Saturday, December 15, 2007

Buktikan Kesetiaan Anda

Dua minggu lalu telah panjang lebah saya bincangkan kelayakan minima untuk menjadi calon pilihanraya / wakil rakyat tanpa mengira parti. Yang asas termasuklah kefasilan seseorang calon itu nyanyikan lagu Negaraku dan lagu parti masing-masing.

Jika seseorang itu tidak mampu berbuat demikian, dia patut menarik diri daripada barisan pencalonan.

Kebetulan pula, pada selasa yang lalu ketika pihak berkuasa melakukan tangkapan berleluasa ke atas pelawat Parlimen dalam premis Parlimen tanpa sebarang sebab, alasan ataupun perintah mahkamah.




Yang menarik perhatian, terdapat seorang pelawat Parlimen sambil menjunjung Perlembagaan Persekutuan, melafazkan kestiaannya ke atas Perlembagaan lalu menyanyikan lagu NEGARAKU. Pada waktu itu, rakaman video jelas menunjukkan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat & YB Bukit Bintang yang kebetulan berada di sisinya menegakkan badan sebagai penghormatan terasas kepada lagu kebangsaan; manakala ada pegawai lain yang nampaknya kurang serius berbanding dengan tindakan Ketua Pembangkang.

Lantaran itu, tindakan En Wong menyanyikan lagu Negaraku di tapak letak kereta juga merupakan salah satu bukti kesetiaannya kepada negara dan menjunjung keluhuran Perlembagaan. Reujuk kepada rakaman sensasi penuh melucukan: http://uk.youtube.com/watch?v=VD6d8OIyy6I.

Namun sedemikian, seorang kawan telah mencadangkan, sewajar semangat cinta negara patut diteladani sambil memperkemaskinikan tindakan saat terakhir sebelum menghadapi cabaran ketidak-tentuan.

Adalah dicadangkan kita boleh berbuat sedemikian:

Sambil menjunjungkan Perlembagaan Persekutuan, bolehlah kita melafazkan ayat ikhtiar (contoh sahaja) seperti berikut:



Kepada Tuhan yang patik menjunjung tinggi, hari ini hamba Mu berada di xxxxx, dengan ikhlas ingin memohon kurniaan Mu sebelum hamba menghadapi satu cabaran yang tidak menentu.

Tuhan, mohon jagalah dan lindungi ahli-ahli keluarga hamba bebas daripada sebarang ancaman, kesakitan, penyakit, fitnah dan tohmahan yang tidak berasas. Patik sudi dan sedia untuk menempur sebarang cabaran hidup yang bakal patik harungi demi keluarga, keadilan masyarakat dan kesejahteraan negara.

Tuhan, sebelum patik menjejakkan kaki untuk langkah yang seterusnya, patik ingin mohon Tuhan yang maha besar, tolonglah insafkan mereka yang masih belum sedar melakukan tindakan atau kerja yang bercanggah dengan ajaran Mu. Semoga dengan keinsafan bakal Tuhan berikan kepada mereka, mereka akan berhenti lakukan sebarang kerja-kerja yang menentang dengan ajaran Mu, kejahatan, kezaliman, kedustaan, kecurangan, penyelewengan dan pembohongan. Barangkali ada di antara mereka, ada orang yang masih belum insaf, ada orang pula dipaksa melakukan dosa-dosa ini selepas menerima arahan atasan.

Oleh itu, patik mohon Tuhan janganlah terus menghukum mereka, sebaliknya, berikanlah mereka satu kali peluang lagi untuk keinsafan, meninggalkan kejahilan mereka serta-merta dan pulang ke pangkuan jalan kebenaran dan keadilan.


Tuhan, patik mohon hukuman yang sejajar hanya akan dikenakan ke atas anasir-anasir perancang ataupun orang yang melakukan kerja-kerja kejahatan dan dosa ini; jika mereka masih terus berkeras kepala, maka patik mohon Tuhan peruntukanlah satu ruang yang sepatutnya di NERAKA untuk mereka.

Tuhan, demi kesejahteraan masyarakat dan negara, seandainya mereka yang berniat jahat untuk terus mencabar kuasa Mu, demi kepentingan diri, demi kuasa untuk menindas golongan miskin dan daif; maka jika selepas dibicarakan dengan bukti-bukti yang sahih; dan disabitkan kesalahan, barulah memperuntukan ruang NERAKA untuk orang-orang yang bersubahat melakukan dosa-dosa yang tidak boleh dimaafkan.

Tuhan, dengan itu ia akan memberikan satu pengajaran besar kepada penjahat-penjahat lain, agar meninggalkan diri daripada terlibat dalam kanca-kanca kejahatan dan penindasan manusia yang tidak berdosa. Dengan itu, barulah negara dan masyarakat akan aman dan makmur.

Tuhan, patik hari ini menyampaikan permintaan ini kepada Mu adalah berasaskan percintaan saya kepada negara patik yang bernama Malaysia. RUKUNEGARA yang menjadi asas pentadbiran negara telah patik hafaz melebihi 30 tahun lamanya, di mana ayat pertamanya menggalakkan patik menjunjung Mu. Rukunegara patik berbunyi:

Kepercayaan Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.

Tuhan, akhirnya izinkanlah patik menunjukkan semangat patik, patik mohon izin Tuhan bagi patik nyanyikan lagu Kebangsaan negara patik yang bernama Negaraku.

Tuhan, semoga pemohonan patik diperkenankan.

Jika keadaan amat terdesak tidak mengizinkan menjunjung Perlembagaan Persekutuan pun; maka sekurang-kurangnya wajib nyanyikan lagu Negaraku, sebagai tanda ikhtiar kita lahir di sini, besar di sini dan kubur pun tetap akan di Malaysia.

Apa pula pendapat anda?

No comments: