Sunday, May 06, 2007

BN Kencing Berdiri!

Perpatah Melayu berkata: 'Ibu Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus'. Tetapi dalam dunia Islam Hadhari ini, kita terpaksa menggubah ayat itu menjadi: 'BN Ajar Pegawai Kerajaan Bekerja Tulus?'

Kalau cikgu sudah kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Kalau pemimpin kerajaan sudah dikorupsi, pegawai kerajaan juga dihinai. Beginilah suasananya.

Bangunan kerajaan saban hari berbunyai: ping pong paing kerana bunyi runtuh di sana-sini, Menteri Kerjaraya sombong menunjuk jari. Hari ini Menteri Kesihatan membalasi, takdir Tuhan yang korup akan musuh sendiri.

Gambar berikut adalah diambil sewaktu kempen pilihanraya kecil Ijok minggu lalu, pada ketika itu polis telah menggunakan truck ini menghantar beberapa ekor kuda untuk mengawal keadaan serta dipaksa bantu memenangkan BN.


Adakah bererti semata-mata memaksa kereta polis melekatkan sticker anti-rasuah?

Adapak pendirian kerajaan dan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri sudi menjadi teladan yang baik untuk dicontohi?

Kenapa pula polis dijandikan sasaran publisiti sedangkan kenderaan PM, TPM dan Menteri tidak membuat promosi yang serupa?

Sejauhmanakah 18 buaya / lintah darat itu sudah ditutup kes kerana melibatkan kroninya walaupun ia melengyapkan ribuan juta wang rakyat?

Apakah pendirian Pemuda UMNO dan MCA yang lantang mengkritik pembangkang dan Anwar dalam soal ini? Sudikah mereka bekerja-sama dengan Gerak (http://www.gerakmalaysia.org) untuk memerangi rasuah dan korupsi tanpa mengira pangkat, latar belakang politik dan jantina? Kenapa tidak?

No comments: