ADUN Ijok Bakal MB Selangor???
Terlebih dahulu, biar kita semua ucapkan takziah kepada keluarga YB Siva agar ahli-ahli keluarga tabah dan terus bersemangat menerima cabaran takdir tuhan ini.
Sungguppun dalam PKR sudah ada activist menyuarakan hasrat mereka sudi untuk memikul tanggungjawab parti dengan menawarkan diri sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Walaubagaimanapun, kami berpendapat parti harus berwaspada dalam proses membuat keputusan menentukan bakal calon di DUN Ijok, Selangor. Hasil daripada perbincangan tidak rasmi dengan ramai kawan-kawan serta penganalisa politik tempatan, adalah lebih bijaksana parti memberikan laluan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memikul tugasan ini. Kesimpulan ini adalah berasakan bahawa:
a. Kuala Selangor adalah kampong asal Tan Sri Khalid.
b. Memang Tan Sri Khalid adalah calon Menteri Besar bayangan bagi kerajaan baru Selangor. Maka, ini adalah satu peluang keemasan kurniaan bagi Tan Sri mempelopori tanggungjawab ini sebagai perintis sebelum pilihanraya umum akan datang.
c. Tan Sri Khalid merupakan seorang bersifat ketokohan rakyat Malaysia (bukan seperti UMNO, MCA atau MIC yang hanya terhad kepada kaum sendiri sahaja). Ia berasaskan bahawa belaiu mempunyai kepakaran, pengalaman, kebijaksanaan serta bersifat keadilan kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan.
Memang tidak dapat tidak kita mengakui bahawa pilihanraya kecil ini bukan sahaja amat penting untuk PKR dan barisan pembangkang sekarang; malahan ia akan membawa kesan pengganda yang mampu mengubah lanskap politik tematan pada keseluruhannya bagi melemahkan parti politik berasaskan perkauman yang sentiasa mengapi-apikan rakyat. Dalam erti kata lain, PKR wajar menjadikan Ijok sebagai Lunas Ke-2.
Alasan-alasan berikut boleh menguatkan hujah kami:
a. Ijok adalah pilihanraya kecil yang terakhir sekurang-kurangnya untuk negeri Selangor. Oleh kerana itu, sejajar dengan sasaran PKR untuk menawan kerajaan Selangor, ia akan menjadi medan pemanas badan sebelum pilihanraya umum hadir.
b. Dengan penglibatkan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, PKR boleh membuktikan komitmen parti untuk membena sebuah kerajaan negeri: Selangor Mesra.
c. Sepertimana yang tersebut di atas, ketokohan Tan Sri yang bersih, kaliber, toleransi adalah paling cocok untuk memerangi kumpulan lawan yang korup, zalim, ganas dan fanatik mengejar kekayaan diri.
d. Pilihanraya kecil ini adalah pertembungan pertama langsung di antara BN dan Anwar Ibrahim selepas beliau dibebaskan dari penjara. Justeru itu, ia akan menjadi neraca / kayu pengukur kekuatan Anwar Ibrahim sendiri kerana Ijok merupakan satu kawasan percampuran pengundi pelbagai keturunan. Lanjutan daripada itu, Anwar wajar berkampung di Ijok kemudian.
e. PKR sewajarnya mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan Manifasto PKR untuk menjadi pemerintah pada pilihanraya akan datang bagi menyakinkan kebolehan dan keupayaan parti dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
f. Menerusi pilihanraya kecil ini, semua parti lawan BN boleh berganding-bahu seta membuktikan silaturahim, maufakat serta keikhlasan untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi memperbetulkan pemerintah yang serong sekarang.
g. Pilihanraya kecil ini juga merupakan satu medan untuk titik-tolak menyeru rakyat menolak sebarang parti politik perkauman. Piawaian seseorang pemimpin itu bukan semata-mata berukur dari segi keturunan sahaja.
Tidak bermakna seorang Cina mengundi seorang Cina yang curang;
Tidak bermakna seorang Malayu mengundi seorang Melayu yang korup;
Tidak bermakna seorang India mengundi seorang India yang dusta.
Memang tidak dapat dinafikan pemastian perkongsian pemerintahan kerajaan negeri tidak boleh diabaikan, tetapi serentak dengan itu kita perlu memastikan bahawa hanya orang yang bersifat PEMIMPIN RAKYAT MALAYSIA sahaja terpilih.
Kesimpulannya: Dengan perancangan yang rapi, daripada perolehan undi 42% di DUN Ijok PKR memang ada peluang untuk menang. Kejayaan PKR di Ijok pasti akan memberikan satu suntikan semangat baru kepada parti serta seluruh barisan pembangkang amnya. Lebih daripada itu, ia juga mampu memaksa BN mengubah perancangan asal mereka seperti penentuan tarikh pembubaran kerajaan serta polisi yang sedia ada.
Adakah anda setuju dengan hujah ini? Kenapa ia? Kenapa tidak?
No comments:
Post a Comment