Berani SPR Cekap dan Tulus?
Sekiranya PKR dan Anwar Ibrahim inginkan kemenangan dalam pilhanraya, maka tidak dapat tidak PKR dan semua rakan-rakan seperjuangan (PAS, DAP dan NGO) wajib memaksa untuk reform SPR tanpa mengira apa cara pun. SPR kini bermuka tempbok, sanggup menggadai maruah menjadi agen BN / UMNO.
Tugas SPR hanyalah naïf-nafi-nafi…… Tidak pernah ada penjelasan sekali pun. Tidak pernah memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kredibiliti dan akauntabiliti SPR sendiri. Kita sedar, sekiranya SPR bekerja kea rah situ, maka terancamlah taukenya BN dan UMNO.
Lantaran itu, tugasan ini dipikul sepenuhnya oleh PKR dan rakan-rakan. Di antara beberapa perkara yang WAJIB dilaksanakan sebelum pilihanraya ke-12 termasuklah:
1. Menggunakan ‘Ink Jari’.
Tidak ada sebab sama sekali SPR dan kerajaan takut serta enggan melaksanakan system ‘Ink Jari’ sekiranya semua pihak benar-benar ikhlas untuk memastikan proses pilihanraya yang bersih. Saya berpendapatan hanya orang yang cuba menggalakkan sesetengah kumpulan mengundi lebih daripada sekali sahaja takutkan system ini.
2. Mengenalpasti pemilik Kad Pengenalan dan Cap Ibu Jari.
Sepertimana telah dilaksanakan oleh pengurusan bank dimana pemegang Kad Pengenalan biasanya diminta untuk mengenalpasti (verification) cap Ibu Jarinya sepadan dengan Kap Pengenalan yang dibawanya. Telah berlaku termasuk di Ijok di mana ada pengundi mendakwa sudah ‘Dicuri Undi’ oleh pihak yang lain, adalah sejajar dengan objektif SPR untuk memastikan tidak ada sesiapa yang layak dinafikan haknya mengundi. Kalau bank komersial pun boleh buat begitu, kenapa SPR tidak sudi? Tidak sanggup? Tidak berani? Tidak berikhtiar?
3. Hapuskan Undi Pos.
Malaysia selaku Pengerusi Negara-negara Islam Sedunia yang sudah maju, canggih serta ingin menjadi keteladanan untuk negara-negara sedang membangun; tidak ada sebab-sebab munasabah masih mengekalkan bilangan undi Pos yang besar. Wakil-wakil calon tidak diberikan peluang pemantauan pengendalian Undi Pos ini berjalan.
4. Menjanjikan Tidak Ada Kertas Undi Hilang.
Tidak ada sebab kenapa kertas undi boleh hilang menceca beribu-ribu undi dalam satu kawasan Parlimen. Kenapa tidak ada langkah positif pencegahan diambil sedangkan Pisang Sudah Berbuah Berakli-kali?
5. Senarai Pengundi Yang Bersih.
Setakat ini SPR nampaknya seolah-olah menjadi agen parti pemrintah kerana selain daripada Nafi Sini, Nafi Sana; dukacitanya tidak pernah menjelaskan keadaan termasuk kenapa ia berlaku? Siapa yang bertanggungjawab? Apakah hukumannya? Apakah langkah segera memperbaiki kelemahan ini? Ia meliputi:
a. Pengundi yang telah meninggal dunia wajib dikeluarkan serta-merta.
b. Pengundi yang tidak dikenali oleh Tuan Punya Alamat patut disiasat dengan rapi atas setiap aduan.
c. Pengundi yang berusia kurang daripada 21 tahun. SPR wajib menjelaskan kenapa perkara ini berlaku.
d. Pengundi yang berusia 100 tahun ke atas masih dalam senarai pengundi. SPR wajib menjawab, bukan nafi buta tuli sahaja dengan sindiran-sindiran yang membodohkan rakyat sendiri.
6. Penguatkuasa Undang-undang Yang Tegas.
a. Rasuah membeli undi. Kejadian seperti di Machap dan Ijok wajib disiasat oleh Suruhanajaya DiRaja Bebas. Adakah dengan membisukan diri SPR akan terlepas daripada tanggungjawabnya?
b. Salah-guna jentera kerajaan. Selalunya tidak ada tindakan berani diambil walaupun parti tertentu salah menggunakan jentera kerajaan untuk mempengaruhi pengundi, salahguna dewan orang ramai......
c. Kebebasan dan keadilan menggunakan mass media awam. Sebagai Suruhanajaya Pilihanraya yang beroperasi di bawah undang-undang Parlimen; SPR sehingga hari berpeluk tubuh dan gagal memastikan semua parti yang bertanding diberikan ruangan yang saksama menggunakan media massa kerajaan. Ini kerana aset kerajaan bukan milikan BN, tetapi rakyat punya. Kenapa SPR membisu juga dalam soal ini?
d. Mengharamkan peruntukan dana awam ketika kempen pilihanraya.
Adakah kesemua ini amat sukar dilaksanakan sekiranya kita jujur dalam urusan pilihanraya?
Adakah semua langkah-langkah pencegahan ini memakan belanja yang besar, ratus juta Ringgit? Boleh anda beritahu kenapa SPR takut untuk bertindak?
No comments:
Post a Comment