Thursday, April 05, 2007

Penubuhan J/kuasa Bahagian Shah Alam

Hari ini saya memdapat maklumat bahawa Bahagian Shah Alam Parti Keadilan Rakyat telah ditibuhkan dengan sebuah jawatankuasa yang seimbang dari segi penglibatan segenap lapisan seperti lelaki-prempuan, ahli dari semua keturunan dan jangkauan umur yang luas (muda, menengah dan veteran). Kini, Bahagian Shah Alam sedang dipimpini oleh Sdr. Nasir Khan (gambar sebelah kiri).

Ia mempamerkan satu barisan yang berkomitment tinggi sambil memberikan ruang yang luas untuk golongan muda yang sentiasa memperintisi gelombang reformasi. Nescaya, ia akan menjamin satu kesinambungan jangka panjang agar bahagian mempunyai bakal pemimpin yang berkaliber. Keharmonian ini adalah hasil daripada bimbing bekas Ketua Bahagian Sdr. Ezam Mohd Nor dan hari ini kita jelas malui menampakan hasil daripada semaian itu.

Sepertimana kita sedia maklum, Shah Alam adalah satu nama yang amat sensitif di dalam parti dan arena politik pada seluruh negara. Shah Alam bukan sahaja ibu kota negeri Selangor, ia juga telah mendidik ramai pemimpin terkena dalam gerakan reformasi dan mencipta rekod dalam sejarah politik tempatan. Di antara mereka yang terlibat termasuklah:

Sdr. Ezam Mohd Nor
Beliau adalah bekas Ketua Bahagian Shah Alam selaku bekas Ketua Angkatanmuda PKR. Pernah dihukum penjara atas kesalahan OSA akibat daripada mendedahkan kertas siasatan rasuah Dato Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Selain daripada itu, Ezam juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri selama 2 tahun di Kamunting. Kini, beliau adalah Pengerusi Gerak yang bertapak di Kelana Jaya, Selangor. Selain daripada itu, beliau juga pernah didakwa merusuh dalam balai polis Lunas ketika pilihanraya kecil Lunas, akhir dibebaskan oleh mahkamah.

Sdr. Raja Kamarudin / Raja Komandor
Beliau adalah bekas komandor yang pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam serta Pemangku Ketua Bahagian Shah Alam apabila Ketua Bahagian ditahan di bawah ISA. Raja komandor adalah saksi utama dalam kes pembicaraan Anwar Ibrahim dalam kes Konspirasi Aziz Shamsudin. Belaiu juga merupakan calon PKR di Parlimen Kuala Selangor pada 2004.

Sdr. SD Johari
Beliau adalah bekas Ketua Pemuda Bahagian Shah Alam, bekas Ketua Pemuda Angkatanmuda PKR Selangor merangkap Setiausaha Agong Angkatanmuda Pusat PKR. SD Jo juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri Kwasan Sri Muda pada 2004. Ramai daripada kita masih ingat tragedi Kesas Highway beberapa tahun lalu, akibat daripada keganasan kerajaan telah membawa Suhakam mengadakan siasatan khas serta menyiapkan laporan tragedy tersebut. Untuk makluman, beliau juga pernah ditahan ISA kerana beliau adalah tuan tanah kepada tapak perhimunan 100,000 orang yang menjadi pencetus kepada tragedi Kesas. Tanah perhimpunan 100,000 orang milikan SD Johari juga mencetuskan knotroversi dimana kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar sekarang telah mengarahkan tanah tersebut dirampas kerana dipersetujui membina sebuah dewan orang ramai hasil gotong-royong ahli-ahli parti yang dinamakan Dewan Ezam Mohd Nor. Malang sekali, demi untuk mempetahankan hak milikan tanah tersebut, dewan itu terpaksa dirobohkan, dimana ramai ahli parti sedih ke atas penindasan yang dikenakan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas beliau.

Nota: Imbas kembali pada hari pencalonan Machap, sekali lagi kita jelas menyaksikan keganasan berulang lagi. Mangsa pada kali ini adalah beberapa orang ahli DAP telah dibelasah oleh ahli parti lawannya. Namun sedemikian, keganasan seumpamaan ini adalah lumrah dihadapi oleh ahli PKR kerana di antara anggota Shah Alam sahaja telah mengalami keganasan beberapa kali.

i. SD Johari pernah dikepong dan dicantas dengan parang oleh sekumpulan orang apabila beliau membantu dalam gerak-kerja pilihanraya Sarawak sebelum ini. Akibatnya, tangan dan ibu jarinya tercedera dan terpaksa dijahit sebagai rawatan.

ii. SD Johari dan Raja Komandor juga pernah dikejar dan dikepong serta dibelasah oleh sekumpulan ahli parti lawan kitika membantu dalam pilihanraya kecil Indra Kayangan, Perlis. Akibatnya, kereta mereka dihentak serta cermin kereta dipecahkan menyebabkan kerugiaan besar.

iii. Ada seorang ahli Shah Alam parti telah diugut akan keselamatan diri dan ahli keluarganya kerana bergiat dalam membantu kerja pilihanraya umum 2004. Ahli tersebut telah dipindahkan ke suatu tempat selamat dan menyembunyikan diri beberapa hari pada tengah malam serta-merta.

Di atas adalah beberapa contoh kejadian yang boleh menjadikan pengajaran kepada kita agar menjaga keselamatan diri setiap masa kerana ada kecenderungan Pisang Akan Berbuah Berkali-kali. Keganasan seumpama ini boleh dijadikan sebagai tolok penguji kepada pihak kerajaan / pemerintah sejauhmanakah ketegasan mengenakan tindakan ke atas pengganas dalam kontek Islam Hadhari; ataupun sebaliknya hanya melepaskan batuk di tangga ataupun bersikap lempar batu sembunyi tangan.

Sdr. Nazmi Rosli - Calon MPT 2007
Beliau adalah penyandang Setiausaha Bahagian Shah Alam merangkap Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor. Dia melibatkan diri dalam perjuang reformasi pada awal tahun 2000 lagi dengan menubang tenaga sebagai ahli biasa. Lumrahnya kerja seperi mengangkut meja-kerusi, panjat pokok pasang bendera, menjadi pengawal lalulintas dan sebagainya. Pada hari ini, dia memperolehi banyak pencalonan untuk bertanding sebagai Ahli MPT Pusat pada bulan Mei akan datang.

No comments: