Jika Saya Menteri Pertahanan..........
Jikalau saya adalah Menteri Pertahanan Malaysia dan Anwar Ibrahim membuat tuduhan:
a. Saya ada hubung-kait dengan suatu kes pembunuhan warga asing.
b. Saya menerima komisen suapan sejumlah USD120,000,000.00 (USD120 juta) dari pembelian kapal terbang perang.
c. Saya menerima komisen suapan sejumlah USD100,000,000.00 (USD100 juta) dari pembelian kapal seram.
Kenyataan Anwar Ibrahim sudah berulang-ulang di:
a. Beberapa kali sidang akhbar dalam negara.
b. Temubual dengan sebuah syarikat televisyen antarabangsa minggu lalu.
c. Majlis Makan Malam Bahagian Sentul, di Kuala Lumpur 2 hari lalu (gambar di atas).
d. Banyak program ceramah termasuk suatu yang cuba dihalang oleh pasukan berunifom di Kampung Medan, PJ 2 bulan lalu.
Sekiranya saya adalah Menteri Pertahanan yang dituduh, sudah pasti saya akan:
a. Serta-merta mengambil injunsi mahkamah menghalang daripada beliau terus menfitnah saya, kerajaan dan nama baik keluarga saya.
b. Saya akan mengambil tindakan mahkamah sivil mendakwa Anwar Ibrahim menfitnah kerajaan Barisan Nasional dan keluarga.
c. Saya akan mencabar Anwar Ibrahim mengadakan debat muka-ke-muka atas dakwaan ini sambil mengarahkan siaran langsung RTM demi mendedahkan kemungkaran Anwar Ibrahim. Debat ini akan dipengurusi oleh seorang ulama antarabangsa yang adil dan berkecuali. Ini kerana menurut Kitab Suci "Fitnah Itu Adalah Lebih Merbahaya Daripada Membunuh". Oleh itu, saya sebagai seorang yang pegang kepada prinsip pendidikan agama, pasti tidak boleh kompromi fitnah sebegini berulang-ulang di kaca mata antarabangsa.
d. Saya akan rekodkan sidang debat tersebut dalam VCD untuk edaran percuma demi untuk membersihkan nama baik saya dan kerajaan BN.
Apa yang akan kamu lakukan sekiranya anda adalah Menteri Pertahanan?
Selain daripada beberapa pilihan di atas, ada apa cara lain yang berkesan untuk membersihkan nama anda sambil ambil peluang ini membongkarkan fitnah Anwar Ibrahim?
Sebaliknya, anda pilih untuk membisu, kenapa? Mengapa tidak bersemangat membalas? Adakah balas-balik itu berpatutan? Kenapa tidak "hup chi liap" terhadap Anwar Ibrahim (Bahasa Hokkien bererti: tumbuk sekali sepertimana dalam ucapan Menteri Pertahanan di Machap baru-baru ini, lalu berlakunya keganasan menyebabkan kecederaan orang awam: hup=tumbuk, chi= satu, liap= kali)?
Sekiranya yang pencabar terus mencabar, yang dituduh/dicabar terus membisu; bagaimana kita boleh menegakkan keadilan kerana kita tidak mendapat mencari satu kebenaran (Siapa benar? Siapa dusta?). Lantaran itu, khabar-khabar angin akan bertiup deras di setiap perusuk kedai kopi. Lebih buruk lagi, orang ramai akan menyimpul adakah Anwar Ibrahim berani kerana benar dan Menteri takut kerana salah?
Ada sesiapa yang boleh berikut jawapan?
No comments:
Post a Comment