Sendiwara Pemuda MCA atas isu PPM
Kepada saudara/I budiman yang membaca akhbar utama Bahasa Mandarin, nada lantang kumandang setaip hari Setiausaha Agong Pemuda MCA cabar Ketua Eksekutif PPM; kononnya kutipan loyalty lagu adalah tidak adil, laporan kewangan PPM tidak tepat (under declare), PPM telah menaja Pegawai Penguatkuasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna melancong ke luar negeri sebagai imbuhan.
Sepertimana telah saya huraikan sebelum ini, nyata sekali lagi ini menunjukkan sikap keselambaan Pemuda MCA. Hakikat Pemuda MCA sebagai parti pemerintah (jika MCA dilayani setarat seperti UMNO), saya percaya sudah pasti mereka boleh mengenakan tindakan undang-undang sekiranya PPM telah menlanggarinya.
Persoalan asas di sini adalah, Pemuda MCA sehingga hari gagal menjelaskan perkara manakah PPM telah bersalah? Apa yang kita dengan hanya laungan seperti pembangkang bahawa tindakan PPM ini tidak patut! Itu tidak wajar! Situ tidak transparen!
Ia hanya merupakan satu perkara yang remah-temeh tidak perlu publisiti murah untk cuba menjadi wira. Sebaliknya kalau PPM tidak bersalah dari segi undang-undang dan sememangnya PPM tidak berlaku adil; jelas bahawa itu adalah masalah perundangan. Siapa yang mengubah undang-undang tersebut? Adakah DAP? Adakah Pas? Adakah Keadilan? Sudah pasti ia termasuk MCA, lebih-lebih lagi MCA ada wakil dalam kementerian sebagai Setiausaha Parlimen.
Jika ia adalah masalah perundangan dan MCA menafikan tanggungjawabnya, ia akan lebih serius kerana mereka sudah akui bahawa MCA memang dahulu, sekarang dan selama-lamanya dianak-tirikan oleh UMNO dalam Barisan Nasional.
Berhubung kait dengan penajaan pegawai penguatkuasa pula, jikalau YB Setiausaha Agong Pemuda MCA selaku ahli Perundangan Tertinggi Negera (Dewan Rakyat), beliau tidak boleh melepaskan tanggungjawab paling asas untuk melaporkan salah-laku atau sebarang tindakan yang disyaki mungkin berunsur rasuah itu kepada polis dan BPR sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 17.seperti berikut:
Perkara 17: Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
17(1) Mana-mana pegawai badan awam diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hamper.
17(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih sepuluh tahun atau kedua-duanya.
17(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah dengan seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk meperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hamper.
17(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi sepuluh riburinggit atau dienjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada: http://maibincang.blogspot.com/2006/11/akta-pencegahan-rasuah-1997-akta-575_10.html dan http://maibincang.blogspot.com/2007/02/perdebatan-antara-ppm-pemuda-mca.html dalam penulisan awal.
Jelas daripada sini, kita wajar penyoal YB kenapa beliau tidak melaporkan salah-laku pegawai kementerian dan PPM itu kepada BPR atau polis untuk siasatan lengkap. Sebenarnya, laporan dan pendedahan seumpama ini ada satu kerja suci dari sege agama serta memang sejajar dengan janji BN dalam manifesto pilihanraya 2004.
Sekiranya YB enggan melaporkan kejadian ini untuk siasatan lanjut, saya bimbang bukan sahaja masyarakat menyatakan pembisingan ini hanya satu sendiwara politik; malahan YB dan MCA juga mungkin kurang yakin dengan agensi ini? Ataupun sebaliknya Pemuda MCA sendiri juga kurang yakin tentang kesahihan bukti / kenyataan / tuduhan yang dilemparkan kepada PPM.
Kita mempunyai asas yang kukuh untuk mengesyaki keikhlasan mereka kerana corak kerjanya tidak menampakan kejujuran. Begitu juga, pada minggu yang lalu Setiausaha Parlimen Kementerian Luar menjawab persoalan bahawa kerajaan tidak pernah menerima bantahan untuk memansuhkan ISA dan Kem Tahanan Kemunting adalah berbeza dengan Guantanamo kerana di sini tidak ada kejadian membuang kitab suci dalam lubang tandas. Nyata sekali ini adalah satu kenyataan ….. (tak tau nak sebut lagu mana / tak pandai cari kata yang sesuai lah…)
Penjelasan: kami bukan ahli PPM, tidak ada sebarang tali-persaudaraan dengan mana-mana pemilik atau pegawai PPM. Beigtu juga, kami bukan simpati dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas PPM, tetapi hanya melihat perbezaan pendapat ini dari sudut yang waras, tanpa kepenting politik ataupun mencari publisiti murah.
No comments:
Post a Comment