Tuesday, May 01, 2007

Mohon Maaf Krn Salah Ramalan

Merujuk kepada ramalan saya ke atas jangkaan keputusan pilihanraya kecil Ijok, dengan tanpa syarat saya sudi dan terpaksa mohon maaf kepada saudara/I budiman, kerana saya telah membuat satu ramalan yang teramat jauh berbeza dengan keputusan SPR.

Ramalan saya kurang jitu seperti apa yang pernah dilakukan untuk Machap, Melaka. Dalam ramalan itu, saya telah meramalkan majority PKR mahupun BN tidak akan melebih 500 undi. Beberapa hari kebelakangan ini, ketika saya berehat kerana demam, saya telah menetapkan untuk membuat kenyataan ini atas kesilapan saya.

Serentak dengan itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menganalisa (bukan untuk mempertahankan kesilapan saya yang memang sudah menjadi hakikat), factor-faktor yang menyebabkan kesilapan saya adalah kerana kejahilan saya mengambil- kira unsure-unsur tambahan sebelum membuat sebarang rumusan. Di antara unsur tersebut adalah (berbanding dengan machap):

1. Keganasan, ugutan & gempur.
Ada pihak telah banyak menjalankan gerak-kerja gempur-mengempur, keganasan sudah mula sebelum pencalonan di mana wakil pembangkang telah cuba disekat, menerbangkan botol minuman dan kayu, dua kali cubaan serangan ke atas calon PKR dan sebagainya. Adalah satu hakikat yang tidak dapat dinafikan kita tidak boleh menghitung berapa banyak lagiugutan dan gempuran telah berlaku ke atas pengundi biasa yang hanya mendahagakan ketenteraman, maka mereka tunduk kepada tekanan-tekanan sedemikian.

2. Kehilangan undi (Teori Dr. Lee Boon Chye).
Dr. Lee, Naib President PKR telah cuba mendesak SPR menyiasat punca kehilangan undi, dukacitanya seolah-olah SPR buta dan pekak atas permintaannya walaupun Dr. Lee telah menerangkan kesannya ke atas keputusan keseluruhan.

3. Buy-election.
Pengumuman awal rasmi sebelum kempen, kerajaan telah mengisytiharkan peruntukan RM36,000,000.00 (36 juta); iaitu 6 kali lebih tinggi daripada Machap. Ia tidak termasuk huluran susuran yang disorok oleh TPM, PM, Menteri-menteri pada beberapa hari sebelum hari mengundi. Kenyataan Ketua Pembangkang telah menyebut perbelanjaan keseluruhan BN di Ijok mengkin mencecar RM100,000,000.00 (100 juta). Setakat ini, BN belum ada kenyataan penafian rasmi ke atas Ketua Pembangkang.

4. Senarai Pengundi / Undi Hantu.
Menurut pengalaman Ezam dan Azmin, wakil rakyat adalah Ketua Saksi utama dalam kes pembicaraan mereka menahan undi hantu di pilihanraya kecil Lunas. Bas-bas yang ditahan adalah datang daripada Ijok. Dengan itu, tidak hairanlah masalah undi hantu timbul semula di sini lagi. Yang menyindirkan SPR sampai hari ini tidak berupaya menerangkan persoalan yang dibawa oleh pemerhati politik seperti orang berusia 8 tahun juga dalam penarai pengundi!!!! SPR hanya takat nafi-nafi-nafi...... Saya percaya kalau SPR berani berhadapan dengan pemerhati dan menerangkan satu demi satu persoalan, kredibiliti SPR akan disanjungi oleh semua wagranegara. “Tepuk Dada, Tanya Selara“, kalau senarai pengundi bersih, kenapa tidak jelaskannya? Jangan biarkan pembangkang selalu mengambil kesempatan ini untuk menuduh SPR, kenapa tidak?

Sekali lagi satu tegaskan analisa ini bukan bermaksud untuk menafikan ketidak-tepatan ramalan saya dalam pilihanraya kecil ini. Ia juga sejajar dengan pengakuan Anwar Ibrahim secara terbuka kekesalan beliau atas tragedy 1987 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah sikep keberaniaan beliau untuk berhadapan dengan tingkah-laku beliau sebelum ini; sedangkan ramai lagi pemimpin lain dan Kabinet tidak pernah dan berani berbuat sedemikian.

Satu lagi contoh yang boleh dipetik adalah tragedi menempur masuk Persidangan Timur-Timur yang diketuai oleh pemimpin Pemuda UMNO [selaras dengan slogan Pmuda UMNO di Ijok: Pemuda Gempur, PKR Terkubur] ketika itu (termasuk Saifudin Nasution) di Kuala Lumpur (tuntutan kes sivil masih dalam proses pembicaraan Mahkamah Tinggi) dan mangsanya termasuklah Tian Chua, Sivarasa dan sebagainya. Tetapi hari ini nampaknya Saifudin telah insaf akan tindakan kasar itu, maka beliau telah menjauhkan diri daripada kumpulan yang sama.

Memang keroasakan telah berlaku, sungguhpun keinsafan itu tidak boleh membersihkan dosa kesilapannya; akan tetapi secara perbandingannya bagi mereka yang insaf masih lebih baik daripada yang masih degil / berkhayal di dalamnya.

1. Bangunan kerajaan runtuk di sana-sini minggu ini, siapa yang wajib bertanggungjawab?


2. Siapa yang perlu mohon maaf terbuka tanpa syarat?

3. Siapa yang akan membuat penyiasatan terbuka?

4. Dimanakah kesilapannya?

5. Adakah rakyat berhak mengetahui atau ia adalah satu lagi rahsiah tambahan agar menjaga muka orang besar?

Kenapa kita tidak cuba memupuk sikap lebih tanggungjawab ini menggalakkan / memaksa mereka yang membuat kesilapan mengakui sambil menerima penaltinya?

No comments: