Monday, April 30, 2007

BN Tradisi Membela Rakyat???

Sesudah pilihanraya kecil berlalu pada 28/4/07, Ijok kembali seperti biasa sunyi dan hening. Pada tempoh seminggu kempen, seluruh dunia berkesempatan menyaksikan kesibukan BN menurap jalan walaupun tidak rosak lagi, memasang lampu jalanraya, kali ke-3 mengumumkan tutup tapak perlupusan sampah dan sebagainya.

Sewaktu YB Dominic Ng dari Padungan, Kuching, Sarawak turun padang memberikan bantuan kempen, YB Ng dengan mata yang tajam telah memcungkil satu masalah yang telah menyelubungi penduduk di Pekan Ijok sekian lama tidak pernah diperdulikan oleh BN. Sungguhpun menyedari penyakit denggi boleh mengancam nyawa manusia, tetapi YB Ng telah menyoal sekiranya BN prihatin dan giat membangunkan Ijok, kenapa sistem parit (longkangnya) mengeluarkan bau kerana hampir kesemuanya bertakungan air mati (tidak mengalir)? Buktinya adalah sepertimana tertunjuk dalam gambar di bawah:

Adakah BN hanya mementingkan kerja-kerja kontrak yang boleh mendatangkan publisiti sahaja?

Adakah BN hanya menjalankan kerja yang boleh mengaut keuntungan besar sahaja?

Kenapa masalah kebersihan setempat yang mengancam kesihatan rakyat tidak diperhitungkan sama sekali?

Bilakah wakil rakyat baru boleh menyelesaikan masalah ini? Satu minggu sudah mencukupi kerana mereka boleh buat kerja 24 jam sehari!!



No comments: