Monday, November 20, 2006

Perbazaan Pulau Pinang dan Selangor di bawah Pemerintah Pakatan Sama

Hari Jumaat telah berlaku satu kejadian yang mengejutkan masyarakat di Pulau Pinang kerana Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah menggunakan kekerasan untuk merobohkan sebuah tempat ibadat (Tokong 9 Maharaja / The 9 Emperors) yang sudah bertapak di situ selama 20 tahun dengan alasan kononnya mereka menerima banyak aduan dan tokong itu tidak mendapat kelulusan plan bangunan.

Dilaporkan tokong tersebut adalah tempat orang kampung setempat menunaikan tanggungjawab keagamaan mereka semenjak 20 tahun dahulu. Ia di bina atas ikhtiar dan sumbangan orang kampung agar boleh membimbing pemuda-pemudi kampung menjauhi melibatkan diri dalam gejala jahat seperti mat-tempit kini sanggup mencabar kewibawaan Polis DiRaja Malaysia (sudah berlaku di Prai dan Puchong semalam) dan sebagainya.

Ironinya, dengan alasan tertentu MPSP bertekad merobohkan bangunan tokong dengan bantuan pasukan beruniform. Saya berdoa tindakan MPSP tidak dipandu oleh oleh motif yang tersirat atau berselindung selepas desakan Mesyuarat Agong sebuah pemerintah yang baru berakhir minggu lalu. Pada waktu kejadian terdapat 2 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MCA & Gerakan masing-masing) telah dihalau dengan kasar, ada Ahli Parlimen Bukit Mertajam digalikan; serta penduduk-penduduk kampong telah dilayan dengan kekasaran yang amat mendukacitakan.

MPSP bukan sahaja enggan melayan hujah EXCO (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), Yang DiPertua MPSP juga enggan melayan Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPSP dan pemimpin-pemimpin setempat. Hubungan telepon gagal, Pegawai MPSP terus menurunkan bangunan tokong tanpa mengira sensitiviti agama secara paksaan dan kekerasan. Akhirnya, berlaku sedikit perselisihan; lalu beberapa orang tercedera, ada yang ditahan polis sambil polis melepaskan tembakan rambang ke arah langit.

Saya tidak mempertikaikan menguatkuasaan undang-undang kerajaan tempatan bahawasahnya semua bangunan memerlukan plan kelulusan. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang mengelar dirinya Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat dan Untuk Rakyat adalah bertanggungjawab mengambil-kira sensitiviti agama, penghormatan ke atas perassan orang kampong.

Memang banyak persoalan wajib dijawab oleh MPSP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam soal ini adalah:

a. Adakah MPSP lebih besar daripada 2 orang EXCO Kerajaan Negeri?

b. Kenapakah kekerasan digunakan untuk pencerohan?

c. Kenapa rundingan / “musyawarah“ tidak diteruskan?

d. Adakah sensitivit agama diambil-kira kerana pegawai penguatkuasa adalah dari penganut yang lain, barangkali tidak faham pantang-larang satu agama yang lain?

e. Siapa yang wajar bertanggungjawab atas kerosakan ini?

Sepertimana dalam tulisan pertama saya “Aiyo Orang Besar Tegakkanlah Keadilan Untuk Orang Miskin“, saya cuba membuat satu perbandingan dengan kerajaan Negeri Selangor walaupun kedua-duanya dibawah pemerintah parti yang sama.

a. Mahligai di Klang juga tidak memperolehi plan kelulusan, tidak ada tindakan diambil selain daripada bayaran kompoun sahaja? Dalam keadaan yang sama, kenapa Tokong 9 Maharaja tidak boleh disaman sahaja?

b. Kenapa tapak Tokong itu tidak boleh dijualkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Tokong dengan 85% diskaun sepertimana di Klang? Sebenarnya, penggunaan tanah untuk bina rumah persendirian boleh memperolehi diskaun 85%, mungkin tempat ibadat untuk masyarakat umum wajib berikan 95% diskaun? Tempat ibadat atau rumah besar sengaja melanggar undang-undang lebih penting untuk masyarakat & negara?

c. Kenapa rumah persendirian di Klang boleh dibiarkan sahaja, manakala tempat ibadat tidak diberikan ruang yang sedikitpun untuk bernafas?

d. Menteri Besar Selangor kata robohan perlu mengambil-kira faktor politik; apakah pendirian Ketua Menteri
Pulau Pinang? Kenapa Ketua Menteri & MPSP tidak belajar daripada Menteri Besar Selangor? Bilakah kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menjelaskan pendirian?

e. Kenapakah mereka mempunyai tindakan yang jauh berbeza walaupun di bawah pemerintahan pakatan yang sama? Oleh kerana tuan bangunan berlatar belakang parti politik yang berbeza?

f. Bilakah dan adakah Menteri Besar Negeri Selangor inging / mahu bertindak seperti MPSP? Adakah rumah besar sudah menjadi sah selepas bayar kompaun $24,000?

g. Siapakah pengadu tokong berkenaan? Apakah tindakan kerajaan Selangor selepas menerima banyak laporan polis & ACA tentang mahligai di Klang? Apa rumusan siasatan?

h. Tidak-ketinggalan juga, apakah pendirian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kedua-dua isu ini? Adakah ia juga sebahagian daripada tanggungjawab Menteri berkaitan?

i. Kenapa pakatan parti pemerintah dinampakkan bertindakan secara pilih-kasih? Memang mereka sengaja menganak-tirikan tempat ibadat di MPSP? Adakah rumah persendirian lebih penting daripada tempat ibadat?

Nota: ketika saya sedang menulis karangan ini, saya juga dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan bertindak merobohkan Kampong Berembang, Gombak, Selangor pada pukul 8.00 pagi esok (20/11/2006).

Menurut maklumat, kebanyak penduduk kampung Melayu di situ tidak puas dengan aturan kerajaan / pampasan kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak ada tempat penginap selain daripada kampong pusaka di situ.

Walaupun saya belum menguasai maklumat penuh sebab-sebab robohan samada yang tersurat atau tersirat; namun kalau dibandingkan di antara kediaman orang miskin yang tidak ada plan kelulusan / milikan tanah yang sah dengan binaan orang kaya / besar sengaja melanggar undang-undang, siapa harus dihukum lebih berat? Ia berlaku dibawah pemerintah seorang Menteri Besar yang sama di antara Klang dan Ampang Jaya.

Sama seperti di Pulau Pinang, adakah pintu rundingan telah ditutup? Adakah proses rundingan itu dijalankan dengan adil dan saksama?

Mohon keizinan bagi saya melihat kembali satu ayat sms yang dihantar oleh Celcom kepada saya yang bermaksub:

Tidak baik seseorang kamu sehingga kamu kasih saudara kamu sebagaimana kamu kasih diri kamu sendiri.

