Menurut kenyataan penjaja yang terjejas, mereka sudah berniaga di situ selama 6~10 tahun demi untuk mencari sesuap nasi sebagai rezeki keluarge masing-masing. Namun sedemikian, MPK telah mendiskriminasikan sebahagian besar pemohonan kerana hanya meluluskan lisen kepada segelintir yang disyaki berhubungan dengan parti tertentu sahaja. Hampir 60% mereka telah dinafikan hak mereka untuk meneruskan rezeki mereka.
Lantaran itu, pemimpin Bahagian Shah alam telah mengadakan beberapa penemuan dengan penjaja terjejas. Justeru itu, penjaja telah bermaufakat untuk mengadakan satu perhimpunan pada 15/4/07 di tapak pasar pagi sambil mencari bantuan PKR untuk menyampaikan suara-hatinya kepada pihak berkuasa Majlis Perbandaran Klang.Pada pagi 15/4, pemimpin PKR telah dimaklumkan bahawa ada pihak-pihak tertentu telah mendesak penjaja agak tidak menonjolkan diri dalam perhimpunan berkenaan sehari sebelum program itu.
Sebentar tadi, Ahli Jawatankuasa Bahagian Shah Alam telah mendapat maklumat bahawa pagi ini ada orang daripada BN berjanji akan menyelesaikan kesulitan penjaja tersebut.
a. Kenapa rintihan penjaja hanya diberikan perhatian selepas kehadiran PKR? Adakah kerana mereka takut hilang undi pilihanraya?
b. Sikap sedemikian, adakah bantuan mereka ikhlas? Kenapa rayuan dan permintaan bantuan sebelum ini tidak diperendahkan?
c. Kenapa pula ada pihak takut penjaja mnyuarakan pendapat mereka? Ada sebarang kenyataan yang takut dibongkarkan?
d. Sebaliknya, jika tanpa kehadiran PKR, adakah mereka akan menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada penjaja?
No comments:
Post a Comment