah seorang melayu bagi maksud Perlembagaan melainkan jika dia dilahirkan sebelum hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura ata ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau dia adalah berketurunan daripada seseorang yang disebutkan itu.
Berdasarkan hujah di atas, saya mohon ada sesiapa yang fasil tentang Perlembagaan UMNO tentang keahliannya menjelaskan siapakah yang layak menjadi ahli UMNO? Berikut adalah petikan Perlembagaan UMNO:
FASAL 5 PENDAFTARAN KEAHLIAN
5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
5.2 Permohonan mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.
5.3 Borang pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi dan hendaklah disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 25.1.
Adakah seorang mualaf automatik berkelayakan?
Berdasarkan kepada hujah buku Tun Suffian, adakah sesiapa yang mungkin menjadi ahli UMNO tetapi hilang kelayakan status Melayu dari segi Perlembagaan?
Bekas Ketua Polis Negara hari ini turut serta membuat seruan kepada penyandang Keua Polis Negara ambil tindakan untuk membersihkan nama baik, kewibawaan dan persepsi masyrakat terhadap polis.
Saya rasa seruan ini tepat pada masanya dan memang sejajar dengan cadangan saya dalam banyak kes-kes yang melibatkan orang besar agar mengambil tindakan mahkamah sivil untuk MENGAJAR orang melakukan fitnah, sekiranya tuduhan itu tidak benar.
Begitu juga dengan Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Perdana Menteri, segeralah mengambil tindakan mahkamah ke atas Anwar Ibrahim keran menuduh beliau menerima komisen ratusan juta dalam pembelian senjata.
Ini kerana atas prinsip keadilan, maysrakat kita tidak boleh bertolak ansr selangkah pun dalam soal fitnah-menfitnah, lebih-lebih lagi dengan sistem Islam Hadhari yang meluhurkan nilai-nilai murni Islam. Apatah lagi kita sedia faham, Al-Quran itu juga menyebut: "fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh".
Dengan sedemikian, tidak dapa tidak kita mesti memberikan semangat dan tenaga kepada pihak yang dituduh ambil tindakan untuk membersihkan nama sendiri, sekiranya uduhan itu tidak benar.
Sebaliknya, jikalau orang dituduh terus mendiamkan diri, maka masyarakat akan mentafsirkan tuduhan itu:
a. Tuduhan itu memang sahih dan pihak dituduh takut kerana salah.
b. Tuduhan itu tidak benar tetapi pemimpin kerajaan sendiri juga tidak yakin kepada keupayaan mahkamah untuk mengembalikan keadilan kepada mereka?
Apa pendapat anda pula?
Monday, June 18, 2007
Saya yakin tidak ada sesiapa termasuk pemimpin UMNO, MCA dan MIC berani mencabar kesahihan kenyataan berikut:
"Menurut BN, konsep mereka adalah:
UMNO - Pembela orang Melayu.
MCA - Pembela orang Cina.
MIC - Pembela orang India dan sebagainya".
Dalam konsep marketing, baik UMNO, MCA ataupun MIC mereka sendiri telah menghadkan / mengongkong pasaran mereka kepada kaum tertentu sahaja. Mengikut segmentasi ini, sekiranya ada sesiapa yang mampu melampaui batasan ini, maka secara automtiknya pasaran mereka akan tenggelam.
Gambar-gambar berikut menunjukkan satu keajaiban yang pasti mengerunkan / menggigirkan UMNO, MCA & MIC kerana mulai muncul ada orang yang mampu menggantikan peranan mereka dengan menjangkaui batasan kaum tertentu.
Lihat gambar berikut, seorang Cina telah terbukti memperjuangkan hak-hak asasi keturunan orang lain. Dia ditangkap, didakwa, dikurung dan pernah dibelasah. Contohnya di Kampung Berembang dan Sentul, beliau berdiri di barisan paling hadapan untuk mempertahankan hak perumahan orang kampung yang kebanyakan keturunan Melayu.
