Friday, May 04, 2007

BN: Kacang Lupa Kulit

Pilihanraya kecil baru berlalu tidak sampai seminggu, janji-janji BN sudah mulai dilupakan seperti Kacang Lupa Kulit. Dengan merujuk kepada berita berikut http://www.malaysiakini.com/news/66824, pihak berkuasa telah kali ke-4 cuba merobohkan sebuah lagi tempat ibadat di Shah Alam.

Mari kita bicara tentang prinspi atau pegangan manusia secara amnya. Beberapa hari kebelakangan ini barulah berlaku kehebohan Perdana Menteri mahukan MCA dan Gerakan menjelaskan kenapa majoriti pengundi Cina memihak kepada calon PKR. Madia massa perdana juga turut berkokok sekampong

Adalah perkara lumrah dan tidak luar biasa membaca berita Majlis Bandaraya Sahah Alam telah cuba kali ke-4 untuk meruntuhkan rumah ibadat pusaka sebelum kewujudan MBSA ataupun MPSA lagi. Janji-janji dan kata-kata manis termasuk cabaran Menteri Besar Selangor menegaskan beliau tidak pernah merobohkan satu pun tempat ibadat masih MASIH BERKUMANDANG DALAM TELINGA ketika berkempen di Ijok.

Amboi, baru 6 hari berlalu tergesa-gesa MBSA telah cuba sekali lagi menunjukkan kekusaan mereka. Tetapi apa yang wajar kita ingat di sini adalah pegangan dan prinsip manusia, di mana lepas janji boleh dilupai dalam tempoh hanya 6 hari. Perkara ini berlaku hari pada kuil Hindu, esok boleh bertukar dan tragedu menimpa kita dalam soal yang lain seperti perumahan / penempatan Kg Berembang dan Rimba Jaya.

Adakah perkara yang serupa akan berlaku sekiranya DUN Batu Tiga atau Kota Anggerik (Parlimen Shah Alam) atau DUN Sri Andalas (Parlimen Kota Raja) ada pilihanraya kecil? Pandai-pandai fikiak sendirilah, semua masjid, tokong dan kuil di Ijok dapat peruntukan $$$$$. Terbukti kalau wakil rakyat tak mati, rakyat tak dapa lahhhhh.....

BErkitar dengan permintaan PM ke atas MCA dan Gerakan pula, adakah ini bermakna setakat ini MCA dan GErakan tidak pernah menyuarakan rintihan rakyat kepada PM atau takut untuk berhujah lantang sepertimana mereka menyerang Anwar Ibrahim dengan pemimpin UMNO? Lebih memalukan kalau pemimpinnya tidak fasih berbahasa Malaysia. Tukang angguk tetap akan jadi tukang angguk sahaja.

Oleh kerana itu, jalan paling singkat adalah mengambil pendirian menuduh kelembapan bekas Wakil Rakyat dalam mengendalikan perkhidmatan masalah rakayt. Itu pun kalau benar, kenapa MCA tidak menegur bekas Wakil Rakyat 5 tahun lebih awal? Tidak berani meneger? Tidak boleh menegur dalam BN?

Saya tidak faham bagaimana BN beroperasi. Tetapi pengalaman saya dalam mesyuarat BN hanyalah membincangkan peragihan dana untuk cuba membeli hati rakyat setiap kali pilihanraya.

Adakah corak kerja begini boleh kita harapkan untuk menjaga kepentingan zuriat kita?

No comments: