Wednesday, May 02, 2007

Mana Janji Pemuda MCA?

Saban hari matahari terbit diwaktu pagi,
Orang Ijok sibuk mencari sesuap rezeki;

BN sudah menang dengan banggai,
Bilakah Sekolah Damansara buka kembali?

Soal pendidikan bukan bahan komoditi,
Hanya MCA boleh jadikannya dijual-beli.

PPM hal perundangan jangan dieksploitasi,
Jangan anggap semua orang boleh ditipui!!!

Sewaktu pilihanray kecil Machap, Setiausaha Agong Pemdua MCA yang berpangkat YB minta buat temujanji hari lain kerana dia sibuk memancing undi.

Sewaktu pilihanraya kecil Ijok, Setiausaha Agong Pemuda MCA memberitahu ahli SOS tengok keputusan pilihanraya dahulu.

Kini, kedua-dua kerusi sudah menang oleh BN dengan majoriti yang amat banggakan, apa pula alasan YB atas isu ini? Adakah pembukaan semula bangunan yang memang siap lengkap untuk anak-anak dan zuriat kita membaca, meniba ilme pengetahuan dan menambahkan ilmiah itu satu perkara yang memalukan Pemuda MCA? Adakah Pemuda MCA tidak berhasrat untuk melihat orang kampung Damansara berpendidikan agar mereka terus daif? Kalau tidak, kenapa YB berikan banyak syarat-syarat yang tidak masuk akal sambil membudak-budakan orang masyarat dalam isu ini? Atau mungkin isu PPM lebih penting daripada pendidikan dalam fahaman Pemuda MCA?

Adalah memanfaatkan YB yang memang mengelar diri sebagai pejuang hak masyarakat orang-orang Cina memberikan sebab-sebab kenapa Sekolah Damansara tidak boleh dibuka semula? Ataupun Pemuda MCA boleh menerangkan halang-halangan dan masalah-masalah mereka hadapi dalam kerja ini, agar membolehkan kita kerjasama mengharungi rintangan-rintangan tersebut SECARA BUDIMAN tanpa berdalok-balik di sana-sini?

4 comments:

arifabdull said...

Surat terbuka untuk Encik Anwar Ibrahim

...... Bersandarkan dasar membuka penyertaan kepada lebih ramai menyertai perjuangan anda telah berjaya menarik Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung ke dalam KeADILan. Selain daripada itu, hasrat menjadikan KeADILan sebagai parti yang melampaui batas perkauman dan pegangan agama juga merupakan salah satu ciri penting bagi sebuah perjuangan progressif. Inilah antara ciri yang telah membakar sokongan massa yang menghasilkan momentum 1998, dan telah mendatangkan rasa gentar pemerintah waktu itu.......

Warganegara Malaysia said...

Sdr Arif, apa yang cuba saya tekankan di sini adalah MCA hanya pandai menyerang Anwar dengan tuduhan yang mengada-ada. Mereka sudi menjadi hamba-abdi kepada UMNO dengan melakukan apajua, menjanjikan apajua demi untuk memancing undi.

Perkara yang sama di mana MBSA cuba merobohkan kuil Hindu walaupun mereka pernah berjanji sebaliknya. Atas prinsip ini, hari ini BN boleh menyangkal janji mereka ke atas kuil Hindu, semalam telah berbukti dalam perumahan penduduk Kg Berembang dan Rimba Jaya (majoriti penduduk Melayu).

Dengan itu, jelas bahawa sekiranya orang itu tidak berprinsip, mereka akan melakukan apajua kerja hanya untuk kepentingan sendiri.

arifabdull said...

Maaflah, tapi surat untuk encik anwar bukan menyerang sesiapa. Itu satu pandangan jujur yang masih terbuka untuk dibincangkan.
Cuba amati apa yang Isham tulis di sini?

Warganegara Malaysia said...

Sdr. Arif, takpa saya bukan marah; sebaliknya mengalu-alukan perbincangan baik sepandangan mahupun tidak sepandangan. Dengan itu, barulah kita boleh mencari satu rumusan kebenaran dan meninggalkan kedustaan.