Selepas beliau ditangkap polis dengan alasan cubaan membunuh, orang Melayu yang membantah, menuntutkan kerajaan membebaskan orang Cina ini. Kesemuanya tidak ada halangan perasaan perkauman.
Pada waktu yang sama juga, kita menyedih dan terbongkar kepura-puraan orang UMNO, MCA & MIC kerana seperti di Kampung Berembang tidak pernah dilawati wakil rakyat tempatan daripada UMNO (juga orang Melayu).
Dengan itu, percayakah anda bahawa UMNO pejuang nasib orang Melayu, MCA pejuang nasib orang Cina dan MIC pejuang nasib orang India?
Orang umpama saya maksudkan disini termasuklah seperti Tian Chua dan Manikawasagam. Lantaran itu, saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh terima jenis kepimpinan pelbagai keturunan ini? Dengan itu, sejauhmanakah anda dapat kefahaman sebab-sebab BN bertekad menamatkan riwayat politik kumpulan ini?
Dengan itu, percayakah anda bahawa UMNO pejuang nasib orang Melayu, MCA pejuang nasib orang Cina dan MIC pejuang nasib orang India?
Orang umpama saya maksudkan disini termasuklah seperti Tian Chua dan Manikawasagam. Lantaran itu, saya tidak nampak kenapa kita tidak boleh terima jenis kepimpinan pelbagai keturunan ini? Dengan itu, sejauhmanakah anda dapat kefahaman sebab-sebab BN bertekad menamatkan riwayat politik kumpulan ini?
Sunday, June 17, 2007
Itulah kata OCPD Johor Bharu ketika mengulas pertanyaan wartawan tentang keenggannan balai polis menerima laporan kes culik dan rogol berlaku minggu lalu.
Memang kita akui di antara pasukan polis ramai yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuknegara. Namun sedemikian, adakah wajar kepimpinan negara dan polis terus berpeluk tubuh atas "barah sikap polis ini"?
Kata pula Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, PDRM perlu memilih dan membuangkan segelintir anggota ini agar kewibawaan polis terus dihormati masyarakat.
Keluhan, rintihan, aduan, persoalan telah banyak kali ditimbulkan, disampaikan kepada kerajaan, Menteri, Perdana Menteri, Suhakam, NGO dan parti politik; apa yang mendukacitakan kita adalah setakat ini masih belum memperlihatkan tekad kerajaan dan ketua Islam Hadhari yang memang menjanjikan satu perkhimatan yang tulus, ikhlas, mesra, jujur dan bersih.
Lumrahnya, setiap kali ada isu ramai yang tempang heboh-heboh, lepas itu lenyap. Dimanakah tindakan susulan?
Apakah tindakan yang telah / akan dikenakan kepada polis yang dikatakan bodoh oleh OCPD itu?
Adakah keengganan balai menerima laporan, khasnya kes kecemasan ini membuktikan penyampaian arahan polis itu masih lumpuh? Kalau tidak kenapa ia masih berulang-ulang seperti ulasan Tun Hanif semalam?
Walaupun sedemikian, terdapat seorang DSP Cina menyalahkan suratkhabar Mandarin kerana membuat liputan besar-besaran. Adakah pegawai ini cerdik bahawa keadaan akan terselesai jika tidak ada liputan wartawan? Apa teori pegawai tinggi ini?
Ada pula golongan yang berpendapat bahawa polis lebih cenderung kepada membuat tangkapan had-laju daripada pencegahan jenayah. Kenapa?
Sekiranya tidakan tatatertib tidak kenakan ke atas golongan "bodoh" ini, berapa lama lagikah rakyat kena tanggung bayar gaji orang bodoh menjaga keselamatan negara?
Wednesday, June 13, 2007
Semalam baru saya membicarakan tentang penindasan yang malang berlaku di Kelantan kerana tempat ibadat Orang Asli telah dirobohkan secara ugutan & paksaan.
Sekali lagi, perkara ini mendapat perhatian kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas dengan segera mengumumkan kesediaan untuk membina semula rumah ibadat tersebut dengan tanggungan kerajaan.
Jika dibandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional Sabah, kononnya Timbalan Ketua Menteri meletak jawatan kerana membantah tindakan Ketua Menteri (wakil UMNO) campur tangan menghentikan rancangan pembinaan sebuah rumah tokong di Tawau yang memang sudah memperolehi kelulusan semua pihak berkuasa dan jabatan kerajaan. Projek ini terpaksa dibengkalaikan walaupun kerja pembinaan sudah mula dan bahan-bahan juga telah siap dibeli.
Selepas banyak bulan berlalu, kerajaan Barisan Nasional baik negeri mahupun pusat tidak menampakkan apa-apa tindakan susulan.
Jika seorang Timbalan Ketua Menteri letak jawatan pun tidak diperhiraukan, bagaimana pula jika masalah yang dihadapi oleh rakyat yang daif itu akan mendpat perhatian? fikir-fikir sendirilah.
MCA & DAP sedang sibuk cabar mencabar bagi membahas, di sini ada sesiapa yang hendak dan boleh membahas dalam isu ini?
Kelantan gov’t to rebuild church
Sabrina Chan and Fauwaz Abdul Aziz
Jun 13, 07 5:44pm Adjust font size:
The Orang Asli community of Kampung Jias, Kelantan, who saw their church demolished by the district authorities recently, will have the building replaced.
When contacted today, Gua Musang district officer Kamaruddin Awang said the government will build a new structure but on another site. In addition, it will bear the cost of construction.
Asked why the church had been demolished in the first place, he pointed out that the community had not obtained approval to put up the structure.
Gambar ini dipetik daripada satu blog yang diuruskan oleh seorang gadis / aktivis Soul, Korea yang bernama Mun Jin di http://blog.asiainside.net/munjiny505/.
Apa yang memeranjatkan saya adalah dua muka yang tertera dalam gambar ini adalah warga Malaysia. Mereka yang bernama Amin Iskandar dan Badrul Hisham memang tidak janggal dalam arena golongan aktivis sosial di Malaysia.
Sekiranya gambar ini tidak apa istimewanya jika tempat mengumpul ini berada dalam kawasan tanah air. Apa yang menghairankan saya adalah kerajaan Korea memang benarkan / memberikan ruang yang luas kepada semua manusia untuk meluahkan perasaan dan pandangan.
Saya tidak tahu kenapa kerajaan Korea tidak menahan mereka seperti kerajaan Islam Hadhari Malaysia, kononya mereka mengancam keselamatan dan ketenteraman awam?
Badrul Hisham merupakan seorang pemegang Visa sebagai pelajar universiti yang ditaja oleh kerajaan Korea sendiri, kenapa kerajaan Korea tidak menahannya salah guna Visa?
Kenapa kerajaan Korea tidak menuduh warga Malaysia telah melakukan kerja-kerja hasutan menghasut rakyatnya mengadakan perhimpunan haram? Adakah program ini memperolehi polis permit Korea?
Kenapa kerajaan Korea tidak mendakwa warga Malaysia mencampuri urusan hal-ehwal dalaman Korea? Mungkin Akta Keselamantan Dalam Negeri Korea boleh dikenakan tanpa bicara?
Kenapa kerajaan Korea tidak menarik balik biasiswa yang ditawarkan kepada Badrul Hisham kerana tidak menjadi "pak turut" atau "pak angguk" kepada arahan kerajaan Korea?
Kenapa Kerajaan Korea tidak membidas mereka tidak berhak kerana bukan wagranegara untuk mendesak kerajaan "Bring Korean Troops Home"?
Kenapa kerajaan Korea membenarkan warga asing menyertai program bantahan kerajaan yang dianjurkan oleh kumpulan antiwar.or.kr?
Mungkin Amin dan Badrul boleh berikan sedikit jawapan kepada kita bagaiman Korea menguruskan suara rakayt?
Apa perbezaannya berbanding dengan kerajaan Malaysia?
Kenapa kerajaan Korea berani berhadapan dengan rakyat tidak seperti negara kita? Apa resipi mereka?
Meneurut kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sebelum ini menjelaskan beliau tidak tahu Sistem Islam Hadhari dalam satu wawancara media.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa apa jua sistem memerlukan satu nama sebagai pengenalan. Namun, apa yang mungkin boleh ditafsirkan laporan ini bahawa Islam Hadhari ini tidak boleh dikritik? Dipersoal? Ataupun ia hanya boleh dikritik oleh Muslim sahaja?
Pada hemat saya, tidak kita nafikan menyindir sesuatu sistem tanpa mengira apa jua namanya adalah tidak baik, sekiranya tidak disokong dengan fakta-fakta yang sahih.
Pada waktu yang sama juga, tanpa mengira apa jua namanya, andaikata pelaksanaan sesuatu sistem itu tidak menghasilkan keadilan sejagat, maka rakyat memang berhak untuk mengkritiknya. Ia hanya berkecuali dalam sistem pentadbiran kuku-besi atau ditaktorship sahaja tidak guna pakai.
Dalam erta kata lain, sebagai seorang pemimpin yang berkewibawa, adalah menjadi tanggungjawabnya memastikan pelaksanaan sistem itu benar-benar berkesan dan efektif untuk segenap lapisan rakyat. Jika ia hanya terhenti pada tahap teorinya, boleh diungkapkan sebagai satu sistem yang tidak berjaya sungguhpun konseptualnya amat sempurna.
Kesimpulannya, satu sistem yang baik, diterima baik oleh rakyat adalah satu sistem yang kenyal boleh menghadapi ujian-ujiannya setiap masa.
Apa pula pendapat anda? Setuju? Tidak setuju, kenapa?
Nota: untuk maklumat lanjuta sila rujuk kepada: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/. Di antara intisarinya termasuklah:
Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan
Petikan Laporan Malaysia-Today
13/06: Jangan perli Islam Hadhari: PM
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh SA'ODAH ELIAS -mStar Online
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.
"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.
Perdana Menteri melihat model 'Masjid Hadhari' yang dibina di Jerteh, Terengganu selepas majlis perasmian muzakarah di UKM. (foto The Star oleh Darran Tan)
Kira-kira 3,900 imam daripada keseluruhan imam di negara ini yang berjumlah 20,000 orang hadir di perhimpunan tiga hari itu.
Abdullah berkata baru-baru ini pun beliau telah diminta untuk bercakap mengenai topik itu dalam lawatannya ke Russia hujung bulan ini.
Beliau kelihatan agak kecewa dengan sikap masyarakat setempat yang mempermain-mainkan konsep itu serta sengaja tidak mahu memahami tujuannya, sedangkan pemimpin luar negara semuanya menerima baik pendekatan itu yang bertujuan membina masyarakat Islam yang bermutu, berpendidikan dan berkebolehan dalam semua bidang.
"Jika kita mahukan kebaikan, kenalah ikut cara yang boleh membawa kemajuan. Ilmu kita guna ke jalan yang baik adalah satu amalan jariah," katanya.
Beliau juga menekankan perlunya gandingan tenaga dan kemahiran antara golongan cendekiawan Islam seperti imam dan golongan profesional Islam untuk membawa masyarakat ke tahap lebih maju sesuai dengan perkembangan zaman.
"Setiap pihak ada kebolehan dan kemahiran masing-masing. Perlulah bekerjasama demi kebaikan masyarakat seperti bagaimana gandingan pemikiran dua golongan yang berbeza ini berjaya membawa kita ke arah kemerdekaan dan kemudian penubuhan Bank Rakyat dan Tabung Haji," tambahnya.
Tuesday, June 12, 2007
Sepertimana kita sedari, memang wujud sedikit ketegangan antara agama sejak kebelakangan ini. Dukacita sekali lagi dilaporkan berlaku penindasan ke atas Orang Asli di Gua Musang. Mereka diugut dan dicerobohi hak mereka untuk membina tempat ibadat yang membimbing manusia berkhidmat baik.
Menurut laporan ini, nampaknya kerajaan Negeri dan Pusat sekali lagi membisukan diri. Akan tetapi mereka lupa, adakah kebisuan itu boleh menutup ketidakpuasan rakyat? Adakah mereka mampu menutup kejadian penindasan seumpama ini di tutup daripada ketahuan dunia? Ini kerana mereka lupa perpatah Melayu menyebut: Bau Bacang Tidak Boleh Dibungkus dan Bangkai Gajah Tidak Boleh Ditutup Dengan Nyiru.
Sepertiman telah disarankan oleh Anwar Ibrahim, bahawa soal keagamaan perlu diselesaikan dengan bijaksana melalui perbincangan. Malangnya kerajaan BN tidak akur dengan kenyataan ini, malahan telah membatahkan simposium dialog antara bangsa bulan lalu pada saat terakhir.
Dengan penuh kesedaran kita menghormati setiap agama yang membena, dimanakah kuasa pegawai kerajaan cuba mengugut orang asli?
Adakah ini model kesederhaan Islam Hadhari?
Adakah ini secocok dengan Surah Al-Baqarah 256 pernah saya petikan minggu lalu dalam blog ini? Sila rujuk kepada: http://maibincang.blogspot.com/2007/06/jaminan-kebebasan-islam-oleh-al-baqarah.html.
Adakah dengan keputusan orang asli itu akan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam? Kenapa orang politik tiba-tiba hilang keyakinan diri akan pegangan sendiri begitu fragile?
Adakah cara ini bijak untuk membena satu masyarakat yang harmoni ketika negara akan meraikan kemerderakaan 50 tahun?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Petikan daripada: http://www.malaysiakini.com/news/68515
Sabrina Chan Jun 12,
A pastor is crying foul over the demolition of a church in an Orang Asli settlement in Gua Musang, Kelantan on June 4.
According to Moses Soo, the Orang Asli community in Kampung Jias had embraced Christianity in February and wanted to erect a small church to mark their faith.
After consulting the Village Development and Security Committee and the Department of Orang Asli Affairs, they proceeded with the construction with the help of volunteers and donations.
Following this, Soo claimed that on several occasions, people from religious groups came to the site uninvited and took photographs of the construction and those involved in the work.
“They came in cars that had car plates indicating they belonged to Islamic religious groups. They looked scary and tough, but the villagers refused to stop work even though they were afraid of the people who came,” he told malaysiakini today.
On April 11, the Gua Musang district land office issued a stop work order. The letter stated that the construction was being carried out on state land without permission from the authorities.
The following day, the National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NECF), in a letter to the land office, said the land belonged to the Orang Asli villagers.
“Their right is guaranteed under Section 2 6(1) and 7(1) of the Orang Asli Act 1954,” read the letter signed by NECF secretary-general Reverend Wong Kim Kong.
Copies of the letter were sent to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat, Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah and Attorney-General Abdul Gani Patail.
Intimidation tactics
Soo said work on the church continued but the land office slapped them with another stop work order on April 19.
Five days later, the pastor claimed, several policemen had asked him to follow them to the police station without providing any reason.
“Three police officers stopped me while on my way to Gua Musang at about
“They insisted without reason that I should follow them back to the police station, which I declined as I was heading back to
He told malaysiakini that this was an attempt to “intimidate” him. He said the policemen then went to the village and took down the IC numbers of the volunteers involved in the building of the church.
On May 24, the land office issued a third notice informing the village headman Pedik Busu that the “illegal” structure would be demolished.
Soo said despite various efforts to block the demolishment, the church was finally torn down by bulldozers.
According to him, the land belonged to the headman of Kampung Jias but was donated to the community for the purpose of building the church.
On June 6, a police report was filed on the incident by the village headman.