Machap Dan Sikap Peminpin Politik
Memang benar dalam tulisan sebelum ini saya menjangkakan DAP akan kalah di Machap dengan majoriti tidak kurang daripada 3,000 undi. Dalam berita minggu ini, kita mendapati dua scenario yang berbeza berlaku:
a. BN / MCA setiap malam menghiburkan penduduk kampong dengan menjemput artis popular mengadakan konsert dan karaoke.
b. DAP pula mengadakan ceramah penuh semangat membicarakan isu-isu politik.
Cuba kita fikir dengan mendalam, pilihanraya adalah salah satu perkara asas demokrasi. Pilihanraya semata-mata tidak melayakan sesebuah negara itu adalah demokrasi. Namun di sini, bicara hari ini bukan isu sejauhmanakah demokrasi Malaysia? Sebaliknya, saya cuba lebih menumpu kepada sikap pemimpin politik itu sendiri.
Pilihanraya kecil atau pun besar adalah satu perkara serius, wakil ke Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Di situ, wakil rakyat akan membincang, bicara dan merumuskan rang undang-undang negara, menetapkan arah-tuju negara, penggubah polisi kerajaan dan negara.
Oleh yang sedemikian, sememangnya pilihanraya itu patut membicarakan manifesto calon dan parti masing-masing. Dukacitanya kita sekali lagi diasuk-didikkan dengan hiburan bagi mengaburi mata penduduk kampong.
Kenapa tidak biacarakan polisis? Wawasan masing-masing?
Kenapa tidak kaji balik kejayaan dan kegagalan wakil rakyat sebelum ini? Sejauhmanakah janji awal belum selesai?
Kenapa tidak adakan debat Bahasa Malasysia (BM adalah wajib untuk memastikan kebolehan calon menguasai bahasa agar beliau boleh MEMAHAMI laporan kerajaan nanti) disamping dalam bahasa lain?
Kanapa kerja-kerja pembaikan infrastruktur hanya diperbaiki / kerja 24 jam selepas peninggalan wakil rakyat dahulu? Adakah masalah ini tidak ambil tahu walaupun tidak ada pilihanraya kecil?
Apa hang nak kata?
No comments:
Post a Comment