Tuesday, April 10, 2007

Jawapan Menteri di Parlimen

Merujuk kepada karangan berkaitan dengan sendiwara Pemuda MCA atas isu PPM, semalam Menteri bertanggungjawab sudah menjelaskan bahawa tuduhan YB Pemuda MCA bahawasanya PPM telah menaja pegawai kementerian melancong di luar negeri adalah tidak benar.

Jika kita kaji balik kenyataan BN dalam pilihanraya kecil Machap dan saya pasti ia akan berulang lagi di Ijok nanti, pemimpin BN termasuk MCA sering menuduh pembangkang hanya tahu membuat bising dan fitnah yang melulu. Pembangkang tidak pernah membena dalam pembangunan negara dan sebagainya.

Perpatah Melayu menyebut: "tepuk air kena muka sendiri", "hidup manusia pegang kepada prinsip" dan "harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama". Ia amat sesuai untuk guna pakai dalam pertunjukan wayang-kulit Pemuda MCA yang bersifat keselambaan untuk menjadi hero sambil mengalir tumpuan atas korupsi BN sendiri.

Oleh itu, YB MCA sendiri sudah mulai melemparkan tokmahan kepada kementerian demi untuk memanjangkan riwayat politiknya melalui sendirwara politik.

Adakah tuduhan ini benar-benar "innocent"? Atau ada muslihat berselindung disebalik batu? Ataupun mereka sudah bersikap "musuh dalam lipatan? Tindakan sedemikian amat bahaya sekali sekiranya ia disengajakan.

Kini adalah tanggungjawab Pemuda MCA untuk memohon maaf kepada PPM? Sekiranya mereka berkeras kepada, maka wajar mereka berani menyahut cabaran PPM untuk mengulangi kenyataan mereka di luar Parlimen kerana kalau tidak akan ditafsirkan sebagai salah-guna kekebalan Parlimen (immunity) untuk membuat tuduhan dan fitnah.

Beranikah Pemuda MCA menyahut cabaran PPM sepertimana Anwar Ibrahim menyebut nama dan jawatan menteri yang korup dalam pembelian senjata. Anwar sudah banyak kali mengulangi kenyataannya bukan sahaja dalam negara, tetapi juga dalam temubual dalam TV antarabangsa minggu lalu. Jelas sini Anwar tidak selindung dibelakang kekebalan Parlimen seperti Pemuda MCA.

Dengan kelantangan PPM untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak ada kekebalan Parlimen, akan tetapi dalam cabaran Anwar Ibrahim pula, orang yang disebut nampaknya mendiamkan diri walaupun kenyataannya sudah lama dikeluarkan daripada mulut Anwar.

Kenapa?

No comments: