Uji Keawasan Anwar Ibrahim
Pulau lagenda Pulau Langkawi;
Dahulu mundur kerana Sumpah Mahsuri.
Polis Malaysia suka ketuk-ketampi;
Nama negara mashyur kerana Islam Hadhari.
Ahli MPT ikut Penasihat sana-sini;
Tonjol muka hanya Penasihat ke mari.
Masing-masing sibuk hanya jawatan parti;
Semangat perjuangan asal mungkin dilupai.
Kalau ini budaya parti diwarisi;
Parti lemah bila matahari terbit esok pagi.
Anwar Ibrahim kalau tidak bermimpi;
Pandai-pandailah bezakan besi dan keluli.
Jika intan dan kaca sudah dicampuri;
Inilah masa uji keawasan Penasihat parti.
Bulan Lima Bulan mengundi parti;
Gunakanlah kebijaksana untuk pangka kertas undi.
No comments:
Post a Comment