Thursday, December 13, 2007

Persepsi Seorang Kampung Telin

Saya berasal daripada kampung yang agal terpencil. Saya juga pernah melalui zaman tidak berkasut, berpelitakan 'Lampu Minyak Tanah', menoreh getah sebelum subuh serta mengangkut air minum daripada pili air apabila musim kemarau selepas telaga kering.



Sebagai salah seorang budak kampung telin yang handal memanjat pokok, tangkap ikan, buat dan main layang-layang, buat gasing dan sebagainya. Tidak kurang juga sentiasa bermainan lari 'Polis Tangkap Pencuri'.

Dengan spontan, kami semua memberikan penghormatan yang tinggi kepada polis kerana imejnya sentiasa tegakkan keadilan dan hanya menangkap orang jahat. Tidak kurang juga ketakutan kami apabila disebut-sebut untuk di bawa ke mahkamah jika kami berbuat jahat atau nakal.

Nescaya, ramai daripada kita masih berpengalamankan zaman sedemikian. Setelah dewasa, oleh desakan rezeki terpaksa 'berhijrah' ke kawasan bandar untuk mencari sesuap nasi isi kelaparan perut sebagai buruh biasa. Akan tetapi, persepsi dan sanjungan terhadapa polis dan mahkamah (hakim) tidak pernah pudah.

Sehinggalah sebelum ini saya TERBACA 2 laporan berita yang amat memberangsangkan saya.

Pertama, ketegasan disiplin pasukan polis masih memang ketat, di mana tahun lalu ada 2 orang pegawai tinggi telah diturunkan pangkat @ dipecat kerana berkahwinkan isteri ke-2 di luar negeri tanpa laporan kepada pasukan. Memang ini satu peraturan yang perlu diperlihara kerana anggota polis yang diamanahkan memelihara keamanan negara WAJIB sentiasa menghindari sebarang muslihat atau perangkap kumpulan tertentu melalui PERKAHIWINAN.



Kedua, telah dilaporkan ada individu yang pernah berkahwin sulit di luar negara; sambil bersumpah untuk merahsiahkan perkahwinan mereka dengan membakar sijil pendaftaran perkahwinannya. Semoga dengan itu, rasiah perkahwinan ini tidak akan terbongkar.

Perpatah berkata: (1) bau bacang tidak boleh dibungkus; (2) bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru; (3) manusia merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Akhirnya, tentuan Tuhan telah membantutkan rancangan mereka walaupun Sijil Perkahwinan sudah DIBAKAR.

Hari ini, orang yang dikatakan berbuat demikian telah dilantik sebagai orang ke-2 TERTINGGI DALAM SISTEM KEHAKIMAN.



Saya yang agak kurang dari segi pendidikan dan ilmu, telah saya simpulkan di sini: JADI POLIS ADALAH LEBIH SUSAH DARIPADA HAKIM BESAR. Kasihan kawan-kawan saya dalam pasukan polis kerana banyak berkorban untuk negara termasuklah kebebasan berkahwin.

Sungguhpun demikian, kerunsingan saya ini masih belum menggugat penghormatan saya kepada kewibawaan mahkamah dan hakim yang sudah terpahat dalam otak saya selama 40 tahun. Janganlah ada pihak yang tuduh dan dakwa saya menghina sesiapa ataupun mahkamah. Sebagai seorang buruh kasar, saya tidak mampu dan berani mencabar sesiapa; hanya kadar meluahkan fikiran saya semata-mata.

No comments: