Kecaman Pemuda MCA Atas Anwar Ibrahim
Disyaki Pemuda MCA menurut arahan Pemuda UMNO, telah mengadakan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Terutamanya Pemuda MCA telah menuduh DAP cuba membela Anwar atas arahannya ketika menyandang Menteri Pendidikan. Anwar merupakan pangkal-usul kepada semua masalah SRJK(C) hari ini.
Seandainya tuduhan ini benar dan sahih, adakah Pemuda MCA akui bahawa:
Dahulu, sekarang dan akan datang Pemuda MCA hanya berfungsi sebagai tukang angkat-kaki pemimpin UMNO?
Ia jelas kerana MCA lupa akan tanggungjawabnya dalam BN / Kabinet, kenapa mereka tidak melarang Anwar berbuat demikian?
Adakah mereka tidak berani bersuara atau tidak pernah diberikan ruang untuk bersuara?
Kenapa isu ini ditimbulkan hampir 10 tahun lepas Anwar dipecat, MCA masih gagal menyelesaikan masalah pendidikan SRJKC? Sekiranya semua masalah berpunca daripada Anwar, 10 tahun tidak cukup untuk membuat perubahan?
Kenapa pula semua tuduhan hanya ditujukan kepada Anwar seorang sahaja? Timbalan Menteri makan gaji buta tidak perlu dipersalahkan bersama? Menteri-menteri yang lain pula lumpuh tidak berfungsi?
Sekiranya kata MCA benar, kenapa pula SRJK Damansara diarahkan tutuk selama 7 tahun? Ini merupakan arahan Anwar juga?
Atas dasar tidak berniat untuk membela Anwar atas kelakuan sebelum ini, kenapa MCA tidak berani mendesak pemimpin UMNO lain baik yang sudah bersara mahupun masih berkuasa mengikut jejak Anwar bermohon maaf sekiranya ada sebarangan kelakuan yang kurang susuai? Berani dan mampukah MCA berbuat demikian selain daripada maki-hamun pembangkang?
No comments:
Post a Comment