Himpunan Aman Pasti Aman Kecuali ....
Kelmarin pagi, beberapa ratus pencinta negara sekali lagi membuktikan persepsi ketua negara menuduh setiap perhimpunan akan berakhir dengan huru-hara adalah SILAP.
Dengan tanpa gangguan secara kekerasan pihak tertentu, perhimpunan itu bersurai dengan aman selepas 1 jam puas bersorak serta sampaikan memorandum rakyat kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Gambar-gambar berikut membawa seribu cerita dan bukti menyangkal serta mengikis puak takut berhadapan dengan rakyat bahawa mereka adalah pengacau dan penderhaka negara.
Cintaan kepada keamanan tidak mengira bangsa, keturunan, agama dan usia badan. Segenap lapisan masyarakat membuat PENGORBANAN AWAL sehari sebelum Hari Raya Haji untuk mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia.
Seperti biasa, juru runding persatuan En. Arul sedangkan berbahas dengan pihak berkuasa agar perhimpunan aman itu bebas daripada gangguan atau sebarang tindakan kekerasan yang tidak secocok dengan semangat korban Hari Raya Haji.
Juru acara memulakan pidato sambil menyeru peserta jangan menghalang lalulintas.
Juru acara kedua, En Badrul Hisham seorang mahasiswa dari universiti Korea sedang mengemaskan rambutnya untuk bergambar. Bersebelahan En Amin Iskandar (Black) menunjukkan keriangan menyertai perhimpunan yang bersejarah itu.
Pengalaman graduan daripada Universiti Kamunting, En Shaari Sungib merupakan antara orang yang paling layak bersuara kerana berpengalaman dengan akta zalim IKUT SUKA AKU.
Ahli-ahli keluarga mangsa ISA walaupun berusia belasan jagung terut memahami tanggungjawab dan kesucian memelihara Keluhuran Perlembagaan. Kenapa orang dewasa selamba tidak tahu? Orang berkuasa selamba tidak endah penderitaan rakyatnya? Adakah budak kecil itu lebih memahami daripada pegawai yang berdiri di belakangnya?
Wakil Jerit yang juga merupakan jaguh Kg. Berembang yang bertumpang dibangsar-bangsar khemah (lebih buruk daripada kem pelarian) telah berjaya memenangi dalam pembicaraan minggu lalu. Wakilnya turut memberikan sokongan.
Kereta pemantau polis memamirkan pelekat di cermin depan bertajuk: Lapor Jika Saya Rasuah.... Ia terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan dan keikhlasan kerajaan dan BN.
Golongan wanita yang bukan sahaja menyoyangkan buaian, malahan tangan mereka juga mampu mengoyangkan kuasa sesebuah negara turut memainkan peranan penting. Orang kedua dari sebelah kanan adalah bekas calon Parlimen Kota Raja (Selangor) merangkap ahli jawatankuasa pusat Pas Wanita Pusat. Beliau kemungkinan besar akan menggantikan penyandangan ahli Parlimen Kota Raja merangkap Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Peguam Hak Asasi Manusia sedang ditemuramah oleh Malaysiakini tentang masalah penafian kerajaan ke atas hak perhimpunan awam.
Wakil golongan mahasiswa En. Simon Ng (bekas mahasiswa yang ditindas oleh Hal Ehwal Pelajar UPM) sedang menyampaikan pandangan.
Jutaan baru Malaysia En Malik berjaya menuntut ganti-rugi kerajaan kerana menyeksa dia minum air kencing, dipukul, dicerca, dikutuk, diugut dan sebagainya. Oleh kerana keganasan termasuk Ketua Polis Negara waktu tiu, rakyat DIPAKSA tanggung rugi sejumlah RM2,500,000.00.
Pengerusi PSM En Nasir tidak pernah memencilkan diri dalam kegiatan rakyat.
Kumpulan Koir Kg Berembang sedang nyanyikan lagu Suara Rakyat.
No comments:
Post a Comment