Marilah kita berdoa agar kejadian-kejadian ketidak-adilan, penindasan golongan miskin dan sebagainya tidak akan berulang lagi di atas muka bumi ini (baik dalam atau luar negeri) pada masa akan datang. Sementara itu, menghulurkanlah sumbangan dan bantuan anda kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Kerja-kerja amal akan sentiasa diberkati Tuhan agama masing-masing.

Wajib perlu ditekankan di sini bahawa semua ini adalah masalah pentadbiran yang kurang sensistif dan bijaksana. Ia jelas diperlihatkan bahawa kejadian malang turut memdapati perhatian dan simpati daripada President Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh yang prihatin tentang masyarakat Malaysia.

Apakah pendapar saudara/i, sila berikan komen anda dalam apa sudut pun dialu-alukan.
Sistem Solar dan Banjir Kilat di Shah Alam


Selepas menghadiri satu Majlis Rumah Terbuka meraikan Hari Raya Puasa Aidil Fitri di Blok 1, Worldwide Business Center (belakang Tesco, Shah Alam), saya terlihat sebuah mesin bayaran letak kereta diurus oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dibina bawah sepohon pokok besar. Nescaya, papan solar pasti tidak mendapat pancaran matahari atas teduhan pokok.

Saya tidak pasti dalam keadaan sedemikian, solar system boleh beroperasi sempurna mampu menjana kuasa yang mencukupi membekalkan kuasa letrik kepada masin berkanaan atau tidak.

Kesimpulannya, perancangan yang rapi perlu disampingi dengan pemantauan keadaan setempat yang berbeza-beza. Inilah satu kelemahan ketara kerajaan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar Selangor ketika mengulas kejadian banjir kilat di Bandaraya Shah Alam setiap kali hujan. Beliau mengutarakan ada pihak yang lembab bertindak walaupun telah berulang kali berlaku banjir kilat, tindakan susuran ke atas pemaju yang tidak mematuhi peraturan tidak dilaksanakan dalam kadar segera.


TTDI, Sri Muda, Batu 3 Shah Alam menjadi mashyur kerana terkenal dengan kekerapan banjir kilat yang merugikan berjuta-juta harta-benda penduduk setempat. Banjir air boleh meningkat setinggi 5 kaki yang menghayutkan harta titik peluh-darah orang miskin masih berulang sehingga hari ini walaupun Selangor sudah lama diumumkan sebagai Negeri Maju.


Sebelum ini saya terbaca berita di mana kerajaan Malaysia telah menawarkan tajaan sejumlah RM500,000,000.00 (lime ratus juta Ringgt) kepada sebuah universiti di London. Pada hal kampong halaman sendiri sedang dibelenggui oleh masalah banjir kilat yang tidak berkesudahan, adakah ini satu tindakan: anak kera disusui, anak di rumah mati kelaparan?

Siapa yang perlu bertanggungjawab? Sila berikan pendapat anda.


Tempat ibadat boleh beri ‘tilikan nambor ekor’?
Minggu lalu, saya memperolehi sekeping risalah berbahasa Malaysia dalam peti surat saya menyebut kebolehan luar-biasanya tempat itu boleh bantu mengubah nasib anda dengan memberikan tilikan nambor ekor yang jitu.

Saya rasa adalah lebih baik kita berwaspada atas sebaran ini kerana, walaupun ia risalah itu menyatakan mereka memberikan perkhidmatan percuma dengan niat ikhlas, untuk membantu golongan yang menghadapi masalah tekanan hidup atau kerunsingan kewangan.

Lumrahnya, sesuatu agama atau tempat ibadat tidak wajar menggalakkan pembelian nambor ekor dari segi keagamaan. Saya tidak pasti sejauhmanakah kesahihan riasalah ini.


Adakah anda juga menerima risalah yang sama? Atau mempunyai pengalaman untuk berkongsi sama?
Penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat.

Kebelakangan ini, kerajaan telah mengamanahkan Dewan Bahasa dan Pustaka mengkaji satu cadangan memperbetulkan kejadian salah-guna Bahasa Kebangsaan agar memelihara kesucian bahasa kebangsaan kita.

Sementara perbincangan yang luas dan mendalam ke atas berbilang-bilang perbendahara kata yang dinampak seolah-oleh kurang memcerminkan budaya Malaysia. Di antaranya ia meliputi urusan sector swasta seperti penggunaan nama ‘TouchNgo’ luas diperbincangkan.

Kita akui dan tidak membantang usaha ini demi untuk memperkemas-kinikan penggunaan Bahasa Kebangsaan, sampai satu tahap dicadangkan papan tanda menggunakan bahasa yang tidak formal boleh dikenakan hukuman denda. Namun sedemikian, saya mendapati sementara kita berusaha kearah ini, usaha ini wajar dipelopori oleh kerajaan sendiri.

Ketika saya melalui Putrajaya, ternampak paparan ayat ‘Palace of Justice’ di atas pintu masuk Bangunan Mahkamah Agong mengimbas fikiran saya kenapa ia menggunakan nama Bahasa English? Adakah wajar ia ditukar dalam Bahasa Kebangsaan seperti ‘Istana Keadilan’ atau ‘Balai Keadilan’ atau ‘Pusat Keadilan’ atau ‘Mahligai Keadilan’ atau ‘Tugu Keadilan’.

Apa pendapat saudari/i, boleh anda turut memberikan cadangan anda?

Friday, November 17, 2006

Pencuri Yang Tidak Bijak Mencuri???
Petang kelmarin, saya telah diberitahu oleh seorang kawan saya yang berkerja di sebuah pertubuhan social yang bernama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi yang berpejabat di Kelana Square telah dipecah pintu masuk oleh pencuri.

Gerak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dianjurkan oleh beberapa orang individual yang memperjuangkan demokrasi sebenar dan anti korupsi.


Pejabatnya yang terletak di Tingkat 10, Blok B, Kelana Square pada pagi ini telah memeranjatkan pekerjanya kerana pintu pejabat telah dirempuh pecah. Selepas diamati, semua laci dan almari telah digelejah oleh pencuri, banyak dokumen telah kucar-kacirkan.

Apa yang lebih anih adalah, pejabat tidak mengalami kehilangan harta-benda seperti notebook computer dan benda lain bernilai lebih tinggi. Setelah semakan, Gerak mengesahkan pejabatnya hanya kehilangan beberapa keping dokumen dan thumb drive. Laporan lanjut boleh layari: http://www.gerakmalaysia.org.

Oleh itu, saya menganggap pencuri mungkin kurang bijak mencuri barang harga tinggi, sebaliknya thumb drive itu hanya kurang dari $100.00.

