Wednesday, May 02, 2007

Ong Ka Ting Cuci Parit?

Sebentar tadi, berita perdana telah melaporkan Menteri / President MCA telah membuat lawatan mengejut ke Ijok kerana keputusan pilihanraya kecil menunjukkan pengundi khasnya di Pekan Ijok (majoriti Cina) telah membuang BN.

Oleh kerana itu, PM baru sedar bahawa masih ramai rakyat yang tidak puas dengan keangkuhan BN keseluruhannya. Dalam penjelasan President MCA, beliau telah memilih untuk menyalahkan kelembapan perkhidmatan bekas Wakil Rakyat sebagai faktor utama kekalahan BN di Pekan Ijok.

Hakikatnya, Ong Ka Ting tidak berani memberitahu UMNO bahawa keangkuhan dan kesombangan, penyelewengan, korupsi dan sebagainya adalah punca utama rakyat menolak BN di situ.

Satu Rahsiah Yang Belum Terbongkah: adalah Ong Ka Ting sebagai President MCA telah menolak menerima riasalah merayu pembukaan semula Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara yang telah ditutup selama hampir 7 tahun. Kejadian ini berlaku ketika beliau giat berkempen untuk calon MIC di Ijok.

Kenapa beliau tidak berani menerima rayuan rakyat dari Kampung Baru Damansara? Adakah ini bermakna sebutan Anwar itu masih relevant di mana MCA hanya menjadi tukang angguk dalam BN? Adakah pembukaan semula sekolah itu akan membinasakan BN / UMNO? Adakah masalah SRJK(C) perlu meminta bantuan MIC baru MCA menggopoh-gopoh?

Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah gambaran dalam kaca televisyen tadi menunjukkan ramai pekerja sedang membersihkan longkang / parit di Pekan Ijok. Keadaan kesihatan dan sistem perparitan di situ telah saya paparkan dalam karangan sebelum ini.

Lantaran itu, boleh kita rumuskan bahawa:

KEKALAHAN UNDI BN AKAN MEMBAWA LEBIH BANYAK PEMBANGUNAN KERANA MEREKA 'KIA-SUU' (TAKUT KALAH); DENGAN ITU MOHON LEBIH RAMAI AKAN UNDI PEMBANGKANG DEMI MEMBERIKAN BN SATU PENGAJARAN.

Untuk membuktikan Teori ini, kemenangan besar di Machap; Machap tidak memdapat jumlah peruntukan yang setanding dengan Ijok. Lepas pilihanraya, kita tidak nampak President MCA atau mana-mana President Parti komponen BN balik melawat walaupun Machap itu kawasan MCA (Ijok MIC punya), kenapa Ong Ka Ting begitu cemas? Ini kerana BN yakin Machap guarantee menang punya, manakala Ijok pula memang sudah kalah kalau tanpa kehadiran faktor pengundi hantu, membeli undi dan sebagainya.

Akhirnya syabas orang Ijok. Syabas orang Pekan Ijok. Teruslah mengundi pembangkang, lebih banyak mengundi pembangkang, lebih baik sikap dan perkhidmatan BN akan disampaikan. Terbukti bahawa undi pembangkang tidak ada pembangunan hanyalah satu ugutan yang lapuk sahaja.

Berikut adalah satu lagi bukti bahawa BN telah cuai dan gagal selama ini untuk berkhidmat di Ijok, lihatlah keadaan kesihatannya:



No comments: