Dinding Kolam Pelupusan Runtuh
Beberapa minggu ini, kita sibuk mendengar cerita-cerita dan berita-berita bangunan kerajaan runtuh baik baru pakai mahupun sebelum guna-pakai. Ini merupakan satu lagi sumbangan kepakaran kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat.
Berhijrah dari pusat kerajaan Putrajaya, penyakit berjangkit keruntuhan bangunan ini turut berjangkit ke Jalan Datu, Bangunan Mahkamah. Tidak luar biasa bagi mereka yang sudah lali dengan sikap 'Pagar Makan Padi'. Yang lebih buruk lagi adalah Menteri Kerjaraya tetap menunjuk jari kepada silap orang lain, ia termasuklah perselisihannya dengan Menteri Kesihatan dari MCA.
Bagi saya tidak kira kementerian mana yang bertanggungjawab, ia kekal dan tetap akauntabiliti kepada Ketua Kerajaan Islam Hadhari iaitu Perdana Menteri. Tanp mengira siapa silapnya, yang gagal melaksanakan amanah rakyat adalah Barisan Nasional.
Daripada keseluruhannya, bebera ribu juta wang rakyat telah membazir kerana kecuaian, kelalaian, kedustaan dan kecurangan orang yang dipertanggungjawabkan.
Mengalir perhatian kepada masalah tempatan pula, minggu lalu pagar kolam pemprosesan najis yang diselenggara oleh Indah Water di USJ 12 juga turut runtuh. Sungguhpun sudah hampir dua minggu berlalu, namun masih belum nampak bayang pembaikan dimulakan.
Keruntuhan pagarnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Keruntuhan kerana dihempak pokok jatuh seperti berikut:
2. Keruntuhan yang tidak tahu sebabnya kerana tidak ada tumbuhan di tepi pagar pun.
Daripada keseluruhannya, daripada gambar jelas kelihatan hampir kesemua pagar kolam ini TIDAK DITANAM DALAM BUMI. Tiang-tiang yang runtuh jelas kelihatan pagar ini hanya kadar MELATAK DI ATAS TANAH SAHAJA. Barnagkali oleh kerana itu, pagar itu jatuh kerana tiupan angin!!!
Siapa boleh beritahu sebabnya?
No comments:
Post a Comment