Akibatnya kerosakan itu, Gerak mengalami kerugian lebih besar dalam kerja memperbaiki pintu dan tukar kunci pejabat. Pengurusan Gerak masih bertanya-tanya, siapa dan apa motif pencuri itu???

Rakyat Malaysia Prihatin & Masyarakat Harmoni

Pada minggu ini, ramai pemerhati politik dan dada media cetak giat memuatkan laporan Mesyuarat Agong Tahunan sebuah parti politik pemerintah.

Di anataranya, ada pemimpin yang menggiatkan diri untuk mengaut publicity murah melalui kenyataan-kenyataan dan ucap-ucapan yang boleh merangsang denyutan nadi ramai pendengar di bawah pentas.

Dalam mesyuarat itu, ada yang menyeru kerajaan dan ahli-ahlinya bertindak keras. Selanjutnya, ada orang menawar diri untuk melakukan sesuatu tindakan yang luar biasa, sekiranya mereka terus rasakan mereka tercabar / belakang dalam persaingan (mungkin ia tidak sesuai untuk saya buat petikan ucapan yang sebenar di sini).

Begitu juga ada kenyataan daripada parti komponen pemerintah menyatakan kebimbangan mereka ke atas ucapan berapi-api bermaksud hasutan. Sekiranya ia benar, maka sebagai seorang rakyat Malaysia biasa pun kita sedar akan kepentingan untuk memelihara keharmonian sesebuah masyarakat adalah tanggungjawab seganap lapisan, tanpa mengira pangkat ,kedudukan, kaya-miskin dan lebih-lebih lagi merka yang mengelar diri sebagai pemimpin.

Namun sedemikian, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan sambil disaksikan oleh mata saya sendiri, selain daripada kepanasan dalam dewan mesyuarat; mujurlah masih ada ramai pemimpin rakyat Malaysia sanggup melakukan kerja-kerja amal untuk mengumbang kepada kebajikan dan perpaduan masyarakat, khasnya warga emas yang kurang berada.

Pada 11/11/06 Taman Berkeley, Klang telah diadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas yang miskin sempena meraikan Hari Raya Puasa oleh beberapa orang pemimpin Melayu tempatan. Saya dimaklukan majlis umpama ini merupakan upacara tahunan setempat. Tahun ini melebihi 100 warga emas menerima sumbangan saguhati termasuk makanan dan sedikit wang 'ang pau".

Warga emas yang menerima sumbangan tahun ini kebanyakannya terdiri daripada orang Cina, walaupun terdapat juga orang Melayu dan India. Objektif utama majlis seumpama ini adalah untuk membolehkan semua ahli masyarakat berpeluang merasai suasana perayaan walaupun penyumbang adalah daripada orang Islam.



Penerangan: Encik Khalid Samad [Ketua Pas Kawasan Shah Alam] dan Encik Ezam Mohd Nor [Ketua Bahagian Saha Alam, Parti Keadilan Rakyat] menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Taman Berkeley, Klang.

Saya memetik program ini kerana ia adalah satu-satunya teladan yang bagus wajar semua pemimpin masyarakat dan politik mencontohi kerana ia menjangkaui batasan agama dan keturunan. Ia amat sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Semoga akhirnya, ia boleh mengharumkan nama baik negara bukan saja di rantau ini, malahan di dunia ini suatu hari nanti.

Daripada sini, saya tetap berkeyakinan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang peling baik didiami di dunia ini. Inilah kelebihan masyarakat Malaysia yang terunik di dunia ini.

Wednesday, November 15, 2006

Mutu Ilmu Hisab Negara Merosot?

Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin memetik satu karangan membicarakan kekeliruan perangkaan rasmi kerajaan.

Petikan daripada: http://www.malaysiakini.com/columns2/59525
上周二,财政部副部长阿旺阿迪(左图)在国会回答问题时透露,截至2005年12月31日的大马股票交易所主要交易版与第二交易版挂牌公司当中,土著拥有36。64%的上市公司股权。他是怎样算的?但是,昨天,首相署部长阿芬迪发表文告说,土著拥有36。64%股权的数据是不正确的。这个数据,实际上只达21。8%。而截至2004年杪,土著在企业界的股权占有率确如第九大马计划所说的18。9%。

从18。9%到36。64%,又从36。64巴仙到21。8%,最后回到18。9%,说是正确的。间中我们不提林德宜博士所提的45%,单就这几个官方数字,国人当然要问,到底那一个才是正确无误的?如果是用大英帝国的语言来学算术,算出这样的结果,可见大英帝国的语言未必好。如果你说,政府有关部门负责人的数学不好,不能怪英语教学,那么,我们的数学为何这样差劲呢?

Terlebih dahulu, perlu saya jelaskan di sini bahawa saya bukan untuk mencabar mana-mana agensi tentang apa-apa rumusan rasmi kerajaan pusat, negeri mahupun tempatan.

Namun demikian, apa yang mengelirukan masyarakat umum adalah kita dapati kebelakangan ini kerajaan telah mengumumkan beberapa statistik perangkaan yang berbeza-beza dalam bidang yang sama.

Spertimana yang disebutkan oleh saudara pengarang petikan di atas, kita dapati terdapat 4 perangkaan menunjukkan peratusan kawalan Bumiputra dalam ekonomi negara:

a. 18.9% oleh kerajaan.
b. 45% ASLI.
c. 36.64% oleh kerajaan.
d. 21.8% oleh kerajaan.

Daripada ke empat-empat angka ini, masyarakat keliru yang mana satu membayangkan keadaan yang sebenar. Yang anehnya, kerajaan sendiri juga mengumumkan tiga angka berlainan.

Lantaran itu, beberapa persoalan telah timubl:

1. Kenapa kerajaan beritahu angka yang berbeza-beza?

2. Apakah piawaian yang diguna-pakai (andaian) dalam proses merumuskan kesimpulan itu? Adakah piawaian itu merupakan Rahsia Rasmi negara?

3. Siapakah yang patut bertanggungjawab ke atas kesilapan itu? Atau ada pihak yang cuba salah pandu masyarakat?

4. Kenapakah pihak pemerintah tidak berani untuk menyahut / akui kejayaan mereka sekiranya pencapaian sebenar adalah 36% atau 45%? Sewajarnya kejayaan ini satu kebanggaan yang patut dipuji oleh semua lapisan masyarakat?

5. Adakah kejadian ini menggambarkan rakyat Malaysia masih lemah dalam Ilmu Hisab? Kalau ia, adakah ini satu kegagalan sistem pendidikan negara? Kalau tidak, kenapa kita tidak boleh memperolehi satu rumusan yang dengan piawaian yang berkewibawa?

Apa pendapat saudara-saudari budiman?

Monday, November 13, 2006

Pimimpin Masyarakat Cina Dalam Politik






Hari ini saya cuba mengajak rakan-rakan membincangkan tajuk kepimpinan pemimpin masyarakat Cina dalam arena politik tempatan.

Secara kasarnya, pemimpin ini (masyarakat Cina) terbahagi kepada dua aliran besar, iaitu meraka berlatar belakang daripada:

a. Aliran pendidikan Bahasa English (bukan bahasa ibunda).
b. Aliran pendidikan Mandarin (bahasa ibunda).


Umumnya, kedua-dua golongan ini mempunyai persepsi budaya yang berbeza. Naluri meraka dengan tidak disedari biasanya berkelompok mengikut aliran ini. Umpamanya MCA Team A terdiri daripada pemimpin bukan aliran ibunda dan Team B adalah gambungan daripada pemimpin aliran ibunda.


Amnya, masyarakat Cina kurang aktif dalam politik tempatan kalau dibandingkan dengan masyarakat Melayu. Faktor-faktor mempengaruhi penonjolan pemimpin msayarakat Cina.

a. Faktor sejarah.
Faktor sejarah, baik di benua China mahu pun di Malaysia masyarakat Cina secara umumnya bertanggapan politik adalah satu permainan putar-belitkan kenyataan, kotor, kejam, tidak transparen, hasat-dengki dan sebagainya. Maka kebanyakan masyarakat Cina kurang berminat untuk menggiatkan diri dalam politik.

b. Faktor budaya politik tempatan – politik asaskan perkauman.
Sungguhpun sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, namun asas politik tempatan masih berasaskan perkauman. Di mana setiap kaum mempunyai parti politik yang melaung-laungkan slogan politik demi memperjuangkan hak keturunan masing-masing. Walaupun Perlembagaan Parti Gerakan dan DAP adalah parti pelbagai kaum, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan masih terdapat jarak yang agak jauh untuk mencapai matlamat mereka. Keadaan yang berlainan bagi PAS, walaupun ia merupakan parti pelbagai agama, akan tetapi ia terhad kepada agama tertentu sahaja.


Dengan perubahan suasana politik akhir 1990an, kelahiran Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh majoriti pemimpin Malayu boleh mempercepatkan proses pembangunan parti pelbagai kaum. Sejak kebelakangan ini, penglibatan masyarakat bukan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat amat menggalakkan dengan penyertaan besar-besaran keahlian bukan Melayu.

c. Faktor persepsi terhadap politik perkauman.
Spertimana sentiasa dipermainkan oleh parti politik perkauman, masyarakat Cina nampaknya lebih mendiamkan diri sewaktu berhadapan dengan isu perkauman atas alasan isu sensiti di rantau Asia Tenggara. Maka, mereka lebih menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan untuk mecari rezeki sahaja. Biasanya pemimpin parti politik perkauman akan mengeksploitasikan suatu isu yang menggugat mereka kepada isu perkauman, lalu ia boleh kebal dari kritikan.


d. Faktor ekonomi & profesyen.
Lumrahnya, masyarakat Cina yang berkecimpung dalam aktiviti perniagaan akan cuba mengelakkan diri daripada penglibatan politik. Ini kerana mereka tidak ingin melihat pernaigaannya berganggu oleh orang politik. Sikap berkecuali ini tidak menggalakkan masyarakat umum yang berkebolehan menampil diri untuk memimpin masyarakat.

Ciri-ciri Pemimpin Untuk Semua Rakyat Malaysia
Saya mengharapakan negara kita mampu mendidik pemimpin muda yang beriri-ciri:

a. Orang Berprinsipkan Rukunegara.
Rukunegara merupakan pedoman utama dalam gerak kerja harian. Iaitu:


Kpercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

* Pemimpin hendak tunjukkan teladan yang baik: contohnya pemimpin sendiri jangan hutang cukai pintu, berikan kontrak besar kepada ahli keluarga tanpa alasan. Begitu juga, jauhkan diri daripada politik wang (rasuah politik untuk belie undi), tidak menghasut ketika bertanding dalam pemilihan parti dan sebagainya.

* Pemimpin yang mendaulatkan / menghormati undang: jangan pagar makan padi; seperti sendiri bina rumah besar tidak ikut undang-undang, jangan menganak-tirikan masyarakat miskin / kurang upaya, rumah orang kiskin dirobohkan manakala rumah orang kaya diperihala.

* Pemimpin mempunyai kesopanan yang murni: pemimpin yang tidak korup, bersih, jujur dan merendah diri; jangan mengugut orang awam tanpa sebab seperti Ahli Majlis Perbandaran Klang mengugut pemberita kerana menyiarkan salah-laku beliau baru-baru ini.

* Pemimpin yang sudi menerima teguran rakyat serta pegang kepada janji: berani berhadapan rakyat sambil memberikan ruang yang memcukupi untuk rakyat memberikan pandangan yang berlainan. Contohnya kebebasan berpertubuhan diganggu dimana pendaftaran PSM menghadapi rintangan disengajakan manusia. Begitu juga dengan permit pemohonan Suara Keadilan menghadapi hampir jalan buntu akibat campurtangan politik.

b. Berdisciplin landaskan Perlembagaan.
Masyarakat Cina sewajarnya menampilkan pemimpin yang berdisciplin. Semangat Perlembagaan adalah rujukan kepada semua jaminan hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan dinikmati tanpa halangan poltik. Ia tidak kira siapa jadi pemerintah samada Barisan Nasional (sekarang) ataupun Barisan Alternatif (kalau menang dalam pilihanraya akan datang), hak ini tidak boleh dicaburi tanpa mengira siapa jadi pembangkang dalam politik.


c. Bersemangat Bangsa Malaysia.
Seorang pemimpin yang berjiwa Bangsar Malaysia pasti akan dapat sokongan segenap masyarakat. Adalah tidak wajat kita mengindir Bangsar Malaysia sebagai Rojak. Kita wajar merasa bangga dengan bangsar negara sendiri. Sikap untuk jadi jaguh sesuatu kaum perlu dikikis kerana ia tidak akan membantu pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu.


Lagu Negaraku kita nyanyikan menyebut: Rakyat Kita Bersatu dan Maju.......... Lantaran itu, mana-mana pemimpin perkauman yang tidak menjaga segenap rakyat keseluruhannya atau cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat adalah bertentangan dengan Prinsip Rukunegera, semangat Perlembagaan dan Lagu Negaraku. Maka mereka adalah tidak layak menjadi pemimpin negara.


d. Bertanggungjawab, adil, bersih dan berjiwa rakyat.
Sebagai seorang pemimpin politik, sikap tanggungjawab atas segala keputusan atas alasan tidak tahu, adil tanpa menganak-tirikan bukan kroni, mempunyai personaliti yang bersih dan nampak bersih serta berjiwa rakayt.


Umpamanya, pendedahan kehilangan wang peruntuk pembangunan sekolah rendah di Johor ($30,000 jadi $3,000) cuba ditutup hinggakan YB Dato’ Ong Tee Keat dipaksa mohon maaf selepas beliau menyahut permintaan masyarakat menangani masalah korupsi pihak tertentu. Kita masih menunggu apakah keputusan siasatan kejadian tersebut? Siapa yang harus bertanggungjawab? Apakah tindakan yang telah / akan diambil?
Bertanggungjawab dan bersih dan berjiwa rakyat wajib tidak cuba menutup apa-apa penyelewengan yang melibatkan kepentingan awam dan wang rakyat dengan penuh dedikasi.


e. Penguasaan Bahasa Malaysia yang cemerlang.

Semua pemimpin masyarakat wajib berkemampuan menguasai Bahasa Kebangsaan yang baik. Malangnya, di anatara banyak Ahli Parlimen dan Ahli Kabinet nyata tidak mampu berucap dan membahas dalam Bahasa Malaysia dengan fasil. Sewajarnya, satu ujian kelulusan Bahasa Malaysia diperlukan sebelum dilantik ke sesuatu jawatan awam tertinggi.

Kesimpulannya, mai kita sama-sama bincang dalam persoalan berikut:
Apa pendapat saudara/i budiman tentang perkara ini?

Sejauhmanakah pemimpin kita memnuhi ciri-ciri saya tersebut di atas?

Berapa banyak pemimpin kita memenuhi cirri-ciri di atas?

Bagaimana kita dapat mengawasi atau memastikan hanya pemimpin baik sahaja dikekalkan?

Apakah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memantau pemimpin kita?

Sekiranya kita tidak puas-hati dengan seseorang pemimpin itu, apa yang dapa kita lakukan sekiranya partinya enggan bertindak atas sebab berkepentingan bersama antara mereka?

Friday, November 10, 2006

keAkta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Berikut adalah petikan beberapa seksyen daripada Akata berkenaan.




Isu ini menarik minat saya kerana:
a. Transparency International mengumumkan kedudukan Malaysia jatuh daripda 39 ke 44.

b. Ada pendapat bahawa Politik Wang parti politik adalah di luar kawalan Akta kerana mereka mempunyai peraturan sendiri.

Adakah politik wang itu satu sogok membeli undi?
Kenapa ia disebut sebagai 'politik wang' bukan 'rasuah beli pangkat parti'?
Apakah perbezaan di antara politik wang dan rasuah pemimpin beri suap?

c. Terdapat kenyataan tuduh-menuduh di antara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri dalam sola pemberian kontrak kerajaan kepada anak masing-masing.

d. Perdana Menteri semalam memberikan jaminan beliau bertekad untum memerangi rasuah serta mengarahkan process pendakwaan rasuah dipercepatkan. Saya mengalu-alukan tekad Perdana Menteri agar tidak ada sebarang 'cover-up' baik libatkan parti pemerintah ataupun pembangkang.

e. Pengerusi Perhubungan Negeri Kelanatan UMNO mendedahkan mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Negeri dalam pemberian konsesi balak. Saya percaya ramai rakyat juga ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku.

f. Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah membuat laporan polis minggu lalu meminta siasat ke atas pemberian kontrak luar biasa kepada ahli keluarga oleh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri.

Kesemua ini amat menarik perhatian masyarakat, dengan itu saya rasakan adalah tidak merugikan kita untuk mengetahui sedikit-sebanyak Akta ini. Oleh kerana saya bukan seorang peguam maka saya hanya mampu memetik beberapa bahagian Akta ini seperti berikut untuk kita bincangkan bersama:






Seksyen 2 Tafsiran.
‘Badan Awam’ termasuklah:-
(a) Kerajaan Malaysia;
(b) Kerajaan sesuatu Negeri;
(c) Mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain;
(d) Mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaah Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa tempatan;
(e) Mana-mana syarikat yang berkuasa untuk mengawalnya terletak pada mana-mana badan awam yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d);
(f) Mana-mana pertubuhan, kesatuan, organisasi atau badan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“Pegawai Badan Awam“ ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pengkhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada orang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu;

“saudara“ berhubungan dengan seseorang, ertinya:-
(a) isteri atau suami orang itu;
(b) adik atau abang atau kakak orang itu;
(c) adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu;
(d) mana-mana ibu-bapa dan nenek moyang atau keturunan sezuriat orang itu;

“suapan“ ertinya:-
(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

(f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan. Dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;

Seksyen 10 Kesalahan Menyetuju-terima Suapan
Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain-
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang yang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain,

apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab-
(aa) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkanaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau

(bb) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkanaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat,

adalah melakukan satu kesalahan.

Seksyen 16 Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 dan 15.
Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 dan 15 boleh apabila disabitkan-

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari pada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan
(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Seksyen 17 Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan.
(1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana oran gyang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh usapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percuabaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan prihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 49 Keterangan kelaziman tidak boleh diterima.
Dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini, keterangan tidak boleh diterima untuk menunjukkan bahawa apa-apa suapan yang tersebut dalam Akta ini adalah suatu kelaziman dalam apa-apa profesion, pertukangan, kerjaya atau pekerjaan atau dalam sesuatu upacara sosial.

Apa pendapatan anda?

Perbincangan Masalah Korupsi

Terlebih dahulu wajib bagi saya menjelaskan bahawa saya bukan seorang peguam atau pakar perundangan. Matlamat utama karangan ini hanya bertindak sebagai bahan perbincang dalam blog Mai! Bincang-bincang; oleh kerana itu saya hanya melihat perkara ini dari sudut orang awam semata-mata.

Sepertimana yang termaktub dalam Akta ini, Badan Pencagah Rasuah merupakan badan khas yang bertanggungjawab dalam medan memerangi rausah. Sungguhpun sedemikian, laporan kejadian rasuah boleh dilakukan samada kepada pihak polis ataupun pejabat BPR.

Pada pengetahuan saya Akta 575 ini telah luluskan dan guna pakai ata daya-usaha Pemangku Perdana Menteri pada ketika itu. Menurut sebutan bekas Pemangku Perdana Menteri walaupun beliau berhadapan dengan sedikit-sebanyak rintangan bagi merealisasikan Akta ini bagi menggantikan Akta Badan Pencegah Rasuah 1982.

Pada tahun berikutnya, 1998 telah berlaku satu konspirasi politik yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia, lalu beliau telah terkorban dalam konspirasi tersebut kerana ketegasannya enggan bersekongkor mempertahankan kepentingan rakyat.

Minggu ini selepas 8 tahun berlalu, pihak kerajaan telah jelas mengakui bahawa pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan pembicaraan, walaupun penarikan Pendakwaraya dibantah oleh dituduh (aneh sedikit kerana orang dituduh yang membantah) bertekad mahu meneruskan pembelaannya.

Berkisar dengan indek yang diumumkan oleh Transparency International, Malaysia tleh menjunam dari tangga 39 ke 44 tahun ini. Dalam perbahasan Parlimen, seorang Menteri berhujah pembentukan buday rasuah bukan terjadi secara spontan. Sebaliknya, budaya rasuah dibentuk dalam suatu masa yang lama sebelum kepimpinan Perdana Menteri kini.

Oleh kerana ketelusan kerajaan sekarang, lebih banyak kes telah diketengahkan pada hari ini walaupun ia berlaku banyak tahun yang lalu. Maka, kerajaan kini seolah-olah dinampakan sebagai kurang bersih. Menurut Menteri tersebut, ini adalah satu process pembersihan.

Saya memang teramat setuju dengan penjelasan itu, kerana suatu budaya kadang-kala memerlukan masa puluhan tahun untuk dibentuk. Sebaliknya, jikalau kita mengharapkan perubahan daripada budaya jahat kepada budaya baik juga memperlukan jangka masa panjang untuk mengubah sikap masyarakat.

Pada awal bulan ini, Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi Encik Ezam Mohd Nor telah membuat satu laporan polis di Balai Campbell. Menurut Encik Ezam, beliau telah melampirkan 17 helaian surat sokongan atas laporan polisnya. Maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman web Gerak di http://www.gerakmalaysia.org





Dengan merujuk kepada peruntukan Akta, nampaknya Encik Ezam cuba menunaikan tanggungjawab dengan membuat laporan polis, dan kini ia tertakluk kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang profesional.

Topik perbincangan yang cuba saya bawa di sini adalah:

Sejauhmanakah dakwaan Encik Ezam itu tepat dimana terdapat banyak persoalan yang memerlukan siasatan yang melibatkan bekas dan Perdana Menteri kini?

Sejauhmanakan saudara/i budiman yakin laporan ini akan siasat dengan adil dan terbuka?

Sepertimana yang tersebut dalam Seksyen 17 Akta, kenapa tidak ada orang dalam kerajaan yang membuat laporan secara pro-aktif sekiranya adalah pra-sangka yang perlukan siasatan?

Kenapa pihak dituduh sendiri tidak meminta untuk disiasat agar namanya dapat dibersihkan?

Seandainya kita perlukan masa 10 tahun untuk bentuk budaya rasuah, setujukah anda kita juga perlukan masa 10 tahun untuk membentuk satu budaya yang bersih?

Sejauhmanakah kita boleh menerima alasan bahawa ini kes berlaku dahulu (tidak sekarang) kerana MUNGKIN kes baru jika ada perlu tunggu masa beberapa tahun untuk dibongkarkan?

Memandangkan majoriti anggota Kabinet kini adalah sama dengan yang dahulu, munasabahkah anggota Kabinet yang menjangkau dua zaman Perdana Menteri boleh terlepas daripada tanggungjawab?

Sekali lagi, saya dengan besar hati menjemput saudara/i berikan komen atau pandangan anda secara terbuka, walaupun ada yang barangakli berlainan pandangan dengan saya.

Thursday, November 09, 2006

Budaya Kampung dan Tekai-teki Bandar

Saya dibesarkan dengan pendidikan rendah dan menengah di negeri jelapang padi. Kami berjiran serta berkawan dengan budak-budak pelbagai keturunan; termasuk Melayu, Cina, India dan Siam. Secara umumnya, kami bebas bergaul di antara satu sama lain tanpa apa prasangka satu sama lain.

Masih jelas dalam ingatan, ibu saya sentiasa memetik buah jambu tanaman kami kepada kawan-kawan Melayu sewaktu beliau menunggu bas ke pekan beli barangan harian. Sungguhpun dengan bahasa pasar, ibu saya berkeupayaan berkomunikasi dengan kawan sekampung atau kampung jiran sambil ketawa. Umpamanya, ’ini hali gua pi pokkan bayak hangat lah ......(hari ini saya pergi ke pekan cuaca amat panas); kuat hujang jalan pun bayak ayak....(hujan lebat jalan diliputi banyak air)’.

Beginilah suasana keriangan orang kampong hidup dalam keadaan yang aman, damai dan sentosa. Kami saling bantu-membantu, ziarah-menziarahi walaupun tidak ada jamuan juadah rumah terbuka mewah seperti orang bandar sekarang. Kuih-muih buatan sendiri kami tukar-menukar setiap musim perayaan. Silaturahim cukup baik, bersama main guli, gasing, laying-layang dan sebagainya. Tidak pernah kami tuduh-menuduh orang Melayu malas, orang Cina niaga tipu, orang India kurang jujur dan lain-lain lagi seperti cakap spekulator orang politik.

Orang kampung tanpa gangguan orang politik, menghasut demi kepentingan diri, merebut-rebut ingin jadi jaguh sambil menuduh orang lain; pada hal sebenarnya golongan segelintir ini mempunyai kepentingan politik sendiri dengan harapan untuk menang dalam pilihanraya parti nanti. Semuanya hidup dengan selesa.

Lantaran itu, sesungguhnya saya telah berpindah ke Kuala Lumpur melebihi satu setengah dekad, namun saya peribadi masih lebih menghayati kehidupan kampong. Saya rasa budak-budak bandar sekarang tidak lagi berpeluang menikmati kehormonian ini.

Prihatin orang kampong bukan takat lepaskan batuk ditangga ataupun selamba semata-mata. Kami ziarahi jiran yang sakit, yang jatuh, kelahiran bayi kecil, kongsi makanan; malahan kadang-kala berapa ekor ayam kampung pun diambil tahu.

Ekoran dariada permaufakatan ini, keseluruhannya suasana kampung hidup aman, selamat, tidak ada pencuri walaupun pintu rumah tidak ditutup / kunci. Kami kerap-kali bertukar-tukar maklumat dengan tulus dan ikhlas. Sekiranya ada sebarangan kejadian, pantas kami dapat tahu cerita pangkal-hujungnya.

tas dasar inilah, orang kampung berkeupayaan untuk saling bantu-membantu, tidak ada pra-sangka, percayan antara satu sama lain.

Melihat suasana bandaraya sekarang, semangat Rukun Tetangga agar luput, kerajaan pun nampaknya agar lembab pada dekad yang lalu.

Banyak kejadian berlaku, orang bandar kurang memperolehi maklumat yang sahih seperti di kampung. Ekoran daripada itu, khabar angin sering menjadi asas mengejar maklumat terkini.


Kita lihat sahaja kejadian yang terdekat di Ipoh, telah saya sebut perlukan kajian sebab orang bandar percayakan sebaran sms. Lumrahnya teka-teki sudah menjadi amalan budaya hidup orang bandar.

Merenung juga runggutan seorang saudagar tidak tahu sebab Biro Pengaduan Rasuah berat tulang untuk memulakan siasatan ke atas laporannya terhadap seorang Timbalan Menteri. Sekali lgai, kita teka, apakah sebabnya menyebabkan BPR lambat / enggan menyiasat? Adakah kerana pengadu tidak berpangkat tinggi? Ataupun kerana pihak diadu terlalu tinggi pangkatnya?

Juga ada pemimpin yang menyebut merobohkan bangunan haram perlu mengambil-kira kesan politik. Bertaka lagi, mungkinkah kerana tuan rumah mempunyai pengaruh politik yang luar biasa? Adakah ini boleh menjadi satu logik untuk mengesahkan pembinaan tersebut? Adakah pihak berkuasa akan memberikan layanan yang sama kepada orang awam? Kenapa gerai bersebalahan diruntuhkan tapi rumah satay sebelah tidak disentuh?

Kalau kita pandang balik kejadian 1998, ramai orang merasa hairan kerana kerajaan telah mengambil satu jalan luar biasa membongkarkan salah-laku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Tuduhannya disiarkan dalam media cetak dan pandang-dengar sebelum kes itu dibawa ke mahkamah, tia ermasuk affidavit tuduhan sebelum diserah kepada mahkamah.


Dukacitanya, selapas 8 tahun berlalu, terbukti sesiapa yang percayakan tuduhan itu sudah tertipu oleh pihak konspirator. Ini kerana minggu ini pihak Pendakwaraya / Kerajaan sendiri mengaku mereka tidak ada bukti yang memcukupi untuk meneruskan tuduhan ke atas salah seorang yang pernah dipenjarakan kerana sudi diliwat.

Semua aliran bahasa akhbar dua-tiga hari sibuk menyiarkan liputan panjang-lebar tentang pembunuhan seorang wanita warga Mongolia sambil diletupkan mayatnya (saya tak tahu samada dia diletupkan secara hidup-hidup atau selepas dibunuh). Ini kes pertama yang menggunakan cara letupan cuba untuk mengluputkan bukti-bukti jenayah dengan melibatkan anggota keselamatan beruniform.

Oleh kerana latar belakang saya dibesarkan dalam budaya kampung yang tulus & terbuka. Hari ini, tanpa alternatif lain saya terpaksa berteka-teki siapakah pembunuh itu? Siapa itu analisa politik yang terkenal? Penasihat kepada siapa? Menteri kah? Taukah besar kah? Kumpulan manakah?

Memang saya akui kadang-kala, pendedahan awal boleh mengganggu siasatan polis untuk mengumpul maklumat tuduhan. Tangan saya masih mengali rambut, banyak tanda tanya wujud dalam teka-teki saya:

Setelah dituduh sambil mendapat perintah tahanan oleh Majistrat, namanya dirahsiakan atas sebab apa? Saya hairan kejadian 1998 tuduhan dan nama tertuduh boleh didedahkan sebelum dibawa ke mahkamah, kenapa sekarang berbeza?

Siapakah yang dituduh / disyaki? Kepada siapakah pembunuh itu menjadi Penasihat?
Barangkali kita perlu memikirkan samada memaksa rakyat berteka-teki siapa itu lebih menguntungkan masyarakat dan keadilan; ataupun buat pengumuman awal?

Adakah adil terhadap orang yang disyaki oleh kami (jawapan dari teka-teki) sekiranya kita salah sangka?

Adakah budaya teka-teki itu telah menggugat semangat kejiranan di bandar sekarang? (Kerana masyarakat tidak berani menyuarakan jawapan masing-masing bimbangkan jawapannya salah)
Sebagai seorang warga kota, apa yang boleh kita lakukan meperbaiki semangat kejiranan?

Secara perbandingan, saya lebih cenderung kepada budaya hidup dikampung dibandingkan dengan suasana dibandar tersebut di atas. Barangkali, saya kurang handal dalam pertandingan teka-teki.

Apakah pendapat saudara/i budiman, anda lebih suka budaya kampung atau pun bandar?
Jom, mai lah beramai-ramai kita berkongsi pendapat dalam soal ini demi mencari kebenaran dan keadilan untuk masyarakat umum.

Tuesday, November 07, 2006

Keuzuran Semangat Rukunegara

Sejak dibangku sekolah rendah kita sudah diajar, dididik dan dibimbing untuk menglafazkan Rukunegara. Kelima-lima principnya:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan.

Pagi tadi terbaca berita Tranparency International telah menjatuhkan kedudukan negara dari tangga 39 ke 44 tahun ini.

Saya sebenarnya akui tidak faham bagaimana keputusan itu dirumuskan. Sebentar tadi terbaca pula aduan En. Mohd Tahir di mana Badan Pencegahan Rasuah tidak menjalankan siasatan ke atas laporannya dibuat pada 23 September 2006.

Pada kefahaman saya, ini adalah satu perkara ajaib kerana serentak kerajaan lantang menyeru rakyat berikan kerjasama, berikan maklumat rasuah kepada BPR agar siasatan dalam dijalankan.

Nampaknya, ada sedikit jurang perbezaan di antara tindakan dan seruan semata-mata.

Sebenarnya saya lebih simpati terhadap orang yang diadu, lebih-lebih lagi melibatkan orang kenamaan besar di dalam kerajaan Persekutuan. Ini kerana pada hemat saya, selagi siasatan itu tidak dijalankan, maka selagi itu orang diadu itu tidak berpeluang untukmembersihkan namanya, konon laporan itu tidak sahih.

Lebih daripada itu, seandainya ada orang membuat fitnah / laporan palsu, hanya menerusi siasat terbuka pasti akan lebih menguntungkan orang diadu mengambil tindakan mahkamah civil demi minta pampasan.

Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang adalah princip ke 3 dan 4 dalam Rukunegara. Saya bukan seorang peguam, cuma saya tahu terwujudnya satu Akta Pencegahan Rasuah yang sibuk dibincangkan kebelakangan ini. Perkara 17 menyatakan mana-mana penjawat awam yang tidak melaporkan kegiatan rasuah selagi ia dalam pengetahuannya adalah satu kesalahan.

Kini, biar kita balik kepada persoalan asal:

a. Kenapakah laporan En. Mohd Tahir tidak dijalankan?
b. Sekiranya ia bukan tidak ada siasatan, bilakah BPR bermasa untuk bertindak?
c. Kenapakah pihak dituduh tidak berhasrat untuk membersihkan namanya yang dituduh?
d. Kenapakah adanya Akta tetapi kita kurang tekad untuk menguatkuasanya?
e. Adakah ini sebab utama mengakibatkan kedudukan negara kita turus terjunam?

Kesimpulan daripada situ, saya merasakan sedikit sedih dimana Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang sudah tidak dipelihara oleh pihak pemimpin-pempimpin negara.
Andaikata, saya menghafal Rukunegara lebih dari 30 tahun hanya sebagai sebutan mulut sahaja.


Mailah beramai-ramai kita berkongsi pendapat tentang perkara ini.
Menyebarkan SMS Menghasut!

Amat kesal sekali, selepas negara sudah merdeka selama 50 tahun, masih ramai lagi rakyat umum mempercayai kepada mereka yang sentiasa me-reka-reka cerita.

Walaupun kita merasa lega Timbalan Perdana Menteri dengan pintas telah mengarakan Ketua Polis Negara mengadakan siasatan segera tentang menyebaran maklumat palsu yang bersifat hasutan itu yang berlaku di Ipoh semalam.

Sementara kita mengutuk tindakan yang keji itu untuk menghuru-halakan ketenteraman awam; baik dari segi perundangan seperti Akta Hasutan. Dari pandangan sudut keagamaan pula, saya percaya semua agama mengajar penganutnya bersifat jujur, ikhlas, jauhi dosa, jangan
berdusta dan sebagainya.

Dengan ikhlas mohon keizinan saya merenung kepada buku dalam almari saya yang bertajuk: Ikhtisar Perkembangan Sejarah Islam, yang dikarang oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan selaku bekas Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan (buku teks STPM saya); terimbas dalam fikiran saya tentang satu ayat yang tidak pernah saya lupai iaitu: [fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh].

Biarlah kita sama-sama doakan mereka ini akan insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Yang lalu, biarlah lepas; sepertimana disebut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri cuba memaafkan bekas Perdana Menteri walaupun dituduh berbagai-bagai tuduhan / fitnah [merujuk kepada pengguguran Kes Sodomi Sukma oleh Mahkamah hari ini], semangat maaf-maafan ini wajar kita pupukkan.

Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah tiba masanya untuk pihak kerajaan, pemimpin dan masyarakat umum mengkaji semula beberapa persoalan berikut:


Kenapakah rakyat kita amat mempercayai khabar-khabar angin?

Adakah saluran yang sedia ada kurang kredible?

Kenapa keadaan / budaya ini terwujud?

Adakah pemimpin kita sedar akan kebahayaan orang percayakan khabar angina?

Adakah kerana penyaluran maklumat kini kerang tulus hinggakan wujud krisis?

Apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?
Aiyo Orang Besar Tegakkanlah Keadilan Orang miskin!

Menurut laporan kebelakangan ini isu pembinaan “rumah besar tanpa kebenaran” oleh Ahli Dewan Undangan Negeri di Bandar Klang telah menimbulkan beberapa persoalan.

Saya sebagai seorang rakyat biasa merasa binggung selepas beberapa pemdedahan yang dilaporkan dalam akhbar tempatan. Demi untuk menjernihkan situasi, adalah tidak merugikan Kerajaan Negeri Selangor serta Kemnterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan penjelasan yang sebenarnya agar rakyat tidak disalah-pandu oleh pihak yang cuba menagguh ikan di air keroh. Terlebih-lebih lagi pilihanraya umum ke-12 mungkin akan tiba tidak lama lagi (berdasarkan menangguhan pilihanraya UMNO).

Pertama: Apakah pendirian dan tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam isu ini. Adakah Menteri bersetuju dengan tindakan menlulu membina rumah besar itu? Adakah orang awam / biasa juga akan diberikan layanan yang sama? Apakah erti yang tersirat atas kebisuan Menterinya akan mengsahihkan binaan bangunan itu?

Kedua: Menurut laporan juga, warong seorang penjaja Melayu (saya tidak tahu namanya) yang bersebelahan dengan Rumah Satay (milikan orang berpengaruh) telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang atas alasan pembinaan haram. Yang mengelirukan kepala saya ialah, laporan juga menyebut sebuah Rumah Satay yang bersebelahan tidak disentuh sepaku pun. Entah kenapa kita memilih untuk menganak-tirikan penjaja Melayu tersebut hinggakan ia perlu memohon derma untuk teruskan rezekinya.

Ketiga: Menurut laporan, Menteri Besar Selangor kata merobohkan bangunan rumah besar itu akan bersangkut-paut dengan banyak lagi bangunan yang tidak ikut undang-undang di Selangor.

Dalam kontek ini, barangkali saya ingin menyesyorkan Biro Tatanegara wajib mengadakan kursus khas menghidupkan semula: Konsep Kepimpinan Melalui Teladan. Menerusi latihan semula semangat ini kita boleh elak daripada:

Ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus; dan
Pemimpin kencing berdiri, rakyat kencing berlari.

Nescaya dengan adanya teladan kepimpinan yang baik, masyarakat dan negara pasti akan lebih berdisiplin dan sistematik serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih adil. Kalau tidak saya bimbang sepertimana disebut dalam falsafah Cina: [hanya benarkan tentera membakar rumah, sebaliknya tidak benar rakyat menyalakan lampu pelita] {erinya orang berkuasa boleh bermaharajalela, orang miskin akan sentiasa diseksa} adalah satu penindasan besar.

Keempat: menurut tuan rumah besar, beliau memberlukan bangunan itu atas sebab saiz keluarganya yang agar besar. Jika ingatan tidak uzur, di kawasan Gombak terdapat masyarakat perkampung Melayu yang dirobohkan atas sebab tertentu. Sudah sekian lama, mereka yang miskin tidak mempunyai bangsar meneduh hujan. Lalu mereka terpaksa mendiami di dalam khemah-khemah sementara. Begitu juga nasibnya sebuah perkampungan Melayu di kawasan Sentul ditimpa bencana yang sama.

Adakah kita menafikan hal mereka juga mempunyai bilangan ahli keluarga yang perlu dijaga, malangnya rumah pusaka mereka kekal dirobohkan. Satu hakikat yang tidak dapat tidak kita akui ialah manusia bertubuh badan sama, tapi nasibnya berbeza-beza.

Adakah pemimpin kita sudi mendengar keluhan golongan yang kurang berada?

Kepada siapakah mereka boleh mengadu nasib?

Adakah mereka hanya dilayan sebelum pilihanraya umum tiba sahaja?

Dimanakah pejuang-pejuang rakyat yang pernah kita kumandang menjelang pilihanraya?

Slogan Malaysia Boleh telah kita laung-laungkan banyak tahun, dimanakah dan bilakah nasib orang miskin akan dibela?

Mai lah sini, kita bincang-bincang semoga rintihan orang miskin akan masuk telinga mereka yang berkuasa.