Wednesday, April 18, 2007

Cabaran utama PKR demi kemenangan di Ijok:

a. Adakan penerangan / kampaign lebih giat di seluruh kawasan Ijok.

b. Menempur kawasan kubu BN khasnya UPU majoriti orang India walaupun mungkin menghadapi halangan-halangan memasuki sesuatu kawasan agar pertemuan dengan calon diadakan.

c. Jaga kredibiti calon yang mungkin melibatkan isu Ladang Guthrie dahulu.

d. Mengawasi pihak tertentu mengeksploitasikan isu perkauman.

e. Memastikan tidak ada pengundi hantu.

f. Perolehan undi Cina perlu ditingkatkan.

Tindakan segera: PKR perlu lancarkan Plan Pentadbiran Kerajaan Selangor Mesra melalui perbandingan antara BN dan PKR. Ia wajar meliputi bidang kesihatan, pendidikan, ekonomi, sosial, alam sekitar, pengurusan kerajaan tempatan, perumahan, kerohanian, pertanian serta penggunaan tanah.

Sementara PKR mengutuk BN salah-guna dana rakyat untuk membeli hati pengundi Ijok, tidaklah merugikan bagi PKR mencabar diri dan berjanji akan menggubal undang-undang Selangor bagi mengharamkan peruntukan dan janji-janji melibatkan dana awam semasa kempen pilihanraya umum / kecil. Dengan ini, ketegasannya baru boleh dirasai oleh rakyat. (Sindiran: di bawah sistem sedia ada, pengundi mungkin sentiasa mendoakan ada pilihanraya kecil – rakyat tidak doakan keselamatan dan kesihatan wakil rakyat sedia ada demi untuk mendapat perhidmatan???).

Kesimpulan:

1. Terdapat peluang yang agak cerah bagi calon PKR menang di antara undi majority tidak melebihi 500 undi.

2. Sekiranya nasib tidak memihak kepada calon PKR akibat daripada ‘buy-election’ (sebelum pencalonan BN telah memperuntukkan RM36,000,000 / 36 juta untuk kawasan Ijok), kemenang BN juga dijangkakan tidak melebihi 500 undi.

1 comment:

PILIHANRAYA IJOK said...

Saya setuju dengan analisis saudara. Sila lihat di sini http://www.ijokselangor.blogspot.com Terima kasih