Saturday, May 12, 2007

Islam Hadhari Menghina Perempuan

Dewan Rakyat minggu ini sekali lagi memaparkan perangai beberapa orang ‘YB’ yang mewakili Kerajaan Islam Hadhari menghina kaum perempuan / wanita dengan pisang berbuah dua kali.

‘Kenyataan Perempuan Setiap Bulan BOCOR’ ketika dua orang YB ini cuba menonjolkan kesetiaannya kerapa BN sewaktu YB Kampar menimbulkan persoalan tragedy Parlimen bocor lagi.

Sebenarnya mereka ini ‘menepuk air kena muka sendiri’ menurut hujah YB Permatang Pauh kerana mereka juga mempunyai ibu, isteri dan anak perempuan masing-masing. Adakah ibu mereka, isteri mereka dan anak perempuan serta cucu perempuan mereka berbeza bentuk fizikal badannya dengan perempuan yang lain?

Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dalam wawancara dengan Malaysiakini menyatakan: ‘Saya adalah seorang Muslim, bukan seorang Muslim Hadhari…..’.


Wah, perjuang-perjuang Wanita UMNO, MCA, MIC & Gerakan pekak pula? Bisu?


Adakah ini pendirian kerajaan BN?

Adakah ini merupakan pendirian Islam Hadhari?

Sekiranya ia bukan pendirian BN dan Islam Hadhari, kenapa ketuanya berpeluk tubuh? Ataupun ketuanya juga berpegang kepada fahaman yang sama?

Apakah perbezaan antara Islam dan Islam Hadhari kerana sebagai rakyat Malaysia kita wajar tahu pendirian / system kerajaan kita setiap masa.


No comments: