Wednesday, May 16, 2007

Kalau Saya Jadi Menteri Kerjaraya

Merujuk kepada kenyataan beru-beru ini menyatakan: "Hanya di Malaysia untuk siasatan Bocor Air kerana ia masalah bocor ini berlaku di seluruh dunia, aneh".

Kalaulah saya jadi Menteri Kerjaraya, saya akan katakan:

1. "Kemalangan kenderaan berlaku di seluruh dunia, kenapa polis hendak saman".

2. "Masalah rasuah berlaku di seluruh dunia, kenapa pembangkang heboh sana-sini mendesak siasatan".

3. "Masalah bencana alam berlaku di seluruh dunia, apa perlu kita bimbang kerana itu takdir".

4. " Masalah penyalahgunaan dadah berlaku di seluruh dunia, kenapa kita hendak melawan".

5. "Masalah gangster berlaku di seluruh dunia, kenapa kita hendak mengharamkannya".

6. "Masalah penindasan orang miskin berlaku di seluruh dunia, apa yang kamu heboh-hebohkan".

7. "Masalah salah-guna kuasa berlaku di seluruh dunia, apa yang kamu menghairankan".

8. "Masalah politik wang berlaku di seluruh dunia, kalau anda tidak ada duit jangan masuk politik".

Anda faham? Jangan bising, selambe bisu seperti 9 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang tersebut sebelum ini.



No comments: