Saturday, December 01, 2007

Menghormati Tuhan Semua Agama

Kenang kembali tidak lama sebelum ini, ramai penganut agama marah dengan tindakan kerajaan Pakistan menempur secara kekerasan ke dalam Masjid Merah untuk menindas rakyatnya serta tindakan menekan golongan peguam.


Juga tidak ketinggalan, apabila Kumpulan Taliban mengebom patung Buddha di Afghanistan sebelum dijatuhkan kuasa pemerintahannya turut dikutuk oleh masyarakat sedunia.




Memandang ke arah utara, Malaysia merangkap Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) merupakan antara neara yang paling kuat MENGUTUK pihak Thailand menggunakan kekerasan "yang dikatakan mencerobohi tempat ibadat penganut Islam" di selatan Thailand. Di antara kejadian yangpaling dahsyat ia kejadian "Tak-Bai" turut mengorbankan puluhan warganegara Thailand.




Perpatah Melayu berkata: menepuk air kena muka sendiri. Sementara kita lantang mengutuk sana-sini, adakah kerajaan sendiri memberikan keteladanan yang baik kepada dunia?
Gambar-gambar yang disampaikan kepada Suhakam memberikan bukti 'prima-facie' bahawa pasukan berunifom telah mencerobohi kuil Hindu di Batu Caves. Di mana, tembakan gas pemedih mata, pancutan air berkimia dan memasuki kawasan premis kuil sambil mengenakan kekerasan kepada penganut Hindu yang berada di dalam.

Semoga, Suhakam dapat menjalankan siasatan terbuka dalam soal ini kerana sebarang pencerobohan ke atas tempat ibadat mana-mana agama oleh mana-mana pihak wajib dikutuk sekeras-kerasnya. Disamping itu, pihak yang bertanggungjawab wajib memohon maaf terbuka tanpa bersyarat sambil membayar ganti-rugi jika didapati tuduhan ini sahih.

Selain daripada itu, siasatan ini wajib jika tuduhan ini tidak sahih, maka satu keputusan yang adil wajar dipulangkan kepada pihak berkuasa.

Dengan sedemikian, saya rasa hanya pihak yang "takutkan bayang sendiri" sahaja yang akan cuba menghalang satu keadilan diketengahkan serta-merta.

No comments: