Apa Jadi Dengan Kerajaan Kita?
Berkisar dengan isu korupsi melibatkan nama Ketua Pengarah BPR, pagi tadi Pengerusi Gerak, Encik Ezam Mohd Nor sekali lagi mengadakan sidang akhbar di pejabat Gerak. Di antara isu yang dibangkitkan termasuklah:
1. Kelembapan pemimpin kerajaan daripada Barisan Nasional untuk ketengahkan korupsi ini.
2. Pengerusi Gerak mendesak kerajaan wajib menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja Bebas untuk menyiasat, mencadangkan keseluruhan operasi BPR.
Apabile saya lihat balik apa yang dilaporkan oleh Dato’ Jeffrey Kitingan dalam tuduhan no 25 (seperti dalam lampiran), ertinya gerak-kerja bawah tanah masih giat berjalan walaupun Pengerusi Gerak sudah mendedahkan masalahnya bulan Jan’07.
Oleh kerana itu, kita wajib menyoal:
1. Bilakah laporan Dato’ Jeffrey akan disiasat dengan menyeluruh dan diumumkan keputusannya kerana dengan ini sekiranya mereka tidak terlibat akan bersih namanya dengan automatic.
2. Kenapakah beratus-ratus laporan lain yang dibuat oleh individual dan pertubuhan-pertubuhan seperti Gerak tidak ada siasatan? Adakah mereka hanya berani menangkap ikan-ikan bilis?
3. Berapa banyak lagikah kes-kes yang melibatkan orang kenamaan ditutup seperti pernah diumumkan oleh Dato’ Rais Yatim ada 18 ikan besar yang perlu ditangkap? Di manakah ikan besar itu sekarang?
4. Dimanakah pendirian orang MCA & MIC dalam slogan tradisi membela rakyat?
5. Pada pilihanraya 2004, mujurlah kita memdapat seorang ‘Justice Pao’ yang tegas, adil dan saksama; adakah Justice Pao sudah pencen atau jatih sakit kerana tidak pernah melibat dia menghakimi jurung-jurung besar yang membahang wang rakyat beribu-ribu juta?
Kepada sesiapa yang inging melihat Laporan Penuh Dato' Jeffrey Kitingan, sila hantar email anda dalam kolum 'komen', saya akan forward kepada anda. Ingat:
Pandai-pandai tupai melompat,
Akhirnya jatuh ke bumi juga.
Handai-handi koruptor makan suap,
Akhirnya dihakimi oleh Tuhan juga.
No comments:
Post a Comment