Monday, December 31, 2007

BN Memufliskan Negara!!!

Akhbar hari melaporkan kenyataan bahawa menurunkan harga minyak akan membawa Malaysia bankrup / muflis.

Adakah kenyataan ini mengakui pentadbiran BN hanya bergantung kepada sumber keuntungan minyak? Oleh itu, jika harga minyak turun, negara akan bankrupt?

Malaysia sebagai negara pengeluar (pengekspot) minyak dunia, kenapakah rakyat sendiri perlu menanggung beban kenaikan harga? Jika harga minyak dua kali ganda, secara langsung, untung petronas turut berlipat-kali ganda.

Adakah kenyataan TPM mengakui BN tidak mampu menguruskan dana negara dengan sempurna?

Contohnya, seorang pesawah padi yang berdikari; ia tidak akan tergugat dengan kenaikan harga padi pasaran. Ini kerana dia sendiri mampu menyediakan pembekalan yang mencukupi untuk keluarganya.

Dengan itu, tidak ada sebab kenapa Malaysia tidak boleh menguruskan kewangan negara melalui kelebihan untung daripada kenaikan harga minyak antarabangsa.

Jika keadaan ini berlarutan, bagaimanakah nasib anak-cucu kita yang akan sengsara menanggung timbunan hutang negara, padahal dana ini sedang diselewengkan oleh mereka yang ...........

Thursday, December 20, 2007

Himpunan Aman Pasti Aman Kecuali ....

Kelmarin pagi, beberapa ratus pencinta negara sekali lagi membuktikan persepsi ketua negara menuduh setiap perhimpunan akan berakhir dengan huru-hara adalah SILAP.

Dengan tanpa gangguan secara kekerasan pihak tertentu, perhimpunan itu bersurai dengan aman selepas 1 jam puas bersorak serta sampaikan memorandum rakyat kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Gambar-gambar berikut membawa seribu cerita dan bukti menyangkal serta mengikis puak takut berhadapan dengan rakyat bahawa mereka adalah pengacau dan penderhaka negara.

Cintaan kepada keamanan tidak mengira bangsa, keturunan, agama dan usia badan. Segenap lapisan masyarakat membuat PENGORBANAN AWAL sehari sebelum Hari Raya Haji untuk mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia.



Seperti biasa, juru runding persatuan En. Arul sedangkan berbahas dengan pihak berkuasa agar perhimpunan aman itu bebas daripada gangguan atau sebarang tindakan kekerasan yang tidak secocok dengan semangat korban Hari Raya Haji.



Juru acara memulakan pidato sambil menyeru peserta jangan menghalang lalulintas.



Juru acara kedua, En Badrul Hisham seorang mahasiswa dari universiti Korea sedang mengemaskan rambutnya untuk bergambar. Bersebelahan En Amin Iskandar (Black) menunjukkan keriangan menyertai perhimpunan yang bersejarah itu.



Pengalaman graduan daripada Universiti Kamunting, En Shaari Sungib merupakan antara orang yang paling layak bersuara kerana berpengalaman dengan akta zalim IKUT SUKA AKU.



Ahli-ahli keluarga mangsa ISA walaupun berusia belasan jagung terut memahami tanggungjawab dan kesucian memelihara Keluhuran Perlembagaan. Kenapa orang dewasa selamba tidak tahu? Orang berkuasa selamba tidak endah penderitaan rakyatnya? Adakah budak kecil itu lebih memahami daripada pegawai yang berdiri di belakangnya?



Wakil Jerit yang juga merupakan jaguh Kg. Berembang yang bertumpang dibangsar-bangsar khemah (lebih buruk daripada kem pelarian) telah berjaya memenangi dalam pembicaraan minggu lalu. Wakilnya turut memberikan sokongan.



Kereta pemantau polis memamirkan pelekat di cermin depan bertajuk: Lapor Jika Saya Rasuah.... Ia terpulang kepada rakyat untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan dan keikhlasan kerajaan dan BN.



