Saya dimaklumkan pada pukul 11.00 pagi tadi, Pengerusi Gerak Encik Ezam Mohd Nor telah ke Ibu Pejabat BPR, Block D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya membuat satu laporan kepada Pengarah BPR.
Ini adalah satu langkah positif jika kita melihat tindakan Encik Ezam selaras dengan Gagasan Ke-8 yang telah kita bincangkan dalam karangan sebelum ini.
Saya percaya ramai daripada warganegara amat mengharapkan boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dalam Akta Pencegahan Rasuah, bukan sahaja menjalankan siasatan lengkap walaupun mungkin melibatkan pemimpin tertinggi; malahan juga mengumumkan rumusan siasatan mereka.
Pengumuman itu penting kerana:
1. Kes ini mungkin melibatkan ratusan juta Wang Rakyat.
2. Rakyat akan menghakimi siapa yang benar dan siapa yang tidak. Ia mustahak kerana nampaknya Encik Ezam lantang menyuarakan soal yang sama berulang-ulang; dan juga telah berani membuat laporan polis pada 2-11-2006 di balai polis Campbell, Kuala Lumpur.
3. Sudah pasti dengan ketelusan, kepakaran dan profesional BPR, keberanian ini pasti akan dapat membena keyakinan yang jauh lebih tinggi terhadap BPR sendiri. Secara langusng, ia tidak dapat tidak akan mengalakkan orang ramai berani tampil ke depan untuk memberikan maklumat, walaupun melibatkan orang bernama. Nescaya, seterusnya akan menolong memperbaiki kedudukan indek negara daripada 43 sekarang.
Untuk maklumat laporan penuh sila rujuk kepada: http://info.gerakmalaysia.org/index.php?option=com_content&task=view&id=130&Itemid=29
Hang setuju dengan pendapat saya tak? Kalau hang tak setuju pun tak pa, biak kita sama-sama bincang, hantak lah komen anda!!!
No comments:
Post a Comment