Pemimpin PKR Prihatin Jawatan Parti?
Kebelakang ini, sering terdengar bahawa orang yang bercita-cita besar menerajui barisan kepimpinan PKR lembap menangani isu-isu masyarakat dan rakyat.
Ada penyokong sudah mulai rasa jemu dengan sikap sebahagian peminpin yang bersifat selamba di mana:
a. Hanya akan muncul apabila President @ Penasihat hadir.
b. Hanya muncul apabila ada peluang untuk bergambar dalam suratkhabar.
c. Hanya muncul jika ada kepentingan langsung @ tidak langsung.
Kita menyoal orang berangan-angan jawatan tinggi:
a. Dimanakah suara anda dalam memerangi rasuah? Kenapa tidak ada suara back-up Dato' Jeffrey Kitingan mendedahkan korupsi Ketua Menteri?
b. Dimanakah suara anda dalam isu Ketua Pengarah BPR Dato Zul?
c. Apakah kekerapan anda turun padang bersama dalam program rakyat seperti Protes Kenaikan Harga Tol?
d. Dimanakah suara dan pendirian anda dalam isu-isu semasa? Apakah tindakan anda pernah diambil untuk mnyumbang kepada kekuatan parti?
e. Berapa ramaikah di antara ahli MPT yang melawat Kampung Berembang yang memang ditindas oleh BN? Bagaimana pula dengan Remba Jaya?
f. Jika sedemikian, bilakah dan apakah isu yang akan anda ketengahkan nanti?
Adalah lebih baik biar ukur baju di badan sendiri sebelum ghairah merebut-rebut jawatan tinggi kalau kurang yakin boleh menyumbang sejajar dengan jawatan yang diidam-idamkan.
Tidak ada ertinya kalau menang dalam pilihanray parti tetapi kalah dalam pilihanraya umum.
Tidak ada ertinya sesiapa memegang jawatan tinggi tetapi tidak ada peranan langsung.
Tidak ada ertinya kalau politik berpuak-puak, kabilah-kabilah tetapi menggembirakan parti lawan semata-mata.
Apa pula pendapat anda?
No comments:
Post a Comment