
48. GAGASAN KELAPAN: menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan di samping pendekatan punitif. Salah satu janji kita dalam pilihan raya ialah untuk meningkatkan integriti. Teras kelima Misi Nasional secara jelas menyatakan komitmen kerajaan menangani isu-isu berhubung rasuah dan usaha meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum. Tanpa nilai integriti, negara tidak boleh dikatakan negara maju dalam erti kata sebenar.

50. Dikatakan rasuah banyak berlaku; tetapi banyak yang merupakan tuduhan. Apabila diminta bukti , tidak dapat ditampilkan. Proses menangkap dan prosedur mendakwa tidak semudah yang diucapkan. Proses siasatan amatlah rumit. Proses membukti dan usaha mendapatkan saksi amatlah sulit. Tiada gunanya mendakwa bilangan yang ramai, jika kita tidak mempunyai bukti cukup untuk dapat mensabitkan yang didakwa. Bantulah saya memerangi rasuah dengan mengemukakan bukti.

52. Kadangkala usaha memerangi rasuah begitu mengecewakan. Saya telah melahirkan harapan supaya mahkamah memutuskan kes-kes rasuah dengan segera, atas dasar ia melibatkan kepentingan awam. Ada tanggapan mengatakan saya memperlahankan langkah menentang rasuah kerana tiada tangkapan yang dilakukan. Tiada tangkapan tidak bermakna saya tidak terus melakukan pemantauan. Ia memerlukan usaha berpanjangan – usaha berterusan. Aktiviti pendidikan dan aktiviti menyemai kesedaran akan ditingkatkan supaya prinsip integriti dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian masyarakat. Langkah-langkah pencegahan akan terus ditingkatkan dengan memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
______________________________________________
Terlebih dahulu saya sedar akan kedudukan saya bukan seorang ahli UMNO, pasti ada pihak yang akan mempersoalkan kelayakan saya untuk mengulas ucapan Presidennya. Akan tetapi, sebagai seorang warganegara, saya berpendapat ucapan Perdana Menteri selaku Presiden Parti adalah satu perkara yang tidak boleh diperbezakan kepada dua orang yagn berasingan. Oleh kerana itu, walaupun ia merupakan tek ucapan parti, namun saya masih menganggapkan ia sebagai satu pendirian kerajaan Malaysia.
Sunggupun, secara amnya tidak ada orang boleh menyatakan saranan Perdana Menteri kita tidak benar; walaupun sedemikian, saya yakin masih ada banyak bidang membolehkan kita bincang perkara ini dengan lebih mendalam. Ia termasuklah,
.jpg)
2. Kesungguhan kerajaan membanteras rasuah?
3. Pencapain kerajaan meminimakan gelajah rasuah?
4. Keberkesanan tindakan membendung rasuah?
5. Pengikhtirafan masyarakat tentang ketegasan kerajaan melawan rasuah?
6. Sistem perundangan yang efektif dalam siasatan laporan / siasatan rasuah?
7. Keteladanan pemimpin politik melibatkan diri dalam rasuah?
8. Kecekapan menangani rasuah dalam sistem politik yang sedia ada?
Pada kaca mata saya demi untuk memperbaiki barah rasuah yang dikatakan semakin serius terutamanya yang melibatkan politik kewangan dan rasuah yang mengorbankan wang rakyat oleh pemimpin politik wajib dipandang berat. Dalam pada itu, kerajaan dan semua pemimpin politik wajib tertekad suci, berani, sikapmurni, ikhlas dan Kata Di Kota; bukan beromong-omong kosong hanya untuk merais undi semta-mata atau bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja.
Di antara beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memcapai matlamat kita termasuklah:
1. Meminda Akta Pencegahan Rasuah yang sedia ada untuk memberikan kuasa siasatan dan pendakwaan yang bebas kepada Biro pencegahan Rasuah.
2. BPR juga wajib dipertanggungjawabkan secara langung kepada Parlimen (bukan kepada Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan akan mempengaruhi kebebasan BPR). Laporan tahunan BPR akan dibahaskan oleh wakil rakyat di Parlimen (bukan seperti Laporan SUHAKAM yang dibentang tapi tidak benar dibahaskan).
3. Meminda undang-undang mewajibkan siasat ke atas semua laporan rasuah; terutamanya melibatkan dana wang rakyat, pemimpin negara dan kewibawaan negara. Saya sering mendengar rungutan bahawa BPR dengan pengaruh JPM hanya menjalankan siasatan terpilih. Ikan bilis akan didakwa, tetapi ikan jaws bebas bermaharajalela. Sekiranya ini benar, kenapakah keadaan ini berlaku kalau kita ikhlas seperti Justice Pao? Kalau tidak diperbaiki, wajar rakyat akan beranggapan kerajaan takut untuk disiasat kerana salah (takutkan bayang sendiri?).
4. Mewajibkan BPR memberikan laporan interim / perkembangan siasatan akhir kepada pelapor. Pelapor sewajarnya berhak untuk mengetahui rumusan siasatan demi untuk meningkatkan kredibiliti kerajaan dalam memjana usaha mencapai hasrat gagasan ke-8 Perdana Menteri yang tersebut di atas.

6. Pemimpin politik patut memberanikan diri membenarkan BPR menyiasat kejadian politik wang atas dasar tidak ada orang berada di atas undang-undang, termasuk parti politik. Sekiranya parti politik sudah dipenuhi dengan politik wang (kenapa tidak dipanggil Rasuah Politik?), bagaimana kita boleh mengharapkan kita dipimpin oleh pemimpin-pemimpin ang bersih semasa mentadbir negara? Adakah mereka akan pagar makan padi?
7. BPR patut bertungkus-lumus (dengan sokongan kerajaan dan pemimpin politik) meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahaya rasuah dari segi perundangan / agama / etika / budaya / sosial, menyakinkan ketegasan BPR dalam peranan gerakan anti rasuah; malahan berikan imbuhan yang minima sebagai ganjaran sekiranya pelapor boleh bantu menjimatkan berjuta-juta wang rakyat dengan membongkarkan rasuah seseorang pemimpin negara.
8. Merancang pembentukan sebuah Suruhanjaya BPR sebagai pemantau pengurusan harian BPR (seperti Lembaga Pengarah Syarikat) dalam mencadangkan perlantikan Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, penggunaan peruntukan dana kerajaan tanpa diganggu oleh orang politik dan sebagainya untuk kelulusan Parlimen.

Orang kampung hidup pegang kepada janji,
Orang besar suka mendengar kata-kata puji;
Walaupun tumbuk rusuk satu perbuatan keji,
Tekad pemimpin politik kita masih diragui!
Adakah anda setuju dengan pendapt saya?
No comments:
Post a Comment