Golongan wanita yang bukan sahaja menyoyangkan buaian, malahan tangan mereka juga mampu mengoyangkan kuasa sesebuah negara turut memainkan peranan penting. Orang kedua dari sebelah kanan adalah bekas calon Parlimen Kota Raja (Selangor) merangkap ahli jawatankuasa pusat Pas Wanita Pusat. Beliau kemungkinan besar akan menggantikan penyandangan ahli Parlimen Kota Raja merangkap Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.



Peguam Hak Asasi Manusia sedang ditemuramah oleh Malaysiakini tentang masalah penafian kerajaan ke atas hak perhimpunan awam.



Wakil golongan mahasiswa En. Simon Ng (bekas mahasiswa yang ditindas oleh Hal Ehwal Pelajar UPM) sedang menyampaikan pandangan.



Jutaan baru Malaysia En Malik berjaya menuntut ganti-rugi kerajaan kerana menyeksa dia minum air kencing, dipukul, dicerca, dikutuk, diugut dan sebagainya. Oleh kerana keganasan termasuk Ketua Polis Negara waktu tiu, rakyat DIPAKSA tanggung rugi sejumlah RM2,500,000.00.



Pengerusi PSM En Nasir tidak pernah memencilkan diri dalam kegiatan rakyat.



Kumpulan Koir Kg Berembang sedang nyanyikan lagu Suara Rakyat.

Pengundi Puchong Marah YB Janji Kosong

Dilaporkan ada pihak cuba menggagalkan penduduk Tmn Puchong Saujana daripada berhimpun pada pagi ahad lalu.



Walau bagaimanapun, penduduk tekad pegang kepada janji, maka mereka terus melawat pejabat Ahli Parlimen Puchong merayu kotakan janji Yang Berhormat.




Masalah Puchong Saujana juga mendapati simpati dan sokongan daripada Parti Keadilan Rakyat dan Pas Kawasan Puchong. Wakil-wakil turut hadir berikan semangat kepada penduduk yang tersepit akibat daripada mainan politik parti pemberintah; termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Majlis Subang Jaya.

Sekali lagi mereka cuba menutup mata dan telinga atas rintihan rakyat jelata. Jalan keluar hanya satu cara, iaitu berfikir masak-masak sebelum anda membuat pangkat (X) mana-mana kertas undi.





Benarkah Mereka Agen Tamil Tiger?

Dua minggu lalu, rakyat rasa terperanjat dan cemas sedikit kerana Peguam Negara telah tegas menyatakan kerajaan mempunyai bukti yang KUKUH bahawa kumpulan yang menyertai himpunan Hindraf mempunyai perhubungan dengan Tamil Tiger.

Lantaran itu, Peguam Negara mengambil tindakan tegas mendakwa mereka Cuba Membunuh walaupun mereka hanya hadiri himpunan yang disengajakan tidak beri permit polis. Justeru itu, mereka terus ditahan reman tidak boleh dijamin keluar menunggu pembicaraan.


Tiba-tiba, kononnya atas rayuan President MIC; Peguam Negara telah menggugurkan ke semua pendakwaan. Hari di berkata pengguguran ini adalah TERADIL dan memang pendakwa TIDAK ADA BUKTI SAHIH mengenal-pasti siapa yang mencederakan polis yang disebut sebagai mangsa cubaan dibunuh.

Daripada situ, tindakan Peguam Negara telah menimbulkan beberapa persoalan yang mencabar kewibawaan sebagai Peguam Negara sepertimana yang diamanahkan dalam Perlembagaan Perkara 145.





1. Bilakah beliau insaf bahawa pendakwaan awal itu adalah tidak adil; maka pengguguran itu lebih adil?


2. Bilakah beliau insaf bahawa sememangnya pendakwa tidak ada bukti siapa yang mencederakan polis tersebut? Tanpa mengira apa dalilnya, kenapakah dia terburu-buru mendakwa cubaan membunuh dan bantah dijamin?


3. Sejauhmanakah kata-kata President MIC dan Perdana Menteri berkesan mempengaruhinya menggugurkan pendakwaan? Jika dia tidak dipengaruhi oleh mereka, maka kenapa President MIC boleh mengambil kredit? Sebaliknya jika benar President MIC telah membebaskan orang dituduh, maka wajib menjawab soalan ke 4.


