Dua minggu lalu, rakyat rasa terperanjat dan cemas sedikit kerana Peguam Negara telah tegas menyatakan kerajaan mempunyai bukti yang KUKUH bahawa kumpulan yang menyertai himpunan Hindraf mempunyai perhubungan dengan Tamil Tiger.
Lantaran itu, Peguam Negara mengambil tindakan tegas mendakwa mereka Cuba Membunuh walaupun mereka hanya hadiri himpunan yang disengajakan tidak beri permit polis. Justeru itu, mereka terus ditahan reman tidak boleh dijamin keluar menunggu pembicaraan.
Tiba-tiba, kononnya atas rayuan President MIC; Peguam Negara telah menggugurkan ke semua pendakwaan. Hari di berkata pengguguran ini adalah TERADIL dan memang pendakwa TIDAK ADA BUKTI SAHIH mengenal-pasti siapa yang mencederakan polis yang disebut sebagai mangsa cubaan dibunuh.
Daripada situ, tindakan Peguam Negara telah menimbulkan beberapa persoalan yang mencabar kewibawaan sebagai Peguam Negara sepertimana yang diamanahkan dalam Perlembagaan Perkara 145.
1. Bilakah beliau insaf bahawa pendakwaan awal itu adalah tidak adil; maka pengguguran itu lebih adil?
2. Bilakah beliau insaf bahawa sememangnya pendakwa tidak ada bukti siapa yang mencederakan polis tersebut? Tanpa mengira apa dalilnya, kenapakah dia terburu-buru mendakwa cubaan membunuh dan bantah dijamin?
3. Sejauhmanakah kata-kata President MIC dan Perdana Menteri berkesan mempengaruhinya menggugurkan pendakwaan? Jika dia tidak dipengaruhi oleh mereka, maka kenapa President MIC boleh mengambil kredit? Sebaliknya jika benar President MIC telah membebaskan orang dituduh, maka wajib menjawab soalan ke 4.
4. Peguam Negara perlu menjelaskan peranan yang dimainkan oleh orang politik dalam penentuan keputusannya. Begitu juga, sekiranya kata awal Peguam Negara benar, adakah ini bererti Malaysia sudah tunduk @ bertolah-ansur dengan agen Tamil Tiger dalam negara kita? Kalau tidak, kenapa pula Peguam Negara membuat tuduhan melulu sewaktu pendakwaan awal?
Perpatah Melayu kata: ‘harimau mati tinggal belang; manusia mati tinggal nama’; sebagai seorang manusia yang waras serta berkepercayaan agama seperti sebutan dalam Rukunegara, kita wajib sentiasa bertindak adil dalam semua perkara. Segala konspirasi, penyelewengan, salah-guna kuasa wajib dibendung.
Akhir kata: manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Sejarah telah membuktikan ada manusia yang handal menfitnah atau berkonspirasi dihukum Tuhan sebelum meninggal. Perpatah Cina pula menyebut: jangan buat dosa, tidak takut hantu ketuk pintu tengah malam.
Benar, jika cubaan membunuh dan agen Tamil Tiger boleh digugurkan tuduhan, kenapakah Peguam Negara tidak boleh melepaskan rayuan ke atas ISA? Kenapa?
No comments:
Post a Comment