4. Peguam Negara perlu menjelaskan peranan yang dimainkan oleh orang politik dalam penentuan keputusannya. Begitu juga, sekiranya kata awal Peguam Negara benar, adakah ini bererti Malaysia sudah tunduk @ bertolah-ansur dengan agen Tamil Tiger dalam negara kita? Kalau tidak, kenapa pula Peguam Negara membuat tuduhan melulu sewaktu pendakwaan awal?

Perpatah Melayu kata: ‘harimau mati tinggal belang; manusia mati tinggal nama’; sebagai seorang manusia yang waras serta berkepercayaan agama seperti sebutan dalam Rukunegara, kita wajib sentiasa bertindak adil dalam semua perkara. Segala konspirasi, penyelewengan, salah-guna kuasa wajib dibendung.


Akhir kata: manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Sejarah telah membuktikan ada manusia yang handal menfitnah atau berkonspirasi dihukum Tuhan sebelum meninggal. Perpatah Cina pula menyebut: jangan buat dosa, tidak takut hantu ketuk pintu tengah malam.

Benar, jika cubaan membunuh dan agen Tamil Tiger boleh digugurkan tuduhan, kenapakah Peguam Negara tidak boleh melepaskan rayuan ke atas ISA? Kenapa?

India Selangor Sokong Pas & PKR

Minggu lalu, Pas Kawasan Kota Raja telah mencipta 2 sejarah baru.

1. Berjaya menganjurkan program penerangan bersama PKR campuran Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia.

2. Berjaya menarik ramai pendengar bukan Melayu, khasnya warga India.

Menerusi penerangan tersebut, semua penceramah memberikan penerangan sebenar dan menyeru semua keturunan mengamalkan semangat muhibah dan bertoleransi antara satu sama lain. Tenang menghadapi semua cabaran ataupun hasutan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di antara penceramah utama, bekas calon Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah menjelaskan pentadbiran kerajaan Kelantan merupakan satu teladan yang yang baik sebagai bukti Pas menghormati kebebasan beragama. Dia memetik kerajaan Kelantan membenarkan pembinaan patung Buddha yang berbesar di Asia Tenggara sungguhpun Pas yang memerintah.
Adalah tepat pada masanya semua pihak termasuk yang berkuasa dan kerajaan menangani semua masalah rakyat tanpa mengira bilangan kertas undi, keturunan dan sebagainya. Semua masalah ini adalah masalah negara jika ketua kerajaan memilih untuk memekakkan diri daripada mendengar suara tangisan rakyat yang miskan dan daif.

Gambar di bawah membuktikan pemimpin pelbagai keturunan menyertai penerangan ini.



Kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negari bahawa polis sedang mengawasi pergerakan Hindraf, ini rasiah umum yang tidak perlu beliau ulangi. Maka, seperti biasa wakil kerajaan hadir membuat rakaman sepanjang sesi penerangan paling depan pentas penceramah.



Rautsan hadiran-hadirin telah mendaftarkan diri sedia menawar diri sebagai sukarelawan pembantu pilihanraya akan datang.


Ahli Majis Tertinggi PKR dan aktivis En. Manikawasagam turut berucap dalam Bahasa Tamil.



Semangat bekas dan bakal calon Parlimen kawasan Kota Raja, Dr. Siti Mariah sedang berucap dengan penuh semangat keMalaysiaan. Beliau tidak mengapi-apikan diri sebagai perjuang bangsa; sebaliknya sebagai pembela yang ditindas, miskin dan teraniaya.



Penerangan Setiausaha Agung PKR Tan Sri Khalid berkongsi pengalaman kepincangan sistem pengurusan yang sedia ada.



Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap YDP Pas Kawasan Shah Alam turut menyumbang pendapat dan pendirian Pas dalam isu merunsingi rakyat jelata.



Akhirnya, Penasihat PKR sebagai penggulung menegaskan kewajipan bersikap sederhana jika ingin menjadi seorang pemimpin